Pages

Search This Blog

Showing posts with label Beranang. Show all posts
Showing posts with label Beranang. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Anak kepada sepupu.

Petang semalam, lepas kenduri di Beranang tu,
ada sepupu aku datang rumah.. 

Aku panggil dia Abang Long, dia ni sepupu aku belah abah..
Dia datang 1 family dia.. Umur dia 30-an la jugak, dan anak-anak dia masih kecil :)

Ini anak dia yang sulung, namanya Ayuni.. 6 tahun..
Sebijik muka bapak dia..

Yang ini pulak yang nombor dua..namanya Ashraf..4 tahun..
 dah sebijik muka  mak dia pulak..

Yang ke-3 masih dalam perut..Insyaallah bulan 6 keluar lah dia..huhu..

Yang sulung ni sangat2lah suka melukis.. mentang-mentanglah bapaknya arkitek..haha..
Datang rumah aku terus aje mintak kertas ngan colour pencil..
Yang paling best dia kata, "Ayuni nak buat kulisan"

Hehe..boleh pulak dia sebut 'Lukisan' sebagai 'Kulisan'..

Aku tak berapa reti sangat layan kanak-kanak..
huhuhuhu..

Layan camtu-camtu je boleh la..
Kekok kot?
Yelah...adik pun ada 2 ketul je..hehe..


Tok aku suruh diorang pangil aku Chaq [Along dalam loghat Kedah],
tapi aku takmo la Chaq.. aku tak bese ar cakap Kedah..
Panggil Along sudeyh..heehee..

Tapi diorang panggil aku Kakak je..haha! Kang explain lebih2 kang dorang bukan paham pun, otak lembut lagi.. maka aku biarkan aje..muda sket..kikiki...

ps: anak aku nanti mak aku suruh panggil aku mak jugak..huhu..

Saturday, March 6, 2010

Kenduri Di Beranang

Salam Semua =)

Sekarang ni musim orang kahwin kan?
Sana kenduri, sini kenduri..

Hari ni je, aku ada 2 undangan kenduri kahwin,
tapi terpaksa korbankan 1 [kenduri Acai] sebab ada sedara angkat kami pun kahwin harini.
Kepada Acai dan isteri, Selamat Pengantin Baru! Cepat-cepat beranak..haha!

Yang kenduri aku pergi tadi kat Beranang, Negeri Sembilan..
Tak sampai 30minit pun dari rumah aku walaupun rumah aku di Selangor..heheh


Ni pelamin diorang.. Bercahaye! Gambar ni aku tangkap malam tadi, sebelum acara nikah.
Diorang guna pelamin yang kerusi bercantum..Aku tengok kecik aje pelamin jenis ni..
Untuk pengantin ni molek la sebab dia kecik je orangnya, kalau aku kompom sempit! hehe..

Mak dan abah aku bergambar ngan pengantin di tengah-tengah panas..yang buat aku nak gelak tengok gambar ni, adalah budak lelaki berbaju belang yang berdiri tonggek tu..hehe..

pengantin sedang riak menunjukkan duit yang beliau dapat..haha! Oh namanya Fadzlyana, suaminya Farid..

aku pulak dengan gemoknya sedang menayang nasi dan lauk kenduri..haha! Oh kecilnya ko Alang berdiri di sebelah aku..huhu..

 my beloved nenek, pakai tudung Siti u!
Vogedevas nenek arini!

last sekali tak tau nak buat apa, orang pun ramai gila, duduk je lah tak buat apa-apa..huhu..

Semoga Pengantin berbahagia sampai ke anak cucu..kalau aku rajin esok aku buat cupcake untuk kau..
Maklumlah aku kan penganggur, takdo duik nak boli hadiah bosa2..haha!


ps: terasa sedikit takut mengenang alam rumah tangga, ianya alam penuh tanggungjawab, semoga aku mampu menghadapinya kelak =)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.