Makan Malam Di Soru Station Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum wbt


Beberapa hari yang lepas, SR dan keluarga  berkesempatan untuk makan malam ni Soru Station, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Tak jauh sangat dari rumah sewa kami di Sungai Ramal tu. Lepas ambil anak-anak balik sekolah petang, terus sahaja kami ke situ.

Soru Station ni pun, kawan SR yang recommend, dia memang anak jati Kajang. Jadi, memang dia kira pakar lah tentang kedai-kedai makan mana yang menarik dan sedap di kawasan Kajang dan Bangi ni kan!

Jadi why not, so let's!

Di Soru Station ni, jenis makanan dia agak variasi juga. Ada jenis nasi, ada jenis western. Yang paling menarik (seperti yang kawan SR berjaya pengaruh SR ke sini!) adalah harganya tak mahal, kira tahap mampu miliklah. 


Ehehe ehehe ehehe (Gelak 80-an)


Masa kami ke sini, hari hujan. Jadi kami buat keputusan untuk makan di tingkat atas. Untuk buat pesanan, boleh scan QR code dari meja kita di tingkat atas, atau order terus di kaunter di pintu masuk di tingkat bawah.

Jangan risau bab nak bawa makanan naik tangga, sebab di Soru Station ni, staff yang akan hantarkan makanan yang kita order ke meja kita.


Memandangkan anak-anak SR ni kalau makan di kedai, air segelas cepat sangat habisnya, maka hari tu, kami order terus air tower ni. Boleh pilih nak perisa apa, nanti akan dapat dekat 6 gelas kosong. Haa refill la berapa kali pun dalam cawan masing-masing, selagi air dalam tower tu tak habis.

Masa ni kami order air honey dew. Sedap!


Makanan yang dipesan pun tak ambil masa yang lama untuk sampai ke meja, alhamdulillah. Risau juga kalau lama, nanti nak mengejar maghrib lagi kan. Walaupun rumah di Sungai Ramal sahaja, tapi petang-petang kalau hari hujan, jalan boleh tahan juga sesak dan melekat di situ.

Ayu pilih nak makan spaghetti carbonara. Adam pula pilih Mac and Cheese. Yang lucunya, makanan adam rupanya dalam bekas kertas kecil tu aje. Pinggan ayu lagi besar dari Mac and Cheese dia tu! Tapi kedua-duanya rasa sedap. Ayu makan habis! Agak ajaib!



SR pula pilih nak makan nasi dengan ayam butter. Tapi mungkin sebab SR kurang sihat ke apa, SR pun tak pasti, rasanya sedikit tawar dan hambar pada SR.



Amir pilih untuk makan nasi goreng chicken grill, zaimi pula pilih lamb chop kalau tak silap SR. Pada gambar zaimi di bawah ni, boleh nampak kan dekat belakang, jalan raya yang sesak. Hahaha...


Makanan dah sampai, apa lagi, makanlah cepat! Cepat selesai makan, cepat boleh gerak balik ke rumah kan.



Pada SR, Soru Station ni okey sangat. Bolehlah lepas ni dikunjungi lagi seisi keluarga SR yang kecil ni. Harga memang berpatutan. Tempat makan pun kondusif.

Pada yang berada di Kajang atau Bangi, atau yang bercuti di area Putrajaya ke, bolehlah cuba untuk makan di Soru Station ni ya.

Take care semua! Selamat bercuti!

Post a Comment

6 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.