F.R.I.E.N.D.S

Assalamualaikum wbt


SR tak ada semangat nak blogging sehari dua ni. Entahlah, tak berapa ada mood nak mengarang. Spend masa dengan memasak untuk anak-anak aje hujung minggu ni. Sambil-sambil tu SR layan sitcom FRIENDS.
Ya, SR terlewat 28 tahun untuk crush pada Joey. Ahahaha. Dulu masa kecil adalah tertengok sekali dengan Pakcik dan Makcik SR di televisyen. Tapia masa tu tak faham, dan tengok pun beberapa episod je sebab malam kan tayangan dia?

Dah tua ni baru nak tengok betul-betul. Jadi marathonlah untuk beberapa ketika ini ya. Sebelum ni SR suka layan How I Met Your Mother. Entah dah berapa puluh kali SR rewatching. Baru-baru ni SR tengok pula How I Met Your Father. Jadi, sebelum siri ni tiba-tiba dikeluarkan dari Netflix, SR nak tengoklah.

Itu sahajalah cerita dari SR yang tak ada mood ni. Take care semua, dengar-dengar si Covid-19 ada varian baru yang ditemui di Britain. Batuk pertussis pun sama. Jadi hati-hati ya gais. Stay safe!

Friends ialah sitkom televisyen Amerika yang dicipta oleh David Crane dan Marta Kauffman, yang disiarkan di NBC dari 22 September 1994, hingga 6 Mei 2004, yang berlangsung selama sepuluh musim.[1] Dengan pelakon ensembel yang dibintangi oleh Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer, rancangan itu berkisarkan enam rakan berusia 20-an dan 30-an yang tinggal di Manhattan, New York City. Penerbit eksekutif asal ialah Kevin S. Bright, Kauffman, dan Crane. Siri ini diterbitkan oleh Bright/Kauffman/Crane Productions dan Warner Bros. Television. - Wikipedia

Post a Comment

7 Comments

  1. Ada juga kenalan Cuya yg suka cerita FRIEND ni

    ReplyDelete
  2. housmate MY masa study dulu suka betul tgk friends ni. Masa tu kami tengok TV TCS5 singapore. takde tulisan, hapah Mama Yan tampaham

    ReplyDelete
  3. zaman muda dulu selain drama friends ni, the nanny antara yang best di layan masa zaman tu.

    ReplyDelete
  4. Apa jadi kat diorang semua ni kan? Belakon lagi tak?

    ReplyDelete
  5. tak pernah layan lagi F.R.I.E.N.D.S ni tapi selalu nampak short clips dekat reel IG

    ReplyDelete
  6. Masa muda belia dulu suka la citer ni..mesti diorang yang berlakon ni pun dah tua dah..

    ReplyDelete
  7. dulu masa muda belia..memang suka layan cita ni... kelakar

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.