Novel Ringan Stand By Me Doraemon

Assalamualaikum wbt

Muka depan novel ringan Stand By Me Doraemon

Dua hari selepas kami pergi makan Nando's di Aeon KB tu, kami pergi lagi sekali ke Aeon KB! Haha! Sebabnya rasa dah tepu duduk di rumah. Maka ajaklah anak-anak keluar ambil angin. Dah alang-alang keluar ke sana tu, masuklah ke Kedai Buku Popular yang berada di tingkat atas.
SR kan memang suka kumpul buku. Apatah lagi berkaitan Doraemon. SR ni kalau diikutkan ada hampir semua jilid komik Doraemon keluaran Tora Aman dulu. Masa Tora Aman Malaysia kata dia nak tutup dan tak nak cetak komik Doraemon lagi, SR siap upah personal shopper untuk ke kedai dia dan belikan semua jilid yang SR dah terhilang atau tak pernah beli.

Maklumlah, dulu kadang baca komik Doraemon ni ada masanya kongsi baca dengan kawan-kawan aje. SR beli terus semua. Adalah beberapa jilid yang memang dah sold out, harapnya kalau jumpa, SR akan terus beli.

Jadi, masa ke Popular tu, SR ternampak ada novel ringan Stand By Me Doraemon by Takashi Yamazaki ni. 1 dan 2 sekali ada. SR bukan tak pernah tengok kedua-dua movie Stand By Me Doraemon tu, pernah! Siap setiap satnya SR tengok banyak kali pula tu!

Tapi SR suka sangat kan dengan Doraemon, maka SR tak fikir panjang, tak fikir banyak-banyak. Terus ambil aje. Nak buat koleksi!

Dah baca ke belum? Sejujurnya buka plastik dia pun belum. Berbulu aje adam tunggu SR buka balut buku tu. Sebab dia beli juga, SR kata kenapa nak beli sampai empat? Nanti baca ajelah emak punya. 

Tapi sampai sekarang SR masih tak buka balutnya. Kih kih...

Happy sangat dapat beli tau! Sampai sayang nak buka. Tunggulah SR peram sikit lagi.


Selain dua novel ringan tu, SR ada beli juga komik Hikayat Doraemon oleh Shintaro Mugiwara. Dia kisah tentang pelukis komik Doraemon tu sebenarnya. Menarik, sebab SR tak pernah tahu kisah tu.


Adam pula beli dua komik Doraemon, 1 koleksi lawak sinis, lagi 1 koleksi seram sejuk. Sebenarnya, komik-komik Doraemon yang dijual semula oleh Gempak Star ni, dia himpunkan komik-komik tu ikut genre. Dia masih ambil dari komik Doraemon asal yang nombor 1 hingga 43 tu juga, tapi dia reshuffle balik.

Dah ada beberapa juga komik versi baru ni di rumah SR. Sebabnya, koleksi komik yang macam SR cerita di atas tu, SR tak bagi sesiapa pun sentuh. Hahaha!

HAhaHa!
HahaHAHa!

Okey itu sahaja. Salam Jumaat semua dari pecinta Doraemon yang dah penghujung 30an ni 😜

Post a Comment

6 Comments

  1. wah peminat doremon tegar ni

    ReplyDelete
  2. boleh geng ngan adik MA ni..peminat doraemon tegar... dia pun byk koleksi komik doraemon ni...plus mcm2 brg doraemon dia ada. kita org pun kalau nampak mesti belikan utk dia

    ReplyDelete
  3. Peminat tegar Doraemon. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Cuya tak tahu akk suka komik....Cuya selalu beli komik preloved dekat group komik di fb..
    sana ramai yg jual komik doraemon..harga dia semua MasyaAllah...takut tengok. kikiki

    ReplyDelete
  5. Hari tu Diah masuk Popular nampak dia display banyak, cantik pula tu

    ReplyDelete
  6. Wah..SR suka omik rupanya...bagus la...bleh geng ngan sikembar SA..hehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.