Suasana Pagi dan Malam Dari Vista

Assalamualaikum wbt


Pagi tadi kan, SR rasa suasananya sangat cantik dan damai. Mungkin sebab SR pun berada di aras yang tinggi, jadi memang jauhlah titik pandang SR ke arah timur dan tenggara.

Masa mula-mula SR pindah ke sini, pemandangan agak terhad. Sebab jerebu agak kuat masa tu. Tapi semakin lama, jerebu pun dah pulih, makin jelas nampak di kejauhan tu.

SR ni sebenarnya memang suka tengok pemandangan dari aras tinggi. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sunyi dan damai.





Nampak lampu berkelip-kelip. 
Nampak kereta dan motor bergerak ke destinasi masing-masing...

Ada satu perasaan damai dan nostalgic dalam hati SR. Mungkin sebab masa SR kecil dulu, SR duduk di Flat Sri Pahang, Bangsar.

Memang malam-malam, SR selalu termenung di beranda rumah arwah atok dan nenek SR tu, merenung ke arah lampu-lampu. Ditiup angin sepoi-sepoi...

Kadang-kadang, masa SR mengambil angin dekat beranda rumah sewa SR ni, SR macam terngiang-ngiang suara arwah atok SR panggil SR. Macam dia panggil SR waktu SR kecil dulu.

"Nie... Tengok apa tu. Meh la masuk, dah malam."

Rindunya zaman tu. Rindu atok dan nenek.

Sekarang semua tu tinggal kenangan. Tapi, perasaan tenang bila tengok suasana begitu dari rumah tinggi ni, masih sama.

Ada yang macam SR ke? Suka tengok pemandangan dari aras tinggi?

 

Post a Comment

3 Comments

  1. Teringat satu lirk lagu tu... "Lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung..."

    ReplyDelete
  2. SA pun sama suka tengok pemandangan dari ketinggian..sebab tu antara hobi SA adalah hiking

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.