Pages

Search This Blog

Showing posts with label Din Beramboi. Show all posts
Showing posts with label Din Beramboi. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Album Sawancara Aznil dan Din Beramboi

Hello Readers =)

Dua bulan setengah sudah berlalu Arwah Din Beramboi meninggalkan kita, kadang-kadang rasa rindu pulak nak dengar dia mengarut pagi-pagi di radio ERA..


Memang tak dinafikan, aku adalah salah seorang peminat setia segmen Sawancara yang dikendalikan oleh Aznil Hj Nawawi dan Arwah Din Beramboi.. Memang kelakar habislah! Arwah Din Beramboi sangat kreatif! 

Pak Nil ada menceritakan asal usul sawancara ini yang sebenarnya dah bermula hampir 15 tahun lalu lagi di Metro. Banyak sejarah di sebalik Sawancara ini yang aku tak tahu, terima kasih Pak Nil sebab sudi bercerita :)

Paknil bangga kerana apa yang terhasil dalam Sawancara ini adalah hasil usaha kami berdua sendiri dengan bantuan dan kepercayaan pihak pengurusan Era. Jika ada yang menyarankan agar sawancara ini diteruskan di slot Riuh Pagi Era, mungkin Paknil terpaksa berfikir sepuluh kali. Bukan kerana Paknil tidak mampu melakukan perkara yang sama dengan pelawak lain tetapi bagi Paknil, Din sudah meletakkan tahap kerja yang sukar ditandingi orang lain. Lagi pun, nadi untuk Sawancara ini ada pada Din dan Din sudah membawa nadi itu bersamanya- Aznil Hj Nawawi, Harian Metro .

Betul tu Pak Nil, bukan niat mahu membeza-bezakan, tapi memang Arwah Din Beramboi seorang yang sangat hebatlah! Pada pendapat aku, lebih baik jangan dibuat Sawancara ni dengan orang lain. Sebabnya:

1) Nanti orang baru itu akan dibeza-bezakan oleh pendengar, mesti dia kecil hati.
2) Biarlah Sawancara itu menjadi kenangan khas untuk Arwah Din Beramboi..


Beberapa hari  lepas juga, album Sawancara ini telah pun dilancarkan..yea!
Aku mesti dapatkan album Sawancara ni!
Macam mak aku cakap, sekurang-kurangnya, kalau boring2 masa drive bolehlah pasang!

Mungkin ada yang cakap, nanti kalau pasang hari-hari bosanlah lama-lama nanti..
Ala senang je, tak payah pasang hari-hari..hehe.. Hari lain dengarlah radio macam biasa..kan?

Perancangan untuk album ni ok jugak, sebab Album Sawancara ni nanti akan dijual dalam dua pakej,
iaitu pakej full yang memuatkan 30 Sawancara, dan juga pakej budget, yang hanya ada 15 Sawancara.

"Album ini mempunyai dua pakej yang masing-masing berharga RM19.90 dan RM9.90 yang mana kita memberi peluang kepada semua golongan untuk mendapatkannya mengikut kemampuan mereka" , Norman Abdul Halim, selaku pengedar album tersebut. - mStar Online.

Album ini juga katanya boleh didapati di kedai menjual cakerapadat berhampiran anda..heheh..
Aku nak kumpul duit la, nak beli.. Eh dah 24 tahun pun kena kumpul duit? haha!

ps: belilah yang original!

Wednesday, June 2, 2010

Spontan Musim 2

Hello readers! =)

Bermulanya 31 Mei 2010, rancangan Spontan Musim Ke 2 sudah mula ditayangkan di Astro Warna..
Waktu tayangan Spontan 2 ini adalah pada pukul 9.30 malam..

Spontan musim ke dua ni, nampak berbeza dari yang pertama, lebih ceria setnya! Kalau dulu, latar belakang dia ada tirai merah je, yang musim kedua ni, set dia berwarna-warni la jugak. Cantik!

Seperti yang semua orang tau, Spontan musim pertama dulu, Arwah Din Beramboi merupakan salah seorang pemain wajib..


Tapi, dia dah meninggal..sob sob..
Maka, tempat pemain wajib tu digantikan dengan Nabil..


Selain tu, tiga lagi pemain wajib yang lama masih dikekalkan..

Mereka adalah Abang Afdlin Shauki kita:


Zizan yang handsome..hehe:


Dan Douglas Lim yang selalu blur..hehe:


Host rancangan itu, kalau dulu dia dipanggil The Mengandung Girl, pun masih dikekalkan, iaitu Sharifah Shahira:



Episod pertama Spontan 2 ni, diorang buat khas, Tribute to Din Beramboi..
Memang Arwah Din adalah pemain Spontan yang paling best la! Itu memang tak dapat disangkal!
Jadi pada episod pertama tu, di penghujung rancangan, diorang ada pasang sedutan masa Din Beramboi bermain untuk Spontan musim pertama dulu..

Huhu..nak gelak pun ada, sedih pun ada..huk huk..
Bagi pendapat peribadi aku, dalam banyak-banyak episod yang pernah Arwah Din Beramboi main, aku paling suka yang dia jual Telinga Syaitan dalam permainan jurujual langsung! ahaha! aku memang tak sangka langsung yang dia akan cakap side mirror tu sebagai Telinga Syaitan! Sangatkreatif lah otak beliau! hahaha!

Tapi itulah...kena terima yang dia dah tak ada..

Walaupun pemain yang paling best tu dah tak ada, aku tetap akan tengok Spontan 2,
yang lain-lain pun ok jugak, kan?

ps: Din Beramboi Lagenda di hatiku~

Saturday, April 3, 2010

Keadaan Aznil Kehilangan Din Beramboi

Salam semua..
Apa khabar? Sihat?

Ramai juga yang tertanya-tanya, macam mana keadaan Aznil Hj Nawawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, selepas kematian sahabat karib dan teman sekerjanya, Arwah Din Beramboi..


Secara logiknya, mestilah beliau sedih.. 
Seperti yang Pak Nil beritahu kepada HarianMetro hari ini,
arwah Din Beramboi seorang yang suka menyakat dan akan buat apa sahaja untuk Aznil tersenyum walaupun pada ketika Aznil sedang dalam keadaan moody.

Menurut Aznil, arwah Din Beramboi pernah berkata, 
"masalah tidak akan selesai kalau kita sedih atau menangis"
sebab itulah arwah sentiasa gembira dan menggembirakan orang lain sepanjang hayatnya..

Menurut sumber juga, Aznil menyatakan perasaannya ketika ini sebak dan sunyi sejak pemergian arwah yang mengejut.. Katanya lagi, slot Riuh pagi Era tidak akan ceria lagi tanpa arwah..

Betul kata-kata Pak Nil tu..aku pun rasa begitu..
Para pendengar akan terasa kehilangan buat waktu ini..
Tapi apalah kudrat kita sebagai hambaNya..
Qada' dan Qadar haruslah kita terima dengan redha..

Ada 1 iklan yang sering keluar di Astro mengenai slot Riuh Pagi Era,
dimana Aznil dan arwah Din Beramboi beraksi dalam iklan tu..
setiap kali iklan tu keuar, aku mesti ketawa..

Even sekarang pun, kalau aku tengok iklan tu kat Fan Page Aznil & Din Beramboi di Facebook,
aku tetap rasa nak ketawa.. Tapi bila teringat arwah Din Beramboi dah tak ada.. sedih tu ada jugak..
Korang boleh tengok video iklan tu kat sini.

ps: kepada yang tidak suka arwah Din Beramboi semasa hayatnya, tak perlu la kot nak cakap padan muka beliau dah meninggal, otak ada, boleh pikir kot.. 

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Selamat Jalan Abang Din..




Berita ni memang mengejutkan..
Sudah tiada lagi Din Beramboi..

Macam tak percaya..
Berehatlah dengan tenang..
Kami akan merinduimu..

Al-Fatihah..

=(

Wednesday, March 31, 2010

Keadaan Terkini Din Beramboi


Salam semua..

