Hari tu, lama dah sebenarnya, SR ada singgah beli beberapa barang di Guardian yang terletak dalam CS Grocer di Kajang ni. Kebetulan masa tu memang tengah cari hair conditioner yang dah habis dekat rumah.
Masa nak bayar di kaunter, staf cashier tu ramah sangat. Dia tanya SR, "Akak ada apps Guardian tak?"
SR pun cakaplah ada, tapi dah lama sangat tak buka sampai dah ter-log out. Staf tu siap cakap, "Tak apa kak, cuba log in balik. Lagipun tak ada orang beratur belakang akak ni, sempat sangat nak buka."
Dia beria ingatkan SR sebab ada baucar diskaun yang boleh ditebus dalam aplikasi tu. Rugi sangat kalau tak guna sebab baucar tu memang khas untuk ahli yang claim melalui aplikasi sahaja.
Jujurnya SR ni malas sikit bab buka aplikasi masa nak bayar. Selalu main sebut nombor telefon sahaja, kan? Tapi fikir balik, alang-alang staf tu dah beritahu, why not SR cuba log in.
Sekali bila dah masuk aplikasi tu, rupanya memang banyak betul baucar diskaun yang SR belum tebus! Boleh tahan banyak juga dapat jimatkan resi belanja hari tu. Memang berbaloi betul mendaftar jadi ahli Guardian ni.
Bukan setakat jimat berbelanja, yang paling best SR siap dapat lagi free gift percuma daripada jenama Bio-essence. Antara produk yang SR dapat dalam set sampel ni ialah:
Bio-essence Bio-Gold 24K Gold Radiance Cleanser (+ Nano Gold Peptide): Pencuci muka dengan formulasi mikro buih untuk membersihkan liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit.
Bio-essence Bio-Gold 24K Black Gold Water: Essence harian dengan ekstrak emas 24K untuk membantu keanjalan kulit, mengecilkan pori, dan memberi kesan glowing.
Saiz sampel produk ni comel sangat, jenis travel pack. Lagi bertambah gembira rasa hati, rasa macam dapat hadiah istimewa! Padahal dapat free gift sebab beli barang sendiri sahaja. Haha!
Setakat ni SR belum guna lagi dua produk Bio-essence ni sebab rancang nak jadikannya stok pencuci muka dan essence bila pergi bercuti nanti. Saiz comel macam ni memang muat elok masuk dalam beg barang mandi (toiletries) SR tanpa makan ruang yang banyak.
Itu sahaja cerita ringkas pengalaman SR berbelanja jimat hari tu. Kedai Guardian berdekatan korang rajin beri free gift juga tak? Ada tak dalam kalangan pembaca blog SR yang pernah guna rangkaian produk Bio-essence Bio-Gold 24K ni? Hasil dia okey tak untuk kulit?
Penafian: Ini bukanlah paid review atau tajaan daripada mana-mana pihak. Ini adalah pengalaman peribadi SR sendiri sewaktu berbelanja dan sampel produk yang diterima adalah pemberian percuma biasa sebagai pelanggan Guardian. Penilaian dan perkongsian di sini adalah secara jujur tanpa sebarang bayaran.
.jpg)

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.