Pages

Search This Blog

Showing posts with label seksi. Show all posts
Showing posts with label seksi. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Aksi Seksi Dalam Kereta Merah

Sekarang ni makan memang takmau duduk diam-diam dah si adam ni..
Memang harus duduk dalam walker merah dia tu..haha..

Lepas tu makan mesti comot..
Nak buat bunyi 'brrr' la..
Nak makan mainan la..
Nak tangkap sudu lah..
Nak gerak sana sini..

Lepas makan mesti baju dah tak rupa baju..
haha..

Harus tukar tak pun mandikan je si adam ni..

Ini kejadian seksi semalam lah ni..
Dah sudah makan, dah cabut baju tapi still nak duduk dalam kereta merah dia tu..
Bila tertekan butang je, keluar lah lampu macam siren dengan lagu-lagu..
Lagu teddy bear lah, marry had a little lamb lah, bingo lah..
Kekadang tertekang butang honk, dia ada bunyi macam kereta tengah drift..
Lagilah si guguman ni tak nak keluar dari walker tu..






Dah separuh bogel pun nak duduk gak dalam tu..
Aiyak!

Guguman?
Oh tu gelaran manja kat adam..kikiki

Gugu tu bunyi yang adam buat masa dia dalam 2-3 bulan dulu..
Lepas tu aku suka julang dia ke atas dengan tangan, buat dia macam tengah terbang tu..
So nampak macam superhero, instead of Superman, aku panggil dia Guguman..

:P

p/s: lasak weiiiii Adam Zuhairi sekarang.. go go Guguman!

Sunday, December 5, 2010

Digital Lifestyle Expo (DLE) 2010

Tarikh: 10 - 12 Disember 2010
Tempat: KLCC, Hall 1-5


Apakah DLE 2010 ini?

Ianya adalah seperti PC Fair, tapi..
Merangkumi julat jualan barang elektronik yang lebih besar!

Ada TV, kamera, telefon bimbit, broadband, dan macam-macam lagi.

Seronok ni nak pergi cuci mata..lagi seronok kalau ada duit dan beli apa-apa..haha

Tahun lepas pergi PC Fair kat KLCC ni aku beli SKin Laptop je..kekeke..
Mata memang bersih tercuci sebab selain barang yang best, ramai juga perempuan2 pakai baju singkat-singkat ya amat jadi promoter.. Haih..

Tahun ni kalau tak ada apa-apa aku pergilah kot.. :)


Wednesday, October 20, 2010

Abah Sound Jiran yang suka keluar rumah hanya dengan pakai spender

Ini bukan cobaan, ini betul-betul!

Sebelah rumah aku ni, ada sekumpulan pelajar Universiti Nottingham Malaysia Campus duduk menyewa..
Ada sesekali aku dengar diorang cakap macam bahasa Cina, ada sesekali macam bahasa Korea..
Aku pun tak pasti diorang ni orang mana, tapi yang pasti diorang ni foreigner lah.

Sebab rakyat Malaysia tak kan buat perangai tak senonoh macam tu kan? :D

Duduk bercampur-campur lelaki dengan perempuan tu satu hal, lepas tu suka pulak keluar rumah pakai spender je.. Err yang lelaki lah, yang perempuan nasib baik tak buat macam tu..haha

gambar hiasan of course!

Bila anjing dia menyalak bising-bising, dia nak gi tenangkan, dia keluar pakai spender, nak amek barang dalam kereta, pakai spender je, nak gi halaman rumah, pakai spender je.. panas sangat kot Malaysia ni? T_T

Masa mula-mula kami nampak tu, terkejut gila kitorang, tak pasal-pasal TERtengok lelaki berspender secara live..haha! 

Tadi dia buat lagi, terus abah aku sound dia..Tapi secara baik-baik lah..
Abah cakap sini Malaysia, tak sopan.. 
Harapnya dia faham bahasa lah (bahasa Inggeris).

Tersipu-sipu dia malu sambil dileteri awek dia..hua hua..


ps: itu macam punya pesen pon ade..haha

Thursday, July 22, 2010

KAMI MENENTANG PENIPISAN DAN KEKURANGAN AYAM DALAM NASI AYAM

Hai semua =)

Pagi-pagi lagi dah rasa gelihati hari ni. Kisahnya aku saja lah pergi search Page yang ada kat Facebook tu, kalau ada yang berkenaan sajalah aku nak Like.. hehe..




Aku rasa sangat kelakarlah Page ini! haha!
Tapi betul juga, ada di sesetengah tempat, memang nasik ayam dia semakin sadis, makin lama makin kecik je ayam..
Dia berniaga macam semua customer yang datang beli nasik ayam dia tu tengah diet. haha!

Aku dah Like dah Page ni..hahaha! Kamu? 


ps: teringat pulak aku pernah makan nasik ayam sexy, asalnya aku mintak nasik lebih, sekali dia bagi sampai semangkuk lebih..haha

Wednesday, October 28, 2009

Thursday, February 5, 2009

Sexy nye nasik ayam ni..

lunch tadik aku ngn zaimi g makan kat seksyen 16..
tetibe tekak dan perut kami berdua tringin nak mencekik nasi ayam..
jadi kami pon order la..
zaimi nak makan nasik lebih.. jadi dia mintak la nasik lebih..
bese la tu..
jeng jen jeng!!
akak tu pon antar nasik..
hahahahah!!!
aku pon gelak..
sbb nasik lebih yg zaimi mintak td sexy bebenor rupenye kat mata aku ni...
tgk la sendiri kat bwh ni...
aku tak nak explain lebih2..
sexy x?
korg pikr la sendiri...
assalamualaikum..!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.