Pengalaman Makan Bersama Keluarga Di Banana Bro IOI City Mall, Putrajaya

Assalamualaikum wbt


Sebenarnya dah lama SR teringin nak cuba makan di Banana Bro. Ramai kawan-kawan SR dah pergi cuba makan, dan hampir semua kata sedap dan puas hati. Tapi memang tak berkesempatan nak cuba makan di Banana Bro tu.
Sampailah semalam, masa SR dan kawan-kawan sekelas berborak sementara tunggu sample tanah kami digest dalam makmal, adalah tersebut tentang nasi kandar. Sebabnya, classmates kitorang yang dari Libya tu kata, dia suka makan nasi lemak dan nasi goreng pattaya, dan dia tak berapa berani nak cuba makanan lain.

Dah borak-borak tu, termasuklah bab nasi kandar, lajak terus ke Banana Bro. Ah sudah.
Terus buat SR teringat dan terigau-igau hahaha!

Kebetulan hari ni birthday zaimi, jadi malam tu SR ajak teruslah zaimi dan anak-anak untuk makan-makan sempena birthday zaimi di Banana Bro IOI City Mall Putrajaya! 

Win win situation! Throw 1 stone, kill two birds! Haha!



Alhamdulillah, masa kami sampai, orang tak ramai. Sebab weekdays agaknya, kalau pergi weekend, sentiasa penuh aje memanjang.

Kamera telefon SR letak make up dekat amir hahaha

Memandangkan kami pertama kali makan di Banana Bro ni, jadi memang tak berapa faham lagi cara nak order. Maksudnya, apa yang selalu orang order. Pandang keliling, memang semua makan atas daun pisanglah kan. Itulah tujuan utama nak makan di Banana Bro, nak makan nasi letak atas daun pisang.

Jadi, kami order set yang untuk 4 pax. Dalam set tu adam 2 ayam dan 1 sotong, serta sayur-sayur dan kuah. Selain tu kami order juga Craving Set, untuk seorang makan. Sama aje nasinya macam yang dalam set 4 pax tu, cuma tak ada ayam.


Yelah, ayam kan dah ada dalam set, kiranya dah tak perlu ayam add on untuk Craving Set.

Tunggu tak lama, datang staf hantarkan daun pisang kami seorang sehelai. Di daun pisang tu ada logo BananaBro. Anak-anak hairan kenapa makan tak ada pinggan, tapi kena makan atas daun.

Well itulah the beauty of this dishes, anak-anak!!


Memang pengalaman yang baru buat anak-anak, dan SR sendiri juga sebenarnya. Sebab apa tau, pertama kali kami makan di kedai, ada orang yang letakkan makanan satu persatu atas 'pinggan daun pisang' kami tu. Seronok pulak haha!

My birthday boy!


Amir kata air ice lemon tea dia masam. Tapi bagi SR sedap aje, kenalah dengan hidangan. Tapi, kalau air set tu dia tukar dengan teh tarik @ teh ais, lagi mantap kot kan hahaha!


Lepas staf tu dah letak semua sayur-sayur, dia letakkan juga nasi dan papadom. Selagi tak cakap cukup, selagi tu dia letak nasik! Memang terlepaslah nasi yang banyak atas daun pisang ayu. Sedangkan kami tahu, ayu tak akan habis punya kalau nasi sebanyak tu.

Jadi nasi omak dan ayahlah orang tu letak sikit dulu. Sebab, kami lah yang kena habiskan nasi anak-anak yang tak larat nak dihabiskan tu.

Adam dan papadom

Tengoklah punya banyak nasi ayu



Untuk kuah, memang akan dapat 4 jenis. Ada kari ikan, kari ketam, kari ayam dan...alamak 1 lagi tu lupa. Kuah dia boleh refill secara percuma. Kalau diikutkan, akan dapat rasam sekali secara percuma, tapi semalam, kami minta, tapi tak dapat. Habis.

Muka manyak happy sebab dapat juga makan di Banana Bro!


Apa lagi, jomlah banjirkan nasi! Yeaahhhh!! Sedap, puas hati SR makan. Timun dia yang hujung kanan dalam gambar atas tu, memang sedap sesangat. Tips nak rasa sedap gila tu, gaul nasi dengan 4 kuah. Letak semua sayur serba sikit, patahkan papadom, dan suap sekaligus.

Kiranya macam campur semua element dalam 1 suap. Jangan makan cuit sana sikit, cuit sini sikit. Perghhhh padu.

Seronok dan puas hati SR dapat makan di Banana Bro! Untuk yang nak makan Banana Bro di IOI City Mall ni, outlet dia terletak di level LG. Cari LG71. Dia di tengah-tengah antara Family Mart dan Sukiya. Kalau nak cepat sampai ke outlet, park lah kereta di West Wing.

Semalam kitorang park dekat East, menangis jugaklah menapak nak sampai ke situ hahaha!

Siap makan, ingat nak jalan-jalan lagi dalam IOI tu. Jadi kami pun terus ke surau, pun di aras LG. Dekat aje dengan Banana Bro tu. Jalan sampai nampak Ayu Borneo, keluar dari mall ke parking. Surau ada dekat sebelah tempat parking.

Luas juga suraunya, selesa nak solat.


Itulah sahaja ceritanya.

Nampaknya dah 3 entry pasal pergi makan aje kan? Keh keh keh...

Post a Comment

9 Comments

  1. LZ pun baru first time makan di Banana Bro ni bulan October lalu.. Menu yang sama macam SA order.. Overall okay boleh repeat..

    ReplyDelete
  2. Uncle pun dah.... curry dia mantap lah...

    ReplyDelete
  3. Itulah orang kaya sedap.
    Rajin betul cop letak tanda nama BananaBro pada setiap daun pisang.

    ReplyDelete
  4. wak x pnh try lagi banana bro daun pisang nih., nmpk mcm nasi kandar je kann., hepi belated besday boy ittewww., hehe

    ReplyDelete
  5. Makanan nampk padu ya...hehe

    ReplyDelete
  6. Memang sedap banana bro, portion memang banyak sangat. First time makan adik bawak so dia dah tau.

    ReplyDelete
  7. dah lama juga teringin ni tapi belum sampai ke sana

    ReplyDelete
  8. selalu nampak bananabro ni tapi belum lagi sampai seru untuk singgah hehehehe
    suka ayu ya dpt jumpa 'spa' dia hehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.