Makan Petang di SIAM - Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food, Kota Bharu

Assalamualaikum wbt



Petang tadi, SR, Zaimi dan Ayu pergi makan di SIAM, Restoran Ikan Bakar dan Thai Street Food di Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan. Kedai ni kalau dari jalan besar, tak berapa nak perasan sebab lokasi dia sedikit ke dalam. Tapi sebenarnya dia betul-betul bertentangan dengan Shell di Jalan Hamzah tu, bersebelahan dengan Tune Hotel juga.

Saja kami pergi makan-makan bertiga. Adam dan amir pula tak nak ikut masa ni. 


Mungkin landmark restoran, di gerbang masuk ke sini, ada seekor (eh seekor ke penjodoh bilangan dia eh?) Bumblebee berdiri tegak menyambut ketibaan pengunjung. Tadi masa SR pergi sini, hujan agak lebat, sebab tu cuaca agak gelap. 

Sejuk betul duduk di Kota Bharu sehari dua ni, sejuk! Rumah mertua SR tu, dah jadi macam peti ais. Beku kami di dalamnya hahaha! 



Orang pun agak ramai juga walau hari hujan. Tapi, nasib baik masih ada meja untuk kami duduk bertiga. Pertama kali sebenarnya kami ke SIAM ni. Nampak ada banyak stall keliling. Kami tak pasti, adakah kena pergi sendiri ke setiap stall tu kalau nak buat pesanan?


Tapi, nampak macam pelanggan lain, tak ada pula berjalan ke stall tu. Duduk sahaja di meja masing-masing. Bila dah duduk beberapa minit, baru perasan yang ada waiter yang hantarkan makanan, bukan pelanggan yang kena order dan bawa sendiri ke meja.



Tak lama lepas tu, ada seorang waiter datang bawakan buku menu. Maka marilah kita tengok, kita nak makan apa. 


Wah rupanya banyak juga makanan di SIAM Thai Street Food ni. Mungkin tak dapatlah nikmat makan Thai Street Food seperti pergi ke Thailand dan makan di street sana, tapi bolehlah nak buat raso-raso kan. Ehehe ehehe ehehe (gelak 80an)

Oh ya SR ada Google tadi, jumpa pula menu SIAM - Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food, Kota Bharu ni. Jadi SR kongsikan terus di entry ni. Kot ada yang nak pergi ke sini, bolehlah rancang siap-siap apa nak dipesan nanti kan.



SR dan Zaimi order yang kami nak makan, sebab kalau ikut hati, macam nak cuba semua yang ada ahaha. Bila tengok menu tu, pertama kali juga kami tahu ada menu yang bernama Miang Pla. Ingat nak cuba, tapi bila mengenang menu tu banyak sayur (lepas SR google rupanya macam mana), terus tak jadi. Haha! Peminat ulam dan sayur, jangan lupa untuk cuba order Miang Pla tau!


Tak lama menunggu, air pun dihidangkan. Sirap ais, teh dan jagung ais. Cuba teka, siapa minum air apa?

Ayu asalnya nak makan nasi goreng pattaya, tapi tak ada. Jadi kami orderkan dia nasi goreng cina. Sedap dan kena dengan selera ayu, habis sepinggan dia makan tadi.


SR dan zaimi pula makan nasi putih. Jadi kami order tomyam campur dan telur bistik. SR order juga Sua Rong Hai, atau nama melayunya daging harimau menangis. Ingat nak makan sekali dengan nasi putih kami ni, tapi lambat pula sampainya. 

Telur Bistik




SR dan zaimi juga ada order pulut pauh seorang sepinggan. Sepatutnya, lebih baiklah kami order 1 sahaja. Sebab, portion dia agak banyak, jenuh kami nak habiskan tadi. Hahaha! Rasanya sedap, cuma pauhnya liat sikit. SR terrrrbandingkan dengan pulut mangga harumanis. Silap SR lah kan. Sebenarnya sedap gila je tadi pulut pauh tu!


Siap posing lagi dengan pulut pauh!





Nasi dah habis, baru sua rong hai ni sampai. Lambat sangat bersua muka dengan sua rong hai ni, maka makan secara ratah ajelah. Ada pencicah manis (merah) dan ada pencicah pedas (hijau). Dua-dua sedap, tapi SR suka yang hijau. 

Lepas selesai kami bertiga makan, kami pun beransur pulang ke rumah mertua SR. Bayar di kaunter, kena nyatakan siap-siap nombor meja. Dan di SIAM Thai Street Food Jalan Hamzah Kota Bharu ni juga, boleh bayar secara QR code. Legaaa, tak payah fikir nak korek beg duit cari cash.



Lepas ni bolehlah kami ke sini lagi, mungkin akan cuba juga Miang Pla tu kan. Boleh bawa adam amir sekali nanti. Dan sesiapalah yang nak ikut kami makan di luar. 

Pada yang cari tempat makan menarik dan sedap di Kota Bharu, bolehlah cuba makan di SIAM - Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food, Kota Bharu ni juga. Mana tahu, sedap juga di tekak kalian kan. Suasana restoran ni pun bersih dan kondusif. I like!

Okeylah, take care everyone!

Post a Comment

10 Comments

  1. uih memang nampak sedap semua menu tu SR oi, rugi yang 2 orang tu tak ikut...

    ReplyDelete
  2. teringin nk JJCM di pantai timur... kelantan je x sampai lg... ganu pn sudah.. lama x mkn telur bistik

    ReplyDelete
  3. Happening nampaknya kat SIAM ni pulut pauh nampak sedap Mrs. A biasa panggil pulut mangga

    ReplyDelete
  4. Ayu pandai ke kecek Siam tu?
    Kecek Kelante?

    ReplyDelete
  5. Ni mesti rasa pure siam. Sedapnya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah...rezeki dapat makan sedap <3

    ReplyDelete
  7. wah ayu balik coti2 ke klate ya sonoknya

    ReplyDelete
  8. Menarik untuk di cuba. Suasana kedai nampak selesa juga..
    kelik kelate nanti boleh try gi sini 😄

    ReplyDelete
  9. menarik dan pelbagai menu dia...

    ReplyDelete
  10. harga mampu bayar tu. bknnya harga cafe spt di KL tu. Abe Kie pun baru tahu kewujudan tempat makan ni. Thanks for your review!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.