Ni cerita throwback pertengahan September hari tu. Masa tu SR dah mula rasa tepu duduk dekat rumah. Biasalah, bila hari-hari menghadap benda yang sama, sekali-sekala rasa nak keluar ambil angin dan makan sedap-sedap pula.
Jadi, SR ajak Zaimi keluar makan tengah hari. Bolehlah buat lunch date berdua sambil hilangkan stress sikit kan. Kami tak bercadang pun nak pergi makan jauh-jauh sebab pukul 4 petang kena jemput Ayu balik dari sekolah. Jadi, cari kedai makan sekitar Kajang dan Bangi sajalah. Cuma kali ni SR letak satu syarat.
“Kita makan dekat kedai yang kita tak pernah pergi.” Maklumlah, masa kami dekat sini pun dah tak berapa lama. Lepas ni dah kena balik semula ke Senawang. Entah bila pula ada masa nak pusing-pusing Kajang dan Bangi semata-mata untuk lunch date macam ni.
Gara-Gara Nampak “Khairul Aman”
Tiba-tiba SR teringat sesuatu. Beberapa hari sebelum tu, masa kami lalu dekat bulatan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, SR ada ternampak satu billboard yang agak catchy. Kalau tak silap SR, dekat situ ada tulis pasal makanan pilihan “Khairul Aman”. Hahaha!
SR dengan Zaimi memang tergelak masa nampak nama tu. Bijak betul strategi dia. Tak petik nama Khairul Aming, tapi guna “Khairul Aman”. Beza satu huruf saja dengan nama Khairul Aming, atau K.A., antara influencer makanan yang memang tersohor dekat Malaysia tu. Memang senang orang nak ingat.
Disebabkan SR masih ingat nama restoran yang tertera dekat billboard tu, terus SR buka Waze dan cari Farhanah Catering. Masa tu SR tak tahu pun restoran ni dekat mana. Rupanya tak jauh sangat dari kawasan kami. Jadi, apa lagi, teruslah pergi.
![]() |
| Tengok bill board atas tu, macam tu lah yang di bulatan Seksyen 7 tu hahaha |
Suasana Farhanah Catering Tenang dan Selesa
Sampai saja dekat Farhanah Catering, kami terus masuk. Pandangan pertama SR, suasana dalam restoran ni nampak eksklusif, kemas dan tenang. Mungkin sebab masa kami datang tu pelanggan tak ramai sangat, jadi suasananya terasa lebih santai. Cantik juga dekorasi dalam kedai ni. Sesuailah kalau nak makan sambil sembang-sembang tanpa rasa terlalu sesak.
Kami pilih tempat duduk, kemudian datang seorang adik waiter hulurkan buku menu. Untuk buat pesanan pula, kena imbas kod QR. Disebabkan ini kali pertama datang, memang ambil masa jugalah SR nak browse menu satu-satu. Padahal SR ni kalau tengok menu panjang mana sekalipun, selalunya end up pesan benda yang lebih kurang sama juga. Hahaha!
Kami Makan Apa?
Selepas beberapa ketika membelek menu dan berfikir macam nak jawab soalan peperiksaan, akhirnya kami buat pilihan. SR pesan nasi lemak sotong crispy bersama teh O ais laici. Zaimi pula pilih set nasi kenduri ayam masak merah dengan limau kasturi ais.
Untuk rasa makanan, pada SR semuanya okey dan kena dengan tekak kami. Bila makanan sedap digabungkan pula dengan suasana restoran yang selesa dan tenang, memang ngam untuk lunch date santai macam ni.
Jumlah keseluruhan makan kami berdua masa tu sekitar RM55 lebih. Dengan makanan yang kami pesan, siap ada kentang goreng dan pencuci mulut sekali, SR rasa masih okey.
Ada Juga Sarapan Ala Kelantan
Satu lagi yang SR perasan dekat Farhanah Catering ni, mereka ada juga pilihan sarapan ala Kelantan. Dekat bahagian depan restoran SR nampak ada nasi bungkus dengan lauk-pauk juga. Jadi kalau datang waktu pagi, mungkin boleh cuba menu sarapan mereka pula.
SR belum cuba bahagian tu lagi sebab kami datang untuk makan tengah hari. Tapi kalau kalian memang peminat nasi bungkus dan sarapan gaya Pantai Timur, bolehlah intai pilihan yang ada.
Boleh Cuba Kalau Datang Bangi
Secara keseluruhannya, pengalaman pertama SR makan di Farhanah Catering ni memang menyenangkan. Makanan okey, restoran cantik dan suasananya pun selesa. Kalau kalian datang ke Bangi dan sedang mencari tempat makan yang belum pernah dicuba, bolehlah masukkan Farhanah Catering dalam senarai.
SR harap restoran ni boleh bertahan lama. Sekarang ni SR perasan banyak juga kedai makan yang datang dan pergi. Kadang-kadang kita dah teringat nak makan sesuatu dekat satu kedai, sekali pergi... Ehhh, dah tutup pula! Sedih tau. Huhu.
Kalian pernah makan dekat Farhanah Catering? Kalau pernah, menu apa yang sedap dan wajib SR cuba kalau datang lagi nanti?
Okeylah, itu saja cerita lunch date SR dengan Zaimi kali ni. Gara-gara nampak “Khairul Aman” dekat billboard, akhirnya sampai juga kami mencuba tempat makan baru. Hihi!
Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman peribadi ketika berkunjung. Harga, menu, waktu operasi dan perkhidmatan restoran mungkin berubah dari semasa ke semasa.











Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.