Hadiahkan Super Mega Art Set 208 Pieces

Assalamualaikum wbt


Bulan Ramadan tahun ni, Ayu berjaya puasa sampai azan maghrib kecuali 1 hari aje (hari pertama). Alhamdulillah. Good start untuk ayu. Motivasinya, dari hari pertama SR pujuk dia puasa beserta janji. Dia asalnya jealous dengan amir, sebab masa tadika, amir dapat hadiah berupa 1 beg set alat seni yang ada banyak pensil warna, krayon, warna oil pastel, magic pen... Bila ayu nak pinjam, amir kedekut tak bagi 😂

Jadi SR katalah, kalau ayu puasa sekurang-kurangnya 15 hari penuh, SR akan belikan untuk dia pula. Dipendekkan cerita, ayu puasa lebih dari itu, penuh sebulan minus sehari. 

Makanya lepas habis raya di Kelantan, balik saja ke Kajang, SR terus orderkan Art Set yang ayu idam-idamkan tu. Harga pun tak sampai RM20. Ada banyak pula itemnya. Memang happylah dia!

Apa item yang ada? 

Ada pensil warna, warna air, krayon, warna pastel, magic pen, pembaris, pengasah pensil dan banyak lagilah!

Siap ada papan easel dalam set tu



Kesemua sekali ada 208 item dalam beg tu. SR suka sebab lepas dapat art set ni, ayu selalu spend masa melukis. Dia memang suka melukis, cuma sebelum ni pen dan warna dia memang taklah sebanyak ini. Jadi bila dia dah puas melukis, samada dia akan main handphone atau main PS5. 

Kadang-kadang kalau amir layan dia, adalah dia main set set mainan memasak dia. Tapi kebanyakan masa, ayu memang suka melukis, atau gunting-gunting kertas.

Membaca? Itu pun dia tak berapa. Dia tak ikut hobi SR tu. Dia prone kepada seni. Jadi SR turutkan dan support apa yang boleh support. Moga bermanfaatlah set seni ini untuk ayu!



Ada yang nak beli juga ke? 
Korang boleh beli dekat SINI.

Mesti penerimanya gembira!

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah..meriah. mcm2 ada kan. Seronok la ayu nanti 😍

    ReplyDelete
  2. wahhh best nyaaaaa
    sy tgk pun sy suka
    ralit laa ayu melukis lps ni...

    ReplyDelete
  3. Geram nak tarik lolipop kat mutut tu sampai bunyi POP!

    ReplyDelete
  4. Dulu Cuya pernah minta ayah belikan zaman kecik2, tapi stok dah habis. Cuma tangan ayah tak kosong, dia bawak balik colour pensel mahal steadler ke apa tah nama yg popular tu. Kita pon bongsu, dapat aje apa diingini hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ayu berjaya puasa. Seronoklah dia dapat hadiah idaman dia. Selamat berkarya.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.