Pages

Search This Blog

Showing posts with label Pesta Buku Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku Antarabangsa. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

BookFest@Malaysia 2010

Hai semua!


Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) akan menganjurkan BookFest@Malaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 4 hingga 12 September 2010 ini!

Pesta berkenaan akan menggunakan ruang kira-kira 100,000 kaki persegi (9,290 meter persegi) dari Dewan 1 hingga 5 yang mana lebih 500 gerai membabitkan penerbit dan pengedar buku serta alat tulis dari Malaysia, China, Hong Kong, Taiwan dan United Kingdom, Kanada dan Singapura-Harian Metro.

Wah macam best je~! Apa lagi, jom lah start kumpul duit untuk borong buku banyak-banyak 4 September nanti! 


Tapi masa tu nanti bulan puasa, dan sah-sah lah ramai gila orang kat situ, dan akan berhimpit-himpit..haha..
Tak apa, boleh tingkatkan pahala dengan meningkatkan kesabaran di bulan puasalah time tu..

=)

Wednesday, March 3, 2010

Dari Leen Mafia

Salam semua =)

Aku agak rajin arini, mungkin sebab pagi2 dah kene Teh Tarik 3 in 1 keluaran Aik Cheong..
Makanya aku pun memunggah almari aku yang sarat dengan...tah hape hape tah??!

Mase kemas-kemas tu mulalah aku terfikir, kenapa aku tak buang je sarap-sarap [sebab aku tak rasa mereka sampah] yang ada berlambak-lambak ni tahun lepas aje?

Tapi memang..tiap-tiap kali kemas almari, itulah yang aku fikir, dari dulu-dulu lagi sebenarnya..haha..

Sambil kelebek2 kertas-kertas yang bersusun tadi, aku terjumpa benda yang nostalgia gila la bagi aku..haha!


Autograf dari salah seorang Kartunis Ujang pada tahun 2000.. Leen Mafia..hahahaha!
Mak ai...dah 10 tahun dah masa berlalu..
Masa ni aku tingkatan 2, aku ingat lagi aku, Ain, ngan Izal pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC lepas kelas tuisyen masa tu.. oh nostalgia nya!

Masa tu booth Ujang memang penuh la, merenyut-renyut manusia.. Hajat hati nak jumpa Kartunis Ubi,
yelah masa tu minat giless ar dengan cerita Aku, Dia & Volkswagen tu..hehe..

Tapi masa pergi tu, kebetulan masa tu ada Leen Mafia ni aje kat booth tu.. Kertas ni pun aku lupa rembat siapa punya, memula berani gak la tolak menolak, tapi lama ramai pulak lelaki-lelaki pun duk menolak2 gak.. segan gila, terus undur belakang.. Last sekali aku mintak tolong kawan aku si Izal yang beraturkan..haha!

Nasib tertulis nama aku kat situ.. agak bangga gak la.. hehe..
emm..lama gila dah aku tak baca Ujang.. Ada lagi ke Leen Mafia kat Ujang ye?



Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.