Slurpee 7E Hijau

Assalamualaikum wbt


Hari Ahad lepas, kami kalut ke kedai beli tong air. Sebabnya, tangki air yang besar atas apartment kami tu pecah. Serabut kepala. Sudahlah nak mula sekolah, nak puasa. Panjang cerita. Tapi nantilah cerita. Maka, petang Ahad SR, Zaimi dan ayu ke SWC di seksyen 8 Bangi. Belilah tong air dua biji.

Masa perjalanan pergi tu sebenarnya kami ada ternampak 3 orang budak lelaki keluar dari 7-Eleven sambil pegang cawan Slurpee seorang satu. Jadi, bila dah selesai beli tong air, masa nak balik rumah tu, SR suruh zaimi berhenti depan 7E pula.

Teringin dan terliur pula nampak Slurpee budak-budak tu tadi. Jadi belilah 2. SR satu, ayu 1.



Ayu memang kena share dengan abang-abang dia bila dah sampai rumah nanti. SR sengaja tak belikan seorang 1, walau harga dia hanya RM2 lebih aje secawan. Sebabnya, SR tahu dah, anak-anak tak minum sangat kalau ada gas.

Telahan SR tepat, bila dah sampai rumah, rasa sikit, dan tak nak dah. Mungkin minat dekat air gas tu belum sampai la kot pada anak-anak SR. Tapi bagus juga kan, tak minum air gas.

Anyway, lepas gian SR pada Slurpee 7E, dapat juga beli. Sebab bukan senang tau, nak jumpa mesin Slurpee yang okey. Hahaha! Out of service aje selalu dijumpai.

Itulah, tengok balik ni, terliur pula sambil-sambil puasa ni haa.

Korang berbuka apa petang ni?

Post a Comment

9 Comments

  1. Baru cakap ngan Dania semalam...slurpee tu masa bulan puasa ni bukan main sedap nampaknya..bila x puasa pandang pun x nak...

    ReplyDelete
  2. dah lama x beli slurpee...sedap tu, sejuk je tekak...bagus anak2 SR, tak suka air gas..

    ReplyDelete
  3. Anak anak saya jangan cerita kalau dengan slurpee ni. Cawan yang besau sekali pun laju je sedut.

    ReplyDelete
  4. Menggoda betul di bulan puasa ni
    Baguslah mereka tak minat air2 gas ni

    ReplyDelete
  5. Sesekali teringin okaylah beli. Baguslah budak budak tak suka air manis ni. Harini berbuka ayam kunyit je campur kacang panjang dan lobak merah.

    ReplyDelete
  6. Ayu.... Sedapnya air slurpee. Bagusnya anak² bujang SR tak suka air gas.

    ReplyDelete
  7. lamanya tak minum slurpee ni.... yelah banyak kedai 7e yg asik rosak je mesinnya

    ReplyDelete
  8. bagus tu x minum air bergas.. untuk rasa rasa je xpe :D

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.