Cuba Pokemon's Caramel Cookie Yogurt Smoothie Tealive

Assalamualaikum wbt


Anak-anak pakat minta SR belikan diorang air boba pula. Capailah telefon, bukalah Foodpanda. Tengok vendor mana yang dapat sediakan air boba dengan caj delivery paling murah. Sebab kalau ada masa-masanya, cej delivery Foodpanda ni berubah, ikut peak hour ke tidak tu.

Tadi SR tengok, ada caj yang menjangkau belas-belas ringgit. Ada yang 36 MYR. GILA. Kot ya pun harga sebuah kemalasan, tapi itu terlalu melampau la bagi SR.

Ternampak Tealive Bandar Baru Bangi, caj penghantaran RM3.99. SR ada langgan PandaPro, terus jadi percuma. Cantek. Terus order.

Adam memang nak Milk Tea. SR belikan zaimi yang sama. Amir dan ayu pula nak coklat.

Untuk SR, ambil yang tak pernah cuba, maka SR order Pokemon's Caramel Cookie Yogurt Smoothie. Cute pula cup dia. Hehe!


Cute cawan dia, tapi bukan plastik.


Nak SR review Pokemon's Caramel Cookie Yogurt Smoothie Tealive ni ke? 

Bolehlah sikit.

Rasanya bercampur antara masam, manis dan lemak biskut. SR memang pilih normal sugar, jadi rasanya ori beginilah.

Masa sedut tu terasa lah masam tu dekat lidah, tapi dia cair di mulut dengan kesedapan biskut-biskut tu.

Sedut pun slow slow je, sayang pula nak habiskan cepat 😂

Apa benda Tealive Pokemon ni? Boleh baca di SINI berkenaan Sip 'Em All Yogurt Smoothie Tealive ni ya. 

Cubalah di Tealive berdekatan! Sedap weh!

Catat Ulasan

13 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Lama dah tak beli tealive ni. Dah ada minuman baru ye

    BalasPadam
  2. cantiknya cawan dia..bebudak memang suka la kann

    BalasPadam
  3. Lama jugak tak beli Tealive ni. Dah ada perasa baru2 ya.

    BalasPadam
  4. Belum coba ini. Nantilah pas ke KL akhir june, nak cari juga minuman ini

    BalasPadam
  5. ada nampak juga last week. tp x tergerak hati nak beli tggu mggu dpn laa... lps gaji hahaha

    BalasPadam
  6. p/s nak komen kat page richiamo tu tp sy x jumpa button komen....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq3 nasib baik bagitahu hehe... Lupa pula nak on

      Padam
  7. eee.. comelnyaa packaging diaaaa. suka tgk!

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad