Akhirnya, sekolah-sekolah di Kajang ditutup juga akibat keadaan jerebu yang semakin teruk. Pada SR, memang elok sangatlah keputusan ni dibuat sebab keadaan udara di sini memang dah tak menyenangkan. Bayangkan, jerebu yang melanda Kajang ni nampak putih saja. Kalau sekali pandang, macam kabus di Cameron Highlands pula. Nampak macam cantik, kan? Tapi jangan tertipu dengan rupa dia!
Sebaik saja keluar rumah, mulalah mata terasa gatal, tekak rasa macam berpasir dan hidung pula merenyam tak tentu pasal. Nak bernafas pun rasa tercungap-cungap. Ditambah pula dengan cuaca panas, memang cukup pakej!
Sekolah Tutup, Anak-Anak Kembali PdPR
Jadi, bermulalah semula sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anak. Adam yang tinggal di asrama pun kami dah kena ambil semalam. Buat masa sekarang, dia perlu berada di rumah dahulu sehingga ada arahan lanjut daripada pihak sekolah.
![]() |
| Anak sedang PdPR |
Amir pula sepatutnya menduduki kertas terakhir peperiksaan percubaan UPKK semalam, iaitu kertas Tajwid. Tapi disebabkan arahan penutupan sekolah, peperiksaan tersebut terpaksa ditangguhkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Aduhai, tinggal satu kertas saja lagi!
SR harap sangat apabila tiba peperiksaan UPKK yang sebenar nanti, keadaan jerebu dah pulih dan sekolah boleh beroperasi seperti biasa. Kalau peperiksaan sebenar pun terpaksa ditangguhkan, banyak juga urusan dan perancangan keluarga kami yang akan terjejas nanti. Huhu...
Jerebu Bukan Sekadar Ganggu Persekolahan
SR memang berharap sangat masalah jerebu di Malaysia ni cepat-cepatlah berakhir. Bukan setakat risaukan kesihatan anak-anak, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang menghadapi musim peperiksaan, SR turut terfikir tentang kesannya kepada negara.
Bayangkanlah, pelancong pun mungkin berfikir dua tiga kali nak datang ke Malaysia kalau keadaan udara berjerebu macam ni. Kita yang tinggal di sini pun rasa tak selesa nak keluar rumah. Nak memandu pun risau sebab jarak penglihatan boleh terjejas. Belum lagi kalau ada perancangan nak bercuti, berjalan-jalan atau sekadar nak healing hujung minggu. Semua aktiviti luar terpaksa difikirkan semula.
Bila udara tak sihat, nak menikmati suasana di luar rumah pun jadi susah. Lebih merisaukan apabila kanak-kanak antara golongan yang mudah terkesan dengan pencemaran udara.
Harap Jerebu Cepat Berlalu
Apa pun, SR harap keadaan jerebu di Kajang dan kawasan lain yang terjejas akan kembali pulih secepat mungkin. Kasihan anak-anak yang sedang bersekolah, terutama mereka yang bakal menghadapi peperiksaan penting. Sudahlah perlu fokus belajar, sekarang kena menyesuaikan diri pula dengan perubahan jadual dan suasana pembelajaran.
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Risau betul SR dibuatnya... Sekolah anak-anak kalian macam mana pula? Dah ditutup akibat jerebu atau masih beroperasi seperti biasa? Kongsilah di ruangan komen. SR nak tahu juga keadaan di tempat kalian. 😊
Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman peribadi dan situasi semasa kejadian. Maklumat penutupan sekolah serta peperiksaan tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak berkuasa yang berkaitan dan berkenaan.



Sekolah Wafi di SP setakat hari ni tak tutup. Sana IPU 157.
BalasPadamPagi ni Wafi balik asrama.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.