Assalamualaikum wbt
Bila ada anak-anak ni, perancangan kita kadang-kadang boleh berubah minit terakhir, kan? Itulah yang jadi masa bulan Jun lepas.
SR dah siap set appointment awal-awal kat Alo Dental, Sunway Gandaria Bangi untuk sesi penjagaan gigi Amir dan Ayu. Rancangan asalnya simple je, sebab tu awal pagi lagi SR dah bawa budak berdua ni keluar:
Cabut gigi susu Amir yang dah mula longgar.
Sapuan fluorida (fluoride treatment) untuk Amir dan Ayu.
Tapi bila kitorang sampai kat klinik, staf inform yang doktor gigi bertugas tersangkut dalam trafik dan akan lambat sikit. Kebetulan Amir dan Ayu pun dah mula mengadu lapar, jadi SR pun terus bawa diorang turun berjalan kejap dekat aras yang sama.
Masa tulah kitorang ternampak Zus Coffee, dan SR kata why not sebab SR pun malas pula nak keluar dari building Sunway Gandaria ni. Kiranya ini kali pertama SR, Amir, dan Ayu merasa lepak kat Zus Coffee sama-sama!
Suasana Cozy & Hujan
Hari pula memang tengah hujan dekat luar masa tu. Bila masuk je dalam kafe yang berpendingin hawa dengan bau kopi yang harum, rasa tersangatlah cozy dan tenang!
Untuk menu pagi tu:
SR: Iced Buttercreme Latte & Plain Donut.
Amir & Ayu: Seorang satu Iced Babycino & Cheesy Sausage Roll.
Sambil melayan anak-anak makan sausage roll dan hirup Babycino diorang, rasa macam mini date pulak dengan anak-anak.
Sambil-Sambil Tu: Apa Beza Babycino, Buttercreme Latte & Kopi Biasa?
Memandangkan ramai juga yang teringin nak bawa anak lepak kafe tapi risau pasal kafein, ini beza ringkas menu yang kitorang order hari tu:
Babycino (Mesra Kanak-Kanak):
TIADA KAFEIN. Ia sebenarnya hanyalah susu segar yang dipanaskan (atau disejukkan) dan dipukul sehingga berbuih (frothing), kemudian ditabur sedikit serbuk coklat di atasnya. Memang rekaan khas untuk kanak-kanak rasa 'bergaya' minum seperti orang dewasa!
Buttercreme Latte:
Mengandungi kafein (espresso). Ia adalah adunan espresso bersama susu segar yang ditambah lapisan krim buttercreme kaya, manis, dan berlemak. Rasa kopinya lebih lembut (smooth) berbanding kopi biasa.
Kopi/Latte Biasa:
Minuman berasaskan espresso dan susu tanpa lapisan buttercreme atau perisa berlebihan. Ia lebih mengutamakan rasa asli biji kopi (bold) dan kurang manis.
Kenapa Perlu Bawa Anak ke Klinik Gigi Secara Berkala?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, wajib ke bawa anak semuda Ayu dan Amir ke klinik gigi kalau tak ada sakit gigi? Jawapannya: Sangat penting!
Pemeriksaan gigi seawal usia kanak-kanak membantu:
Membina Pengalaman Positif: Anak-anak tak rasa takut atau trauma dengan doktor gigi (dental anxiety) bila dah biasa dengan persekitaran klinik.
Pencegahan Awal: Doktor dapat mengesan masalah gigi berlubang atau pertumbuhan struktur rahang sebelum ia menjadi lebih teruk.
1. Kepentingan Sapuan Fluorida (Fluoride Treatment) untuk Anak
Lapisan fluorida yang disapu oleh doktor gigi bertindak sebagai 'perisai tambahan' untuk gigi anak-anak. Antara kebaikannya:
Menguatkan Enamel Gigi: Membantu mengembalikan mineral pada struktur gigi yang mula lemah.
Mencegah Merekut & Berlubang: Mengurangkan risiko kerosakan gigi akibat karies, terutamanya bagi kanak-kanak yang suka makan makanan manis.
2. Kenapa Gigi Susu yang Longgar Wajib Dicabut?
Penting untuk ibu bapa tahu, gigi susu yang dah mula goyang/longgar perlu dipantau. Jika tidak dicabut pada masa yang betul:
Gigi Kekal Tumbuh Senget: Gigi kekal di bawah akan mula menolak keluar. Jika gigi susu tidak mencabut, gigi kekal terpaksa keluar dari arah tepi/belakang dan menyebabkan susunan gigi bertindih atau bersepah.
Ketidakselesaan Masa Makan: Gigi yang terlalu longgar boleh menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan semasa anak mengunyah makanan.
Harga? Masa SR pergi tu, cabutan dalam RM90 sebatang gigi dan sapuan fluoride pula RM100 untuk seorang, tak termasuk consultation (RM50).
Selesai dah cerita throwback yang terperam berapa bulan dalam draft ni, hehe. Kadang-kadang, momen tak dirancang macam ni lah yang jadi kenangan paling manis dengan anak-anak!
Ibu bapa luar sana dah bawa anak-anak buat dental check-up tahun ni? Jangan lupa temujanji gigi anak-anak ya!
.jpg)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.