Pages

Search This Blog

Showing posts with label pantai saujana. Show all posts
Showing posts with label pantai saujana. Show all posts

Tuesday, June 23, 2020

Ke Pantai Saujana Port Dickson

Sejak PKP bermula 18 Mac yang lepas, memang tak ada adalah outing kami 1 famili ke mana-mana. Kami ni boleh tahan patuh arahan kerajaan tu, plus takut juga terjangkit wabak Covid19 yang masa tu semakin lama semakin
meningkat tu.😅

Jadi setelah lama mereput di rumah, balik kampung haritu pun mereput saja di rumah parents masing-masing, maka semalam kami terasa nak bawa anak-anak tengok dunia sekejap. Why not kan?

Settlekan WFH apa yang patut, dalam 4++pm kami clock out, dan berdesup pergi ke Port Dickson (PD). Jarak PD dari rumah kami pun taklah jauh mana, dalam 30 minit dah sampai, lagipun traffic lancar je petang semalam.

Adam amir dan ayu memang sangat excited lah kan, bising je dalam kereta duk bergurau sesama sendiri.

Dalam 5pm kami dah sampai PD, pemandangan dari dalam tingkap kereta sangat menimbulkan perasaan terharu..agitcheww

Terharu rasanya dapat tengok laut kat PD tu, berkilau-kilau kena panahan cahaya matahari. 

Sampai area Pantai Saujana tu, nasib kami baik sebab ada parking dekat. Pakai topeng, sanitize tangan, terus terjah pasir pantai!

Saturday, May 10, 2014

Kanak-kanak setahun mandi laut seorang diri di Pantai Saujana, Port Dickson

Tajuk apa tu syazni oi??

Adam Zuhairi First Time Mandi Laut Port Dickson punya cerita daa..
Ini cerita 4 Mei 2014 haritu, baru rajin nak update.
Tu belum korek balik album gambar kat handphone, lagilah berlambak gambar tersimpan tanpa update di mana-mana..kikikik..

Petang tu, terasa nak pergi PD.. ala dari rumah kitorang tak jauh pun, dalam 45 minit je..
So packed barang-barang adam, kitorang pun siap ala kadar, terus gerak..

Sekali tersilap langkah, pergi ikut PLUS pulak.. tak memasal sangkut jem 20 minit..chait.
Rugi je masa.. nasib adam tidur dalam kereta.. hehe..

So, sampai je PD, terus pergi ke Pantai Saujana, sebab situ macam ok, parking senang, toilet senang..
Parking kereta, terus bawak budak tecit gi tepi laut..
Dia baru bangun tidur, terkebil-kebil hairan memandang ke laut tu.
Tengok je laut, yang mak ayah pulak sibuk nak selfie, padahal kedekut nak beli monopod.
hahaha


Tengoklah adam tu, muka toya je layan selfie kitorang.. hahah




Lepas tu, zaimi bawak adam ke tengah sikit, takat-takat air sampai buku lali.. sebab kalau tepi betul2 ni macam kotor pulak, ada putung rokok la, tutup botol la.. teruk betul.
So kat tengah sikit tu, air macam clear sikit .

Zaimi berdirikan adam, sambil dia pegang tangan adam.
Senyap je adam mula-mula, pastu dia gelak teruja.. hahah!
Syok pulak dia kaki dia kena ombak..



Mula-mula ingat nak pegang je dia, tak berani nak lepaskan.
Pastu fikir balik, ala air cetek je pun kan, apa salahnya.
Jom try letak!



Hoh sekali dah masuk air, sampai tak nak keluar pulak.
Adam tak takut air, lagi dia syok badan dia kena tolak ngan ombak adalah.

Lama gak dia main air, adalah dalam 20 minit kitorang biarkan dia, sambil kitorang ambil video lah, gambarlah..

Lepas tu dah sudah, ingat nak bilas adam dalam toilet, ramailah pulok.
Makanya, beli je air botol, bilas je adam kat tembok tepi jalan tu..
Kecik-kecik bogel tepi jalan takpe kan?

hahahah..

Malam tu, tidur siap mengigau lagi budak ni..

Canteklah adam tak takut air, nanti boleh plan pergi piknik ngan mak abah nana semua..
weehuuu!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.