Lamanya SR tak betul-betul update blog, kan? Kalau ada pun, celup-celup sahaja. Caca-marba betul. Hahaha.
Cerita tertangguh sebenarnya ada banyak. Sampai SR sendiri tak tahu nak mula dari mana. Itulah, orang nak ada blog, SR pun nak ada blog. Tapi bab nak commit menulis secara konsisten tu, alahai... Malas. Mungkin sebab AdSense pun kedekut dengan SR. Eh, dah terpesong pula niat asal berblog. Hahaha.
| Ayu Borneo Bangi, sebelah BSN Bandar Baru Bangi |
Kali ini SR nak cerita pengalaman pertama kali SR buat tempahan urutan secara online dan mencuba servis di Ayu Borneo Bangi. Sebenarnya dah lama juga SR teringin nak cuba, cuma kali ini belakang SR yang bagi kata dua, “Pergilah cari orang urut betul-betul!”
Kiranya ini pengalaman pertama SR berurut di Ayu Borneo Bangi pada pertengahan Ogos 2026 hari tu, dan membuat booking secara online. Mudah pilih servis, semak slot dan bayar terus sebelum datang.
Kenapa SR Pergi Berurut di Ayu Borneo Bangi?
Sejak kebelakangan ini, belakang SR semakin kerap rasa tegang dan sakit. Makin meningkat usia ni, badan pun pandai buat perangai sendiri.
Salah SR juga agaknya sebab sebelum ini suka suruh Amir dan Ayu pijak belakang. Kan sebenarnya tak elok main pijak-pijak macam tu. Haa, lama-lama SR dapatlah akibatnya. Akhirnya SR mengalah dan fikir, baiklah cari tukang urut yang betul.
Entah macam mana, SR teringin nak cuba Ayu Borneo. Jadi mulalah SR godek-godek Internet untuk tengok cawangan, servis dan cara nak buat tempahan.
Rupa-rupanya Ayu Borneo ada banyak cawangan dan yang paling SR suka, tempahan boleh dibuat melalui satu laman web sahaja. Tak perlu nak mesej satu-satu cawangan semata-mata untuk tanya,
“Esok pukul 3 ada kosong tak?”
“Kalau pukul 4?”
“Kalau lusa?”
Penat, kan?
Cara Booking Ayu Borneo Secara Online
Kalau korang pertama kali nak buat tempahan macam SR, prosesnya mudah sahaja. Pergi ke laman tempahan rasmi Ayu Borneo, daftar akaun dan log in. Selepas itu, ikut sahaja langkah yang diberikan dalam sistem.
| Interface laman web Ayu Borneo untuk membuat tempahan |
1. Pilih cawangan atau outlet Ayu Borneo yang korang nak pergi.
2. Nyatakan jumlah tetamu dan bilangan tukang urut yang diperlukan.
3. Pilih servis atau rawatan yang dikehendaki.
4. Pilih tarikh dan waktu yang masih tersedia.
5. Teruskan ke bahagian pembayaran.
SR suka sistem macam ini sebab semuanya jelas. Kita boleh tengok cawangan mana yang kita nak pergi, pilih servis, semak kekosongan waktu dan tengok harga sebelum membuat bayaran. Tak perlu berbalas-balas mesej semata-mata nak cari waktu kosong. Senang!
Lagi satu, apabila dah buat bayaran siap-siap secara online, SR rasa lebih tenang. Tinggal datang ke cawangan pada waktu yang ditempah dan maklumkan kepada penyambut tetamu sahaja.
Pengalaman Pertama SR di Ayu Borneo Bangi
SR pilih Ayu Borneo Bangi untuk pengalaman kali pertama ini sebab dekat dengan rumah. Sampai sahaja di sana, SR memang rasa layanan daripada penyambut tetamu sangat mesra. Disebabkan tempahan dah dibuat lebih awal, tak adalah SR tertanya-tanya sama ada slot masih ada atau tiba-tiba kena tunggu lama.
| Ruang hadapan Ayu Borneo Bangi |
SR duduk sekejap sebelum tukang urut datang memanggil dengan mesra. Sebelum masuk ke bilik urut, SR dibawa untuk mencuci kaki terlebih dahulu. Selepas itu barulah naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik rawatan.
Ada satu gangguan kecil. Tetamu di bilik sebelah SR rancak betul bersembang sesama sendiri. SR rasa mungkin mereka datang berdua sebab kedengaran macam kawan-kawan tengah berborak. Aduhai. Kita ni dah datang dengan harapan nak tenang-tenang, tutup mata dan lupakan dunia sekejap. Sebelah pula rancak bersembang. Hahaha. Nasib baik tak lama. Bila urutan dah bermula, senyaplah mereka. Agaknya masing-masing dah hanyut. Lepas habis urut, dengar bising balik. Hahaha. Sabarlah SR.
Servis Yang SR Cuba di Ayu Borneo
Untuk kunjungan kali ini, servis yang SR pilih ialah (Online Exclusive Weekday) Back, Neck & Head Treatment (90mins). Kiranya memang fokus pada bahagian yang SR nak sangat tu, terutamanya belakang dan leher.
Sembilan puluh minit tu bagi SR memang puas. Dapatlah bermanja-manja dengan badan sendiri sekali-sekala. Kita selalu fikir macam-macam benda lain. Kerja, rumah, anak-anak, benda yang belum siap, benda yang nak kena buat esok. Sesekali luangkan masa untuk diri sendiri pun bolehlah, kan?
Cuma SR tak berani nak berurut selalu sangat. Entah kenapa setiap kali lepas berurut, keesokan harinya SR mesti rasa lali dan mengantuk. Asyik nak pejam mata sahaja. Ahaks!
Lepas Urut, Terus Rasa Ringan?
Habis sahaja sesi 90 minit tu, masa nak berjalan turun SR rasa macam terumbang-ambing sedikit. Kenapa entah. Mungkin badan SR terlalu relaks kot. Hahaha. Jadi SR ambil kesempatan berjalan perlahan-lahan tu untuk tangkap gambar sikit sekitar tempat tersebut. Mestilah kena ada gambar. Kalau tidak, macam mana nak masuk blog, kan?
Dari segi pengalaman di cawangan Bangi pula, SR suka layanan yang mesra dan suasana yang menenangkan. Cuma bab tetamu bilik sebelah terlebih ramah dengan kawan dia tu, kita anggap sahajalah sebagai ujian kecil untuk mencapai ketenangan.
Adakah SR akan datang lagi? Boleh jadi. Terutamanya kalau belakang SR mula buat perangai lagi. Tapi lepas ni tak bolehlah suka-suka suruh Amir dengan Ayu pijak belakang dah. Cari tukang urut betul-betul!
Korang pula macam mana? Bila kali terakhir korang pergi berurut? Korang biasanya pergi dekat mana dan servis apa yang paling sedap untuk badan yang selalu lenguh-lenguh ni? Kongsilah dengan SR dekat ruangan komen. Mana tahu boleh masuk dalam senarai tempat SR nak cuba pula nanti.
Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman peribadi SR sendiri ketika berkunjung ke Ayu Borneo Bangi. Artikel ini bukan tajaan dan SR tidak menerima sebarang bayaran untuk menulis perkongsian ini. Harga, servis, promosi dan pengalaman di setiap cawangan mungkin berbeza atau berubah dari semasa ke semasa. Kalau korang berminat nak cuba, semak maklumat terkini dengan pihak Ayu Borneo terlebih dahulu.

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.