Assalamualaikum wbt
Lama betul entry ni tertengguh, dari bulan April lagi sebenarnya. Tapi rasa sayang sangat kalau tak coretkan di sini sebagai kenangan zaman Amir belajar di SK Sungai Ramal Dalam ni.
Masa Hari Sukan sekolah tahun ni, Amir ada sertai acara lumba lari 4x100m mewakili kawan-kawan lelaki Darjah 5 untuk Rumah Kuning (Jentayu). Alhamdulillah... berkat larian padu mereka satu team, Amir dan kawan-kawan berjaya dapat kedudukan kedua! Maka, bawalah balik pingat perak! Yeay! 🎉🥈
Momen Kat Podium & Muka 'Mahal' Amir
Masa majlis penyampaian pingat, bangga betul rasa hati bila SR, Zaimi, dan Ayu dapat tengok sendiri Amir naik podium ambil pingat. Adam mana? Dia di asrama masa ni, tak kena pula dengan tarikh dia untuk pulang bermalam atau outing.
Berbalik kepada Amir, haa dia kan, kalau bab ambil gambar... haaa, Amir ni memang sejenis yang akan bising kalau kita mula halakan kamera kat dia. Sebab tu lah gambar dia tak banyak dalam simpanan, sebab tuan badan memang tak bagi! Kalau sempat tangkap pun, mesti tunjuk muka serius je.
Padahal kalau dia tersenyum... alahai, punyalah cair hati omak ni tengok! ❤️
Di bawah ni SR abadikan beberapa keping gambar yang sempat 'dijerat' untuk kenang-kenangan kami sekeluarga:
.jpg)
Tahniah.. walau dah lama kan tapi tetap la omak nya bangga dengan pencapaian sukan si amir hehe... semoga amir akan terus berjaya, mana tau ada bakat jadi pelari negara ke kan hehe
BalasPadamOh anak bersekolah di sini. Rasanya tahu sekolah ni dekat masjid baru ni kan?. Moga baik2 ajer dab Tahniah!
BalasPadamTahniah Amir. Semoga terus cemerlang dalam kuri dan koku.
BalasPadamTahniah ! It's better late than never hehe
BalasPadamTahun depan muka Amir dah tak mahal dah... Tahun depan muka Rahmah...
BalasPadamtahniah amir!
BalasPadamTahniahnyer Amir
BalasPadamTahun depan target emas pulak
Tahniah Amir walau kisahnya dah berlalu, emak² tetap bangga walau bila pun anak2 mencipta kejayaan
BalasPadamtahniah Amir. kalau train lebih giat lagi, insyaAllah boleh lebuh maju dalam bidang sukan larian ni
BalasPadamMasyaAllah tabarakallah alhamdulillah. Tahniah Amir. Semoga beroleh kejayaan lagi ditahun mendatang. Cemerlang dunia akhirat, insyaAllah
BalasPadamwah..congrats Amir!!!
BalasPadamTahniahhh
BalasPadamAmir❤️
tahniah amir kuat bersukan moga terus jaya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.