Search This Blog

Wednesday, March 31, 2010

Keadaan Terkini Din Beramboi


Salam semua..

Sayu je lagu2 yang keudara dari corong radio Era pagi ni..
Kesemua mereka begitu mengharapkan abang mereka,
iaitu Din Beramboi yang koma dan kritikal untuk kembali bangun dan pulih..
aku pun! serius!

Ada beberapa blog yang menceritakan punca DIn Beramboi boleh sakit,
antaranya adalah di blog Zaimi..
Korang boleh baca disitu..

Namun setakat kini [9.10 a.m],
sudah ada berita2 baik yang kedengaran..
Dengarnya beliau semakin stabil~

Khabarnya proses pemindahan darah berlaku dengan baik kerana ramai rakyat Malaysia yang prihatin pergi mendermakan darah kepada beliau! Tahniah rakyat Malaysia!

Antara berita2 baik yang aku tengok di Twitter adalah seperti ini:


lagi..


Berita yang positif nampaknya..Alhamdulillah..
Marilah kita teruskan berdoa agar beliau kembali sedar..


ps: D, Adi, Burn & Rini temankan Pak Nil kat konti pagi ni.. 

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Masuk Hospital sebab kritikal?

Salam semua..

Aku rasa berita ni tergempar sangat,
aku sangat terkejut..


Din Beramboi, pelawak yang tengah hangat masa kini,
seorang DJ ERA pulak, tenat di hospital?


Mula-mula aku terbaca kat FanPage Zizan Raja Lawak
Zizan tulis status macam ni:


Tak kan Zizan nak main2 hal-hal macam ni..
Lagi pun, profile tu memang Zizan sendiri admin nye..

Lepas tu, aku search pulak kat internet, Murai.com.my pun ada melaporkan berita ni..
Tapi dalam berita tu ada pulak perenggan yang menyatakan tarikh 31 March, sedangkan hari ni baru 30 March..
Mungkin typing error..

Tapi aku sangat terkejut!
Sedih la!

:(

Kalau berita ini benar, marilah kita same2 doakan beliau kembali sihat..

ps: blog Azwan Ali mengatakan, Aznil ada mengesahkan Din Beramboi kini di ICU,  :((

Kucing Biri-Biri

Salam semua =)

Bila dengar perkataan kambing biri-biri, 
apa yang akan korang bayangkan?

Kalau aku, aku akan terbayangkan haiwan yang berbulu lebat,
bulu bergulung-gulung dan haiwan tu kelihatan montel je..

Tapi dekat rumah pulak ada kucing biri-biri..
Lebih kurang dengan makhluk yang aku bayangkan tadi,
cuma gantikan kambing dengan kucing~


Badan dia semakin menjadi-jadi sejak betukar makanan