Sayu je lagu2 yang keudara dari corong radio Era pagi ni..
Kesemua mereka begitu mengharapkan abang mereka,
iaitu Din Beramboi yang koma dan kritikal untuk kembali bangun dan pulih..
aku pun! serius!

Ada beberapa blog yang menceritakan punca DIn Beramboi boleh sakit,
antaranya adalah di blog Zaimi..
Korang boleh baca disitu..

Namun setakat kini [9.10 a.m],
sudah ada berita2 baik yang kedengaran..
Dengarnya beliau semakin stabil~

Khabarnya proses pemindahan darah berlaku dengan baik kerana ramai rakyat Malaysia yang prihatin pergi mendermakan darah kepada beliau! Tahniah rakyat Malaysia!

Antara berita2 baik yang aku tengok di Twitter adalah seperti ini:


lagi..


Berita yang positif nampaknya..Alhamdulillah..
Marilah kita teruskan berdoa agar beliau kembali sedar..


ps: D, Adi, Burn & Rini temankan Pak Nil kat konti pagi ni.. 

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Masuk Hospital sebab kritikal?

Salam semua..

Aku rasa berita ni tergempar sangat,
aku sangat terkejut..


Din Beramboi, pelawak yang tengah hangat masa kini,
seorang DJ ERA pulak, tenat di hospital?


Mula-mula aku terbaca kat FanPage Zizan Raja Lawak
Zizan tulis status macam ni:


Tak kan Zizan nak main2 hal-hal macam ni..
Lagi pun, profile tu memang Zizan sendiri admin nye..

Lepas tu, aku search pulak kat internet, Murai.com.my pun ada melaporkan berita ni..
Tapi dalam berita tu ada pulak perenggan yang menyatakan tarikh 31 March, sedangkan hari ni baru 30 March..
Mungkin typing error..

Tapi aku sangat terkejut!
Sedih la!

:(

Kalau berita ini benar, marilah kita same2 doakan beliau kembali sihat..

ps: blog Azwan Ali mengatakan, Aznil ada mengesahkan Din Beramboi kini di ICU,  :((

Tuesday, November 10, 2009

Mat Bunga & Dollah Cantik

AKu pernah curang..
Aku pernah beralih dari dia dulu..

Sedankan dari mula2 dia diperkenalkan pada aku,
aku dah suka..

Ceh ayat takleh blah..

Aku nak btau, masa ERA FM mula2 launch dulu,
aku sekolah lagi..
mase tu zaman Halim Othman, Linda Onn, Najman, Khyrill, Seelan Paul...

Wah terase aku pon dah tua bila mengenang dorg tu dah tua!
Haha!!

Pastu, masuk Fafau la, FBI la..

Pastu bila Fafau & FBI dah blah, aku pon blah gak dari ERA..

Masa tu ERA ngah merapu, asik2 iklan je..nyampos!

Tapi lame2, aku rase radio 'tu' plak dah banyak iklan..
ade sekali tu,
aku drive balik dari UKM ke umah aku di Semenyih,
perjalanan selalunya amek masa dalam 30-40 minit,
bayangkan, sepanjang perjalanan aku tu,
ade 3 lagu je??

yang lain sume iklan..
WTF?

Sekarang aku dengar ERA balik..
Korang aku tak tau la, tapi aku sangat SUKA dengar ERA..
sebab walaupon dia pasang iklan, iklan dia lawak!

=)

part paling best mestilah AZnil & DIn Beramboi..



Dan satu lagi yang aku suke dengar,
Adi & Burn..

Oh mungkin dorang ni hampir sebaya ngan aku,
maksud aku, tak terlalu muda atau terlalu tua,
same mangalami zaman Tora Datang Lagi mase kecik dulu,
aku rase ngam je dengar dorang..

yang lawaknye mase dorang jadi DOllah Cantik ngan Mat Bunga/ Mat Jiwang Ruby..
haha!!



Asik gelak je aku!

Sepah ERA pon best gak!


aih..
best2!

(^^,)


ps: anak Erra Fazira comel! *pe kaitan?*

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.