Assalamualaikum wbt
Saja nak share, alang-alang tengah tak ada idea nak karang apa di blog ni. Draft banyak, ilham tak mari. Hehehe... Okey, sejak kebelakangan ni, teknologi AI ni makin bertapak kan. Banyak betul benda yang berunsurkan AI (Artificial Intelligent) ni. Mungkin adakala dia boleh dikira sebagai bantuan dalam kehidupan yang serba pantas ni. Contohnya macam ChatGPT.
Jadi baru-baru ni SR saja cuba AI untuk hasilkan image pula. Nak tengok, betul ke AI ni pandai. Jom SR tunjuk. SR ada cuba beberapa, tapi kali ni SR tunjuk yang guna Freepik.com punya.
Mula-mula boleh ke https://www.freepik.com/ai/image-generator dulu. Nanti akan nampak interface macam gambar di atas tu. Tapi, setakat yang SR guna, pengguna kena log in. Tak apa, log in ajelah kot. SR tak nampak sebarang perkara mencurigakan.
Lepas dah berjaya log in, nanti akan nampak ada kotak belah kanan, untuk kita taip ayat arahan, yang kita nak AI tu hasilkan gambar apa. Taiplah apa yang kita nak kan. SR sajalah cuba taip Shahrukh Khan and Barbie wedding day, together with their pet unicorn.
|
Dah generate baru perasan ada typo! |
Nampak tak ada tulisan warna hijau tu? Dia kata ada 7.5 / 10 left? Katanya, itu quota SR untuk guna image generator untuk batch kali ni. SR pun tak faham sangat, adakah dia maksudkan yang SR hanya dapat sebanyak tu sahaja, seterusnya kena tunggu bila, semua SR tak dapat bagi jawapan. Nantilah SR kaji lepas quota SR habis nanti.
Tadaa!
Dekat bawah ni antara gambar yang dia generate. Dia ada generate beberapa gambar, tapi SR ambil yang ini, sebab ada unicorn walaupun kecil. Yang lain langsung tak ada. Wife dia pun tak adalah begitu Barbie.
Seterusnya, SR taip lagi. Yang agak umum aje. School children learning in class in Kuala Pilah. Dah habis general dah tu.
Aha...
Gambar yang di bawah ni adalah gambar yang paling SR suka. Ada lagi 2, 3 gambar tapi yang ini dari jarak dekat, dan seperti yang SR bayangkan. Walaupun muka budak-budak tu terherot-benyot.
Untuk gambar seterusnya, SR cuba pakai emel lain. Jeng jeng jeng! Dapat balik quota 10 tu. Punyalah sayang nak habiskan quota pada emel yang mula-mula tadi. Okey berbalik pada AI Image Generator, kali ni SR taip "A detail portrait of a malay girl with green eyes and super black hair, holding an orange cat."
Okey mari kita tengok, adakah bijak AI ni nak menterjemahkan permintaan SR tu dalam bentuk gambar? Let's scroll!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaa!
Bolehlah. Cuma mata budak tu tak hijau. Tapi mata Oyen tu yang dia hijaukan. Comel kedua-dua budak perempuan dan kucing tu kan?
Jadi, apa pendapat kalian tentang AI image generator ni? Okey ke kewujudan dia? Nak kata terlalu bijak pun, SR tak tau nak cakap. Mungkin kalau versi berbayar, dia amat bijak dan tepat. SR guna ni yang AI Image generator percuma aje kan.
Bolehlah nak buat raso-raso. 😄
AI tu pening nak buat malay girl tapi mata ijo..hahahhaha
BalasPadamWah, info yg berguna ni. Kadang2 gambar yg jumpa dekat Google tu ada copyright pulak, jadi tak boleh nak ambik. Terima kasih share info ni ye.
BalasPadamSarapan Pagi di Karim Roti Canai @ Pusat Penjaja Jalan TAR
Habis la kerja pelukis cam ni....
BalasPadamhahahaha gambar SRK tu dia fokus tang hidung je. gambar last tu cantik tapi tu lah mata kucing pulak yang hijau
BalasPadamade pro and con la kan..gambar bebudak tu yg dlm kelas mcm scary pulak bila tgk tapi yg dgn kucing tu lawa
BalasPadamdasyat teknologi sekrang..tpi apa2 pon teknologi tak semua bijak....hahahha
BalasPadamTakut pula tengok muka yang tak berapa nak jadi😅
BalasPadamfreepik pun ada AI generator rupanya... lepas baca terus cuba... tadaaa... jadi jugak apa yg dikehendaki.. tq share SR
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.