Showing posts with label Oman. Show all posts
Showing posts with label Oman. Show all posts

Friday, May 13, 2022

Pashmina Dari Oman

Salam Jumaat!

Teringat pula SR, bulan ramadhan lepas, ada seorang pelajar SR datang ke office. Nak jumpa katanya. SR pun kata, datanglah. Sebab sejak pandemik Covid-19, lama dah pelajar tak datang jumpa secara face to face ni. Selalunya, pelajar akan ajak jumpa di Google Meet. 

SR pun sebenarnya dah jadi kekok masa pelajar tu sampai. Mesti dia pun rasa kenapalah madam aku ni awkward sangat haha!

Kisahnya, dia datang sebab nak bagi buah tangan pada SR. Dia dan famili dia baru balik dari bercuti di Oman. Jadi, dia ada belikan beberapa hadiah untuk pensyarah-pensyarah dia. Fuh, moga murah rezeki pelajar ini dan keluarga dia!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot