Pengalaman Makan di Restoran Nasi Dulang Daun Pisang, Sungai Ramal Dalam, Kajang

Assalamualaikum wbt

#throwback


Kisah minggu lepas, SR dan zaimi ambil kesempatan untuk keluar dating berdua masa anak-anak semua di sekolah. Walaupun masing-masing agak sibuk, tapi cari juga masa untuk makan-makan sempena anniversary kami.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah lama kami bersama, moga selamanya bersama sehingga ke syurga Allah biiznillah...

Walaupun kami dah berhijrah ke Kajang / Bangi ni hampir 4 bulan, tapi kami tak pernah lagi berkesempatan untuk makan tengahari di Restoran Al-Mubarakah yang terletak di Kampung Sungai Ramal Dalam. Restoran ni sebenarnya lebih dikenali sebagai Restoran Nasi Dulang Daun Pisang.

Sebenarnya hampir hari-hari kami lalu sebelah dia, memang selalu nampak pelanggan yang ramai memenuhi, terutama waktu makan tengahari. 

Jadi dah ada kesempatan ni, let's go!


Benda pertama yang harus pelanggan buat bila nak makan di Restoran Nasi Dulang Daun Pisang ni adalah cari meja. Sebab, restoran ini konsepnya pelanggan kena buat order di kaunter. Masa nak order tu, kena nyatakan nombor meja siap-siap.

Bila dah ada nombor meja, kami pun bergeraklah ke kaunter. Terus rambang mata sebab tak tahu nak order apa. Punyalah banyak set menu dia. Semua nampak sedap-sedap!


Memang nak kena buat keputusan yang susah. Biasalah, perempuan kan selalu tak tahu nak makan apa hahaha! Dah dilambakkan dengan menu yang banyak, terus jadi paradox of choice. Kalau tak ada pilihan, contohnya macam dekat rumah mak, elok aje ceduk nasi dan letak lauk, kan?

Zaimi elok aje buat keputusan nak makan apa. Terus aje dia tahu nak makan yang mana, SR punyalah pening tengok nasi itu nasi ini.

Agaknya perempuan ni memang diciptakan  susah nak buat keputusan bila ada banyak pilihan. Eh apa SR melalut ni kih kih...


Jadi, setelah berfikir panjang (literally), SR pilih Menu Set Ganja Ikan Keli. Zaimi punya apa eh? Lupa pula SR, tapi dia punya ayamlah. Dah selesai pilih menu nasi, pening nak fikir air apa pula hahah! Tapi SR terus berhenti berfikir bila ternampak air jagung cincau dalam senarai menu. 

Sebab tu antara air minuman kegemaran SR. 

Jadi selesai order, buat bayaran terus di kaunter. Dan kita hanya perlu tunggu sahaja di meja, nanti akan ada staf yang datang hantarkan semua yang kita pesan tu.

Nice kan?


Tak lama kami duduk menunggu di meja A3 kami tu, air pun sampai. Bukan coconut shake zaimi sahaja yang ada aiskrim, rupanya air jagung cincau pun sama. Yeay!


Tak lama lepas air sampai, datanglah nasi kami. Serius seronok sebab lauk kami panas-panas macam baru aje sudah digoreng. Lurveee...

Patutlah orang selalu ramai, sebab makan makanan panas-panas ni kan memang sedap dan menaikkan selera, terutama kita orang Malaysia ni kan.

Makanan Zaimi



Tengoklah set ganja ikan keli SR. Punyalah sedap, susah nak terangkan dengan kata-kata. Ikan keli dia besar betul! Ada pula telur rebus. Bendi dia lembut sangat.

Ah nikmat sungguh. Masa SR taip post ini pun, rasa tertahan-tahan air liur SR, nak meleleh! Sedap amat. Kena dengan tekak dan selera SR.

Ikan keli tu panas-panas, rangup dan saiz dia besar! Puas hati!

Insyaallah kalau ada rezeki, bolehlah singgah makan di sini lagi. Harganya setahap lah dengan portion makanan yang disediakan.

Sesiapa yang mungkin mencari kedai makan sedap di Bangi / Sungai Ramal Dalam, jangan lupa masukkan Restoran Nasi Dulang Daun Pisang ni dalam list ya! Nah, SR kongsikan juga lokasi kedai, senang nak cari guna Google Maps / Waze >> LOKASI RESTORAN NASI DULANG DAUN PISANG

Hopefully set yang korang order tu sedaplah. Sebab SR tak boleh nak cakap sedap ke tidak, sebabnya SR baru rasa set ganja ikan keli aje hahaha!

Okeylah, itu sahaja. Bye!


Keyword; Ulasan restoran Malaysia, Makanan halal di Kajang

Post a Comment

10 Comments

  1. Pernah lalu je. Kena try ni nanti. Thanks for sharing SR. Nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  2. Cantik set nasi ganja ikan keli tu Syaz. Nasinya hilang tenggelam dengan kuah. Telur rebusnya elok tenggek atas nasi. Aksesori yang lain dah molek mengelilingi nasinya.

    ReplyDelete
  3. nmpk menarik dan sedap nih, tp wak x suka ikan keli., hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya ikan keli, favourite! nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  5. Tunjuk tanda peace depan billboard... Dah macam duta rasmi dah!

    ReplyDelete
  6. Pernah masuk dlm wishlist, siap snap pix lagi dari jauh.. pastu lupa nak pegi.πŸ˜… Thanks for sharing. Mcm tu rupa2nya menu2 dia.

    Happy anniversarry Sis. Moga bahagia till jannah. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. lama nya x makan nasi daun pisang.. kat sban ni ada satu kedai yg best.. emmm, kena ajak geng ni

    ReplyDelete
  8. Ammi dah 2-3 kali juga makan kat sini masa duduk di KL dulu. Tapi kalau weekend punyalah padat dengan manusia.

    ReplyDelete
  9. Menariknya dia punya hidangan tu. Nanti boleh ajak suami ke sini. Ohh dah jadi warga kajang bangi ye.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.