Salam semua =)
Aku agak rajin arini, mungkin sebab pagi2 dah kene Teh Tarik 3 in 1 keluaran Aik Cheong..
Makanya aku pun memunggah almari aku yang sarat dengan...tah hape hape tah??!
Mase kemas-kemas tu mulalah aku terfikir, kenapa aku tak buang je sarap-sarap [sebab aku tak rasa mereka sampah] yang ada berlambak-lambak ni tahun lepas aje?
Tapi memang..tiap-tiap kali kemas almari, itulah yang aku fikir, dari dulu-dulu lagi sebenarnya..haha..
Sambil kelebek2 kertas-kertas yang bersusun tadi, aku terjumpa benda yang nostalgia gila la bagi aku..haha!
Autograf dari salah seorang Kartunis Ujang pada tahun 2000.. Leen Mafia..hahahaha!
Mak ai...dah 10 tahun dah masa berlalu..
Masa ni aku tingkatan 2, aku ingat lagi aku, Ain, ngan Izal pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC lepas kelas tuisyen masa tu.. oh nostalgia nya!
Masa tu booth Ujang memang penuh la, merenyut-renyut manusia.. Hajat hati nak jumpa Kartunis Ubi,
yelah masa tu minat giless ar dengan cerita Aku, Dia & Volkswagen tu..hehe..
Tapi masa pergi tu, kebetulan masa tu ada Leen Mafia ni aje kat booth tu.. Kertas ni pun aku lupa rembat siapa punya, memula berani gak la tolak menolak, tapi lama ramai pulak lelaki-lelaki pun duk menolak2 gak.. segan gila, terus undur belakang.. Last sekali aku mintak tolong kawan aku si Izal yang beraturkan..haha!
Nasib tertulis nama aku kat situ.. agak bangga gak la.. hehe..
emm..lama gila dah aku tak baca Ujang.. Ada lagi ke Leen Mafia kat Ujang ye?
0 Comments
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.