Beli Jus Avocado Banana di Juicy, Evo Mall, Bangi

Assalamualaikum wbt


Semalam SR outing berdua dengan ayu ke Evo Mall Bangi. Sajalah girl's day out dengan dia, sambil-sambil shopping sikit. Sebelum tu SR bawa dia pergi potong rambut lagi di Capello By Nina. Sebenarnya masih agak baru aje potong rambut dia, tapi dia nak pendek lagi rambut dia. Sejak dah pindah tadika di Kajang ni, dia dah taknak rambut panjang. Katanya kawan-kawan sekolah dia semua rambut pendek-pendek. Layankan ajelah walau SR rindu nak tengok dia berambut sampai ke pinggang.

Anyway...

Lepas dah beli baju sikit di Parkson, kami pun turunlah ke bawah sekali. Asalnya SR nak ke Watson. Tapi masa lalu dekat bahagian tengah tu, nampak pula ada gerai-gerai jualan barangan terpakai kot. Nampak ada yang jual kasut. SR pun pergilah tengok dekat-dekat.

Ayu pun nampak ada 1 kasut Adidas yang memang masih elok dan tak luak lagi. Bila cuba pakai, muat pulak. Memang pucuk dicita, ulam mendatanglah. Ayu memang dah lama nak kasut baru. SR terus setuju aja untuk beli, lepas seller cakap harganya hanya RM38. 

Jadi tak pasal-pasal ayu dapat kasut thrift, Adidas pulak tu πŸ˜‚πŸ˜

Lepas dah settle beli kasut ayu tu, kami terus ke Watson. Dah siap beli, terasa haus. Asalnya SR nak beli air di Gigi Coffee, tapi ayu ternampak kedai jus bernama Juicy ni. Why not kita try, kan? Tagline depa, Korea No. 1 Juice Brand!

JUICY, YOUR EVERYDAY

FRESH JUICE BAR

" Live your Live JUICY "

JUICY Fresh Juice Bar is the No.1 Juice brand from Korea. Founded in 2010 have since become a global franchise enterprise with over 800 outlets in South Korea alone. With its extensive distribution network, JUICY is accelerating as a leading company that specializes in fruit to provide the best quality products to customers with their range of daily fresh fruit juice.

The No 1 Korea Juice Brand aims to deliver back to basic, fresh and natural fruit juices at an affordable price to meet customers daily juicing needs. Promoting the habit of drinking A CUP OF JUICE A DAY as part of an active healthy lifestyle,

JUICY is the EVERYDAY JUICE BAR.

 

Kebetulan masa kami ke Juicy tu semalam, ada promosi beli 1 percuma 1. Yeayy! Promosi sampai 1 Januari 2024 sahaja. Rugi tak grab, sebab 1 harga dapat 2 gelas jus!



Ada banyak pilihan juga yang boleh diorder. Tapi semalam, SR order Avocado Banana. Kiranya, dengan harga RM12.90, SR dapat 2 jus avocado banana! Yahoo!

Sementara menunggu, SR pun tangkaplah gambar ayu dengan rambut bob cut dia yang baru tu. Kemas aje potongan rambut dia. Kurang serabut tengok dia. Betullah tu pilihan ayu nak berambut pendek.



Tengoklah bukan main dia posing. Yang ayu pakai tu lah kasut thrift dia yang baru dibeli right before beli jus Juicy ni. Hahaha! Dalam 5 minit, jus kami pun siap. Unik packaging dia, senang nak dibawa.




Sedap tau avocado banana tu. Lemak berkrim dan mengenyangkan. Pada selera SR, SR suka. Yums! Siapa yang nak cuba Juicy ni, bolehlah pergi ke outlet yang berdekatan dengan kalian. Boleh check dekat sini >> JUICY OUTLETS.

Ini bukan paid review tau. Saja berkongsi benda best 😁

Post a Comment

4 Comments

  1. Mesti sedap lemak manis je 🀀

    ReplyDelete
  2. Owh, uncle pernah singgaj mall ni... tak perasan air tu je...

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je jus avocado ni. Harga pun berpatutan dapat 2 minuman. Pernah sekali je singgah Evo Bangi ni.

    ReplyDelete
  4. Wah.. best tu bila jumpa kasut yang bersesuaian pada harga berpatutan.. Comel je Ayu dengan rambut baru..
    Memang mengenyangkanlah avacado dan pisangkan..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.