Phishing merupakan taktik penipuan dalam talian yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi, terutamanya maklumat akaun bank, dengan menyamar melalui laman web palsu yang kelihatan seolah-olah laman web rasmi.
Kebanyakan mangsa menerima mesej atau e-mel yang mengandungi pautan (link) ke laman web tiruan milik bank atau syarikat tertentu. Scammer biasanya menggunakan helah psikologi seperti menimbulkan rasa cemas, takut, atau teruja agar mangsa bertindak tanpa berfikir panjang.
Antara taktik biasa termasuklah memberi amaran kononnya akaun bank perlu dikemas kini segera, meminta mangsa mengisi maklumat perbankan atas alasan siasatan, memaklumkan kemenangan hadiah lumayan, atau menawarkan bantuan kewangan. Ada juga kes di mana mangsa diminta memuat turun fail aplikasi (APK) bagi tujuan pembayaran atau pembelian dalam talian. Tanpa sedar, mangsa memasukkan ID pengguna dan kata laluan ke dalam laman web palsu tersebut, lalu memberikan akses terus kepada scammer terhadap akaun perbankan mereka.
Antara trend terkini serangan phishing ialah:
❤Kemaskini Akaun Bank Palsu – Penipu menyamar sebagai pegawai bank dan meminta nombor TAC daripada mangsa.❤Aplikasi Palsu (App Scam) – Mangsa diarahkan memuat turun aplikasi berformat APK untuk kononnya membuat urusan pembelian, namun aplikasi tersebut membawa ke laman web palsu dan mencuri maklumat bank atau kad kredit.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang pautan daripada sumber tidak dikenali. Pastikan alamat laman web perbankan adalah sahih, gunakan fungsi bookmark pada pelayar internet, dan semak frasa atau gambar keselamatan sebelum memasukkan kata laluan. Langkah berjaga-jaga ini mampu melindungi anda daripada menjadi mangsa penipuan siber yang semakin berleluasa.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.