Pages

Search This Blog

Showing posts with label akuarium. Show all posts
Showing posts with label akuarium. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Akuarium Pejabat

Tension lah lately...
Dengan dapat perkhabaran yang cemas pagi tadi.. huwaaaa..

Eh, silap.
Sebenarnya nak update pasal akuarium lagi..
Haha

Haritu aku gatal pergi beli akuarium kecil,
nak letak kat ofis katanya..

So tadi aku dengan Zaimi keluar jap tengahari, pergi Bahau..
Beli guppy dua ekor..

Tak tau la hidup lama mana ikan ni..
Harapnya lama la..
kikikik...




Leka pulak aku tengok ikan guppy dua ekor ni berenang-renang..
Tenang sikit lara hati ni..wuuuu

Lagi tenang tenung gambar budak tecit ni..



Monday, May 26, 2014

Akuarium Baru!

Ye..
Macam aku cakap haritu, zaimi dah beli akuarium untuk rumah baru kami...
Weehuuuu!!
Semalam siap bawak adam ke pudu beli ikan, memang heaven la situ kan, murah2 semua..
Siap beli hiasan akuarium lagi..
Besar jugaklah saiz akuarium baru laki aku ni, lamalah jugak air nak penuh..
Buat masa ni bela ikan kecik2 je dulu, plus lampam 2 ekor..
Arrghhhh leceh lah update blog guna handphone ni.. Lambat..
Aku attach gambar je lah ye..
Oh by the way, akuarium tu zaimi beli kat Bandar Baru Bangi, nama kedainya 3B..
Belakang raytech yang dekat dengan masjid bumbung hijau yang sebelah pizza san francisco tu.. Kot2 ada yang nak pergi carik gak.. Haha..

Thursday, August 12, 2010

Hati mahu tapi macam tiada jodoh

Hallo hallo..

Aku memang selalu terfikir kenapa kami ni seolah-olah tak ada jodoh.. Aku suka, memang suka sangat-sangat! Tapi dia selalu pergi.. Yang aku suka tu lah yang nak pergi.. Yang lain aku tengok OK je.. tapi kalau dia je, mesti tak kekal lama.. Dia macam tak mahu bersama dengan aku dalam tempoh masa yang lama.. Dah banyak kali dah aku mencuba untuk bersama dia.. Tapi tak berjaya.. Dia pergi jua akhirnya.. T_T

Oh aku bercakap pasal Ikan Guppy ye. Aku memang suka sangat dekat ikan guppy ni.. Lebih-lebih lagi yang ekor dia lawa-lawa..fuh~! Cantik lah!


Tapi itulah.. kat rumah aku ni, macam ada sumpahan pulak kalau bela guppy..
selalu tak tahan lama.. kadang-kadang 2 hari je dah gol.. ikan lain ok pulak hidupnya..


Dah banyak kali dah beli guppy, paling lama pun dia hidup sampai beranak-anak, lepas tu mati dengan anak-anak tu sekali..haha!


Orang selalu cakap ikan guppy lah yang paling senang nak hidup..
Zaimi pun ada cakap, dekat rumah dia ada sekolam ikan guppy..
Semuanya sebab ikan tu cepat membiak..


Tapi tu lah, dekat rumah aku ni dia tak mau menjadi..
Sedihlah jugak..


Kadang-kadang sajalah masuk kedai ikan mana-mana sebab nak tengok ikan ni banyak-banyak berenang dalam akuarium kedai ikan tu.. Dari situ aku boleh nampaklah kedai ikan mana yang ada beli guppy untuk dijual, ataupun dia ternak sendiri dan jual..haha~!



GUppy ni kalau yang cantik tu, ada mencecah dekat RM3 seekor.. kalau yang biasa tu RM1 je, kadang-kadang 50sen pun ada.. Dulu aku dengan Zaimi selalu pergi dekat Pudu tu.. kadang-kadang beli ikan, kadang-kadang pergi sekadar untuk cuci mata je..hihi.. 

Kat Pudu tu memang banyak gila lah jenis ikan.. Guppy ni macam-macam jenis.. Hati memang gatal je nak beli, tapi kalau dah asyik beli asyik mati.. Rasa ralatlah pulak nak beli selalu..


Masa belajar UKM dulu pulak aku selalu pergi dekat kedai akuarium sebelah Warta tu.. Kat depan kedai dia ada akurium yang cantik sangat, siap ada ekosistem lagi.. ada rumput-rumput kayu-kayu bagai.. ikan pun baynyak dia letak dalam akurium tu..perghhh...


Impian aku nak ada akuarium macam tu lah.. Dalam akuarium tu aku nak letak banyak guppy, macam-macam jenis! bestnya! Bilalah nak jadi kenyataan..?

ps: guppy aku beli 2 ekor semalam masih hidup..harap lamalah hidupnya..

Thursday, April 2, 2009

Air di KIAM versus air aku beli mesin~

Aku saje nak kutuk KIAM lagi..haha sape suruh carik pasal dengan aku~ heheee~

HAritu Zaimi beli pH tester untuk test air akuarium dia.. pastu dia pun suruh aku test air akuarium aku jugak.. Ok lah, aku pun bawak la naik bilik aku.. Lepas test, air akuarium aku memang berasid! Huwaa! Nak test camane? Mula-mula, guna tiub yang dia bagi dalam set tu, amek air sebanyak 15ml.. Pastu, titiskan 3 titik pH tester tu kat dalam air yang kita dah amek sample tu.. Goncang2 sikit, tengok dan banding perubahan warna dengan merujuk dekat kad yang dia bagi. Dalam kad tu ada penunjuk untuk sekian2 pH, warna dia sekian2.

Pastu, dah test air akuarium tu, aku pun tergedik lak nak test air paip ngan air yang aku beli mesin. Ala yang 20sen seliter tu. Ha, gambar kat atas adalah air mesin. Penunjuk berwarna hijau, maksudnya air tu pH dia 7. Neuteral la, nama pun air sihat kan.

Pastu, aku pun test la air paip yang keluar mengalir dari paip di asrama ku ini. Terkejut nya aku tengok result dia. kenapa? ha tengok la kat bawah ni.
.
.
.
.
.Biru. Beerti dalam kad tu kat bawah sekali. Maksudnya, SANGAT BERALKALI.
Hoh...patutlah air dar water cooler pun warna kuning, bila minum rase besi. Teruknya. Duit student bayar rm7 sehari tu amek buat ape? rm7 sehari, rm210 sebulan, rm1050 sebulan. Untuk seorang student. Kalau 10 student? Dah rm 10,500. Tapi 10 student ke? Bukan lebih? Tu untuk warganegara, kalau foreigner, rm 10 sehari, rm300 sebulan, rm1500 sebulan. Untuk sorang student. Kalau 10? RM15,000.

Dey! Tolong la jaga kualiti air sikit. HUH!~

******************************************

Aku mungkin tak dapat melawat blog korang untuk sehari dua~
Bizi maa~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.