Pengalaman Kutip Kupang di Pantai Balok, Pahang

 Assalamualaikum wbt

#throwback


Tajuk macam kutip kupang secara professional aje kan. Hehe... Sebenarnya, anak-anak SR ni dibawa untuk mandi laut di Pantai Balok, Kuantan, Pahang ni oleh abah SR pada bulan Jun 2023 lepas. Mandi-mandi untuk seronok-seronok aje petang-petang hari.

SR dan zaimi sampai lambat sikit sebab kami naik kereta lain. Ramai juga orang petang tu, ada yang mandi, tapi ramai juga yang mengorek pasir guna pencakar.


Mula-mula kami tak ambil pusing sangat dengan aktiviti orang ramai mencakar-cakar pasir dalam laut tu. Tapi lama-lama jadi curious. Sebabnya diorang korek, gali-gali, dan masukkan 'sesuatu' dalam bekas. Ada yang bawa baldi, plastik dan juga bakul.

Abah SR pun pergi rapat sikit, dan tanya apa yang diorang korek sebenarnya?

Rupanya masa tu diorang ramai-ramai tengah mengutip kupang. Kisahnya... Ingatkan kenapa sambil berendam dalam air, sambil terkorek-korek!

Anak-anak SR pun cuba jugalah mengorek pasir, menggali-gali, eh memang dapat!


Lepas tu apa lagi, teruslah tiga beradik tu excited dan join sekali mengorek pasir sambil bermandi-manda di Pantai Balok tu. Tak sangka pula tiba-tiba dapat pengalaman menggali kupang petang tu. Lagi lamalah masing-masing dalam air, tak dapatlah kami nak ajak balik cepat. Haha...




Rupanya tak susah pun nak dapat kupang tu. Ayu pun boleh dapat tau. Rajin dengan tidak aje kata kuncinya. Gambar bawah ni antara kupang-kupang yang anak-anak SR berjaya korek petang tu. SR sertakan gambar-gambar pada petang anak-anak SR turut serta kutip kupang tu di bawah. Memang ralit budak-budak tu masa tu.


Cantik pula garisan horizon

Sambil berenang, mengorek kupang

Zaimi tak pasal-pasal jadi mandor terjun


Keseluruhan, adalah dalam 20 ekor berjaya dikutip. Cukuplah tu, nak pengalaman aje kan. Balik ke rumah, emak SR terus rebuskan bagi cucu-cucu dia makan kupang yang dikutip dengan keringat sendiri tu. Hahaha! 

Tak sampai 5 minit, siap licin diorang bertiga makan.


Lepas ni kalau balik ke Kuantan, mesti anak-anak menuntut nak kutip kupang lagi. Confirm! Cuma tak pastilah, kupang tu ada musim ke? Atau memang ada sahaja di pantai tu setiap masa? SR tak kaji pula sampai ke situ...hehe... 

Siapa ada pengalaman mengutip kupang begini? Yang ramai-ramai kutip sampai berbaldi-baldi tu mungkin juga untuk jual kot kan? Berapa harganya di pasaran? SR tak makan sangat, jadi memang tak pernah beli apatah lagi kerling kupang-kupang tu kalau ke pasar basah.

Pada yang tahu atau pengalaman, bolehlah kongsi-kongsi cerita dengan SR dan pembaca lain di ruangan komen 😎

Catat Ulasan

15 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Pengalaman yang menyeronokkan.. Sambil mandi manda dapat hasil juga..

    BalasPadam
  2. dekat sana panggil kupang eh? Kat sini panggil ni kepah putih, makan dengan maggi kari, carbonara ataupun buat creamy butter sedap gila. Kalau dekat sabak dapat kutip remis tapi kena pergi masa tengah bulan, dapat la yang besar.

    BalasPadam
  3. saya dah lama tak ke pantai balok....seronok dtg sini luas pemandangan

    BalasPadam
  4. seronoknya...kita yg besar2 ni pun x pernah kan

    BalasPadam
  5. Sini takde ombak... kupang banyak

    BalasPadam
  6. sonoknya mandi laut sambil kutip kupang anakcucu kak kalau ke pantai itulah kegiatannya...bawa balik masak dgn megi

    BalasPadam
  7. pengalaman yang menarik buat anak-anak Syaz, sedap tu rebus segar-segar makan dengan sos colek kan :)

    BalasPadam
  8. lamanyaaaaa tak pergi pantai balok. kali pertama dan terakhir sy pergi zaman study dulu. ikut aktiviti U...tp masa tu x dan laa nak cari siput kupang kerang bagai...jln2 tepi pantai je ambil angin...

    seronok laa aanak2 dpt mandi manda sambil kutip kupang... kalau pegi lagi awal tu kompem boleh dpt sebakul ;-)

    BalasPadam
  9. Saya tiada pengalaman mengutip kupang tapi saya ada pengalaman ke Pantai Balok suatu masa dahulu. Cantik pantainya, landai dan ombaknya tak terlalu tinggi. Sesuailah nak bawa anak mandi-manda.

    BalasPadam
  10. 2 in1 lah ni. Haa dah seronok pulak memasing. Siap menuntut nak datang lagi. Pernah mencari remis di Sabak Bernam. Tapi tak pastilah bermusim ke tidak. Ke dia sama je macam kerang, bermusim juga. Pantai Balok ni pernah jejak masa rombongan sekolah menengah dulu. Itupun ingat ingat lupa.

    BalasPadam
  11. Sana panggil.kupang erk
    Sini panggil kepah atau kat PD panggil buah tanah..lain tempat lain panggilan rasanya

    BalasPadam
  12. Best nyer... Seronok dpt tu walau tak banyak tapi hasil tgn sendiri kan.. mesti bangga hihii

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad