Assalamualaikum wbt
Sebenarnya kan, agak lambat tau SR ada kesempatan nak tengok filem Reversi ni. Punyalah takut dengan spoiler, SR memang selalu skip post yang ada cerita berkenaan Reversi ni.
Selain sebab nak tengok sangat tu kerana filem ni lakonan Beto, SR suka baca teaser dia. Konsep jalan cerita dia unik dan lain dari yang lain.
Jadi, setelah tertangguh sekian lama, semalam baru SR dapat tengok Reversi ni sampai habis. Dan ia memang tak mengecewakan langsung. Gila! Best gila!
Habis je cerita ni, SR pergi mandi. Sebab, hati rasa sebak sangat dengan ending dia. Actually dari tengah tengok pun hati dah hiba hiba dah. Haha!
Masa mandi tu, SR sebak sampai menangis bawah shower. Keluar dari bilik mandi, menangis lagi masa bersiap. Aduh, hebat betul cerita ni menjentik hati. Terus buat rasa nak peluk semua orang yang kita sayang.
Ralat sebab tak sempat peluk erat-erat kerap-kerap masa orang yang dah meninggal dunia masih hidup.
SR start menangis teruk masa dia balik dan makan sup ayam mak dia. Pandangan mata Vanidah Imran masa tu, memang merenggut hati SR. Hebat betul lakonan dia.
T_T
SR memang bagi filem ni 5 bintang!
Pesanan SR, hargailah orang-orang dan setiap moment yang ada. Ish, tulis ni pun rasa nak teriak balik!
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.