Lunch Berdua Dekat Restoran Mak Kimbong Bangi
Hari Rabu lepas, SR dengan Zaimi sempatlah curi masa pergi lunch berdua dekat luar sementara budak-budak masih dekat sekolah. Kami decide nak pergi makan dekat Restoran Mak Kimbong. Restoran ni sebenarnya memang dah popular sangat seantero Bandar Baru Bangi, cuma kami berdua je yang baru nak merasa pergi try.
Tahu lah restoran ni kat Seksyen 4, cuma nak pasti location tepat tu memang kena harapkan Waze juga lah. Bila dah sampai tempatnya, agak terkejut juga tengok kedainya. Rupanya main empat pintu siap ada tingkat atas lagi. Haha!
Suasana dan Sistem Restoran Mak Kimbong
Pasal pelanggan tu tak payah cakap lah, memang penuh. Kebetulan time kami sampai tu bertembung pula dengan lunch hour orang pejabat. Maklumlah first time sampai, terpinga-pinga juga dibuatnya nak faham sistem kat situ. Tahu ada nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk, cuma baru tahu kena bawa lauk guna tray. Kelakar pula rasa, terus teringat zaman duduk asrama dulu hihi.
Menu Pilihan SR dan Zaimi
Bila dah terlampau banyak lauk yang nampak sedap-sedap belaka kat mata dan tekak SR ni, mulalah berlaku paradox of choice. Pening kepala sekejap nak pilih yang mana satu.
Lauk Pauk Pilihan Lunch
SR ambil nasi dengan ayam percik kuah ori dan sayur petola.
Zaimi pun pilih ayam juga, cuma dia ambil yang sos ala Thai.
Masa dah siap bayar tu, mula lah confuse balik nak duduk makan kat mana sebab meja penuh. Nasib baik ada seorang staff restoran ni perasan. Dia tolong ambilkan tray SR dan hantarkan ke ruang makan dekat pintu paling hujung sebab kat situ ada meja kosong.
Lega sangat sebab ruangan tu ada aircond, dan paling penting dia tak suruh kami naik tangga pergi tingkat atas. Memang tak nak lah kan, SR kan sakit lutut hahaha!
Hasil Menu Tapau Bawa Balik
Sebelum balik tu, SR sempat lagi tapau beberapa makanan lain bawa balik rumah:
Daging kawah yang banyak gila isinya, siap boleh makan empat orang untuk dinner malam tu.
Jelly kelapa untuk pencuci mulut.
Kek Jepun.
Kiranya total semua sekali damage untuk hari kami makan kat Restoran Mak Kimbong ni dalam RM80. Not bad sangat bagi SR dengan portion banyak, makanan sedap, siap dapat bawa balik makanan lagi.
Berbaloi Ke Makan Kat Restoran Mak Kimbong?
Secara kesimpulannya, ini pandangan jujur dari SR untuk sesiapa yang bercadang nak datang makan dekat sini.
Rumusan Review SR
Repeat untuk makan di kedai: Yes, tapi pergi berdua je lah. Kalau bawa anak-anak SR yang belum cukup umur tu, macam kurang convenient sikit time nak ambil-ambil lauk dengan nasi tu.
Repeat untuk tapau bawa balik: Memang thumbs up, sangat berbaloi dengan portion dan rasa!
Maklumat Lokasi dan Masa Operasi
Bagi korang yang baru first time dengar pasal Restoran Mak Kimbong ni, bolehlah try pergi nanti. Korang search je terus kat Waze atau Maps.
Alamat: No. 13-17, Jalan 4/1A, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Buka: 7:00 pagi – 5:00 petang
Hari Cuti: Tutup setiap hari Isnin
Selamat mencuba dan menjamu selera semua!
Penafian: Ulasan ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan hasil perbelanjaan sendiri tanpa sebarang tajaan (unpaid review). Rasa, kualiti makanan, serta tahap perkhidmatan mungkin berbeza mengikut waktu dan hari kunjungan masing-masing.
.jpg)
Seronoknya tengok pelbagai jenis lauk. Tapi betullah, bila dah terlalu banyak pilihan, jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. End up akan pilih lauk yang biasa dimakan juga 😅. Belum berkesempatan melencong ke sana. Mungkin kena cari masa dating berdua juga 😅😅
BalasPadambyk pilihan lauk2 tu. yg penting ada aircond so selesa lah nak dining kat situ kan
BalasPadamUlasan jujur & berguna! Portion tapau padu, memang berbaloi cuba Restoran Mak Kimbong ni. Sesuai giler untuk santai berdua!
BalasPadamSelalu follow diaorang masak dan sediakan menu kat TikTok, memang terliur la. Tengok segala ikan & sotong bakarnya. Untung la SR dekat dgn restoran tu, lain kali boleh cuba menu yg lain pula kan
BalasPadamPernah sekali datang makan disini, kakak yang bawa. Banyak sangat lauk sampai merenung lama nak memilih mana satu.
BalasPadamSelalu dengar je nama kedai ni tapi belum berkesempatan nak jejak lagi...
BalasPadamTempat makannya pun luas tapi luas2 pun kadang susah dapat meja ni SR. Lauk pauk, kuih muih memang banyak pilihan. Saya suka.
BalasPadamMemang rambang mata dibuatnya kalau banyak jenis lauk.
BalasPadamRasa dah few bloggers makan kat situ, itu yang biasa dengar.
sini memang sedap. saya pernah datang time sarapan pagi je kat sini.lunch belum pernah lagi sebab sentiasa je ramai orang!
BalasPadamselalu dengar dan tgk pasal restoran ni, tapi belum ada kesempatan nak pergi
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.