Sarapan apa semua pagi ni? Pagi ni SR rasa lemau semacam. Mungkin sebab cuaca pun mendung, jadi bangun tidur tadi memang tak ada langsung semangat nak beraksi dekat dapur. Macamlah hari-hari lain rajin sangat kan. Hahaha.
Lepas bangun tu SR terus tanya Zaimi, “Dah order makanan ke?” Bila dia jawab belum, dalam hati SR terus, “Yes!” Hihih!
Sebab kalau belum, bolehlah SR buka Foodpanda, scroll satu-satu dan cuci mata tengok makanan. Bab pilih makanan ni memang boleh ambil masa. Bukan tak lapar, tapi bila terlalu banyak pilihan, terus tak tahu nak makan apa.
Kalau Zaimi yang nak belikan, SR pula rasa tak sampai hati nak biarkan dia tunggu lama sementara SR fikir. Last-last mesti main sebut sahaja, “Nasi kerabu kot...” atau “Nasi berlauklah...” padahal dalam kepala tu sebenarnya masih belum buat keputusan pun. Haha.
Cuba Nasi Lemak Kafe 303 Kajang
Jadi pagi ni SR scroll puas-puas. Tengok kedai ini, tengok kedai itu, masuk menu, keluar balik. Akhirnya SR buat keputusan nak cuba nasi lemak ayam dari Kafe 303 Kajang. Ini sebenarnya kali pertama SR cuba makanan dari Kafe 303. Kebetulan masa SR tengok dekat Foodpanda, ada diskaun dan voucher. Jadi bolehlah cuba sebab harganya nampak masih berpatutan.
Kadang-kadang harga makanan dekat aplikasi penghantaran ni memang boleh tahan juga. Lagi-lagi kalau tak ada voucher. Bila campur harga makanan dengan caj penghantaran, terus rasa macam nak tutup aplikasi dan masuk dapur. Tapi itulah kan. Ada hari tahap kemalasan tu lebih tinggi daripada rasa sayang duit. Oops. Kadang-kadang SR tetap beli juga. Kadang-kadang pula tengok jumlah dekat bahagian checkout, terus mendadak jadi rajin memasak.
Sampai Dalam 30 Minit
Lebih kurang 30 minit menunggu, nasi lemak kami pun sampai. First impression, SR suka cara nasi lemak ni dibungkus. Dia datang dalam bekas plastik jenis krok krak tu, bukan sekadar dibungkus dengan kertas coklat macam yang biasa kita dapat. Dalam bekas tu siap ada daun pisang sebagai lapik, manakala sambalnya pula diletakkan berasingan dalam bekas kecil.
Nampak kemas dan senang nak makan. Dari segi portion, bagi SR memang just nice. Tak terlalu banyak sampai tak habis, dan tak terlalu sedikit sampai lepas makan kena mencari biskut pula. Sambalnya pun tak terlalu pedas, jadi kalau jenis tak tahan pedas sangat rasanya masih boleh makan dengan tenang, tapi satu aje lah nak komen, sikit bebenor sambal kamu wahai Kafe 303. Cuba kasi lebih sikit dari ini hehe...
Ayamnya pun elok. Tak keras dan tak kering. Bila makan dengan nasi, sambal dan lauk-lauk nasi lemak yang lain, memang sesuailah untuk sarapan pagi yang SR langsung tak ada mood nak masak ni. Jadi, masukkan nasi lemak ayam goreng ke dalam pinggan, bancuh sepaket kopi 3 in 1, letak ais dan terus duduk di spot kegemaran SR di depan TV. Apa lagi, mestilah nak makan dengan tenang sambil layan Friends.
Zaimi dan Amir tak nak makan lagi, Ayu pula lagi awal dah siap makan nasi lemak ayam goreng dia tu. Maka, makanlah SR dengan tenang sambil ditemani Joey Tribiani.
| Cuba teka Season mana dan episod berapa |
RM46.33 Untuk Sebuah Kemalasan
Untuk pesanan pagi ni, SR ambil empat nasi lemak ayam dan satu roti bakar kaya. Jumlah keseluruhan termasuk penghantaran terus ke depan pintu rumah ialah RM46.33. Harga sebuah kemalasan. Hahaha.
Tapi bila fikir balik, empat orang makan nasi lemak ayam, tambah roti bakar kaya dan tak perlu keluar rumah, bolehlah sekali-sekala. Lagi pula dapat guna diskaun dan voucher.
Secara keseluruhannya, pengalaman pertama SR cuba Nasi Lemak Ayam Kafe 303 Kajang ni memang okay. Portion elok, ayam tak kering, sambal tak terlalu pedas dan pembungkusan pun kemas. Lepas ni kalau ada masa, mungkin boleh pula singgah makan terus dekat Kafe 303 di Jalan Jelok. Boleh tengok suasana kafe dan cuba menu lain pula.
Tapi untuk pagi mendung dan malas macam hari ni, makanan sampai depan pintu pun dah cukup membahagiakan. Hihiks...
Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis ketika membuat pesanan. Harga, promosi, menu dan kualiti makanan mungkin berubah mengikut masa serta platform penghantaran.

Betul la tu ada masa malas nak keluar & masak tu apps food delivery la jadi penyelamat.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.