Asal Usul Burger



Kalau sebut burger, rasanya hampir semua orang tahu makanan yang satu ini. Dua keping roti, ada daging di tengah, kemudian ditambah sos, sayur, keju dan macam-macam lagi. Di Malaysia pula, burger bukan setakat ada di restoran makanan segera. Tepi jalan pun boleh jumpa burger sedap!


Tapi pernah tak terfikir, dari mana sebenarnya asal usul burger? SR pun selama ini fikir burger memang berasal dari Amerika Syarikat. Rupanya perjalanan sejarah burger agak panjang dan ada kaitan dengan sebuah bandar di Jerman.


Nama Hamburger Ada Kaitan Dengan Hamburg

Perkataan hamburger mempunyai kaitan dengan Hamburg, sebuah bandar pelabuhan di Jerman. Sebelum wujud burger seperti yang kita makan sekarang, terdapat hidangan yang dikenali sebagai Hamburg steak.


Hidangan ini pada asasnya menggunakan daging lembu yang dipotong, ditumbuk atau kemudiannya dikisar sebelum dimasak. Catatan mengenai Hamburg steak mula muncul dalam akhbar dan buku masakan di Amerika Syarikat pada abad ke-19.


Pergerakan penduduk dan pelayar antara Eropah dengan Amerika turut dikaitkan dengan perkembangan hidangan ini. Lama-kelamaan, idea menyediakan daging ala Hamburg steak berkembang mengikut cara pemakanan masyarakat di Amerika.


Menariknya, perkembangan mesin pengisar daging pada penghujung abad ke-19 juga membantu menjadikan daging kisar lebih mudah disediakan. Daripada sinilah bentuk patty daging yang kita kenal hari ini semakin praktikal untuk dihasilkan.


Bila Daging Mula Masuk Dalam Roti?

Inilah bahagian sejarah burger yang agak menarik sebab tiada satu jawapan yang benar-benar dipersetujui semua pihak. Beberapa individu dan bandar di Amerika Syarikat pernah mendakwa sebagai pencipta hamburger. Kebanyakan kisah tersebut muncul sekitar penghujung 1800-an hingga awal 1900-an.


Konsepnya cukup mudah. Daging yang biasanya dimakan menggunakan pinggan diletakkan di antara roti supaya pelanggan boleh memegang dan memakannya sambil berjalan. Malah, rekod akhbar yang dikaji oleh penyelidik menunjukkan hamburger steak sandwiches sudah dijual di Texas pada April 1894. Jadi, agak sukar untuk memberikan gelaran "pencipta burger" kepada seorang individu sahaja. Pendek kata, burger moden berkemungkinan berkembang secara berperingkat dan mungkin muncul di beberapa tempat dalam tempoh yang hampir sama.


Dari Makanan Ringkas Jadi Fenomena Dunia

Memasuki abad ke-20, burger semakin popular di Amerika Syarikat. Kemunculan restoran dan rangkaian makanan segera membantu menjadikan burger makanan yang murah, mudah disediakan dan senang dimakan. Selepas itu, burger mula tersebar ke seluruh dunia.


Hari ini definisi burger pun semakin luas. Bukan daging lembu sahaja. Ada chicken burger, burger ikan, burger kambing, veggie burger dan macam-macam versi kreatif. Di Malaysia pula, kita siap ada identiti burger tersendiri. Burger gerai tepi jalan dengan daging, telur, kubis, sos cili dan mayonis memang ada aura dia sendiri. Lagi-lagi kalau dibungkus dengan kertas dan makan panas-panas. Hahaha.


Jadi, Burger Berasal Dari Mana?

Kalau nak jawapan paling mudah, akar namanya berkait dengan Hamburg di Jerman melalui hidangan Hamburg steak, tetapi burger dalam bentuk daging di antara roti berkembang dan dipopularkan di Amerika Syarikat. Menarik kan?


Daripada hidangan daging yang ringkas, akhirnya lahir satu makanan yang dikenali hampir di seluruh dunia. Lepas tahu asal usul burger ini, SR rasa kalau makan burger lepas ni boleh pula teringat, jauh betul perjalanan makanan ini sebelum sampai ke tangan kita!


Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat umum berdasarkan sumber sejarah yang tersedia. Beberapa fakta mengenai pencipta asal burger masih diperdebatkan oleh pengkaji hingga kini.

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad