Assalamualaikum wbt
#throwback
Bulan lepas, SR berkesempatan untuk ke Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu. Walaupun dulu SR belajar di Kuala Terengganu, dan berkahwin juga dengan orang pantai timur, namun inilah kali pertama SR sampai ke pantai ini.
Cantik dan bersih pantainya, pasir halus dan bersinar dari kejauhan. Seperti pantai-pantai lain di Terengganu, sebaiknya janganlah mandi-manda di sini. Ombak agak besar, pantai pula tidak landai, curam ke bawah.
Jadi kami pun hanya duduk-duduk ambil angin sahaja beramai-ramai, kebetulan pergi sekali dengan mertua, dan adik ipar SR sekeluarga.
Anak-anak tumpang posing atas banana bot. Memang tak akan sesekali benarkan anak-anak kecil main banana bot di laut! |
Menikmati angin laut atas buaian |
Memang anak-anak seronok main pasir sambil ditiup angin laut aje di sini. Ada juga kedai-kedai makan, tapi masa ni kami masih kenyang. Ada juga keluarga yang lain yang turut berkelah, ada juga yang pasang khemah. Kiranya apa yang SR nampak, Pantai Bukit Keluang ini juga adalah pantai yang menjadi pilihan rakyat Besut dan sekitar untuk beriadah bersama keluarga.
SR menikmati bayu laut sambil ketik-ketik telefon ambil gambar anak-anak dan famili. Rakam buat kenangan di masa hadapan... gittew...
Bertentang dengan Pantai Bukit Keluang ni, ada sebuah pulau. Lupa pula SR namanya apa, adik ipar dan biras SR ada sebut hari tu. Cantik bila dipandang dari jauh. Katanya, boleh naik bot untuk ke pulau tu. Ada aktiviti yang boleh dilakukan di sana walaupun pulau tu kecil saja.
Ada masa dan rezeki nanti bolehlah singgah sini lagi nanti. Ada sesiapa pernah singgah sini?
Cantiknya Pantai Bukit Keluang. Ni dekat dengan Bukit Keluang yang hiking tu kan? Teringin nak hiking situ. Pantai² di Terengganu semuanya cantik dan bersih. Best betul duduk di buaian tepi pantai layan angin sepoi sepoi bahasa.
BalasPadamada buat family day di sebuah resort dkt situ. Pas tu pagi esoknya mendaki bkt keluang dgn anak2 n isteri. sakit juga tubuh dibuatnya! Maklum la mendaki pd usia lewat 40an...
BalasPadamdi mana2 pantai di trg mmg ade org... dlu kalau di kg ldy xde org.. tp skrg org pun ramai di situ.. dah xde privacy kami untuk menikmati mandi pantai..
BalasPadamTakde ke foto banana boat yg atas air? Dok atas pasir je...? 😄
BalasPadamwaaa bestnya lepak tepi pantai.. tenang aje fikiran kalau kena angin tepi laut ni
BalasPadamseronoknya...view pun cantik...subhanallah.. seronok anak2 semua
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.