Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Friday, May 13, 2022

Pashmina Dari Oman

Salam Jumaat!

Teringat pula SR, bulan ramadhan lepas, ada seorang pelajar SR datang ke office. Nak jumpa katanya. SR pun kata, datanglah. Sebab sejak pandemik Covid-19, lama dah pelajar tak datang jumpa secara face to face ni. Selalunya, pelajar akan ajak jumpa di Google Meet. 

SR pun sebenarnya dah jadi kekok masa pelajar tu sampai. Mesti dia pun rasa kenapalah madam aku ni awkward sangat haha!

Kisahnya, dia datang sebab nak bagi buah tangan pada SR. Dia dan famili dia baru balik dari bercuti di Oman. Jadi, dia ada belikan beberapa hadiah untuk pensyarah-pensyarah dia. Fuh, moga murah rezeki pelajar ini dan keluarga dia!

Wednesday, February 18, 2015

Say yes again to tudung bawal

Salam semua :)

EH korang ingat tak aku pernah dengan semangatnya buat entry yang bertajuk:

SAY NO TO TUDUNG BAWAL


Dalam entry tu beria-ia aku kata aku rasa semak otak bila pakai bawal, sebabnya masa tu pregnant..haha
Bila pregnant hari tu, semuanya rasa rimas.
Rimas gila pakai bawal masa tu. Rimas sampai rasa nak terajang orang.

Tapi sejak sehari dua sebulan dua ni, aku dah rasa menyampah pulak nak pakai tudung ada awning tu.
Ye betul, kekadang je rasa nak pakai. Sebabnya aku menyampah orang asyik panggil aku kakak walaupun muka dia kedut seribu rimas. Ye rimas.

So aku dengan semangatnya menjoli katak kan duit aku dengan membeli tudung2 baru..hahaha

Beli instant shawl la.
Beli tudung cotton la.
Beli bawal aidijuma la.
Beli instant shawl lagi.

:D







Hahaha..
Pelik aku dengan diri sendiri.

AKu tetiba jatuh cinta pulak dengan bawal aidijuma tu.
Senang bentuk, lawa corak dia.
Shawl pulak aku suka yang Sarung Anggun.
Kain dia best.
Aku pernah beli yang murah sikit.
Horror jugak dia punya panas baq hang.
Lepas tu biarlah beli mahal sikit, asal puas hati :D


Sapa-sapa nak try aidijuma, leh la whatsapp kawan aku,
dia jual.
Nama dia Shabanun. 014-3743063.

Sapa nak try Sarung Anggun lak, kawan aku gak jual,
Nama dia Syida. 017-5519296


Cakap korang dapat nombor dari blog Syazni tau :)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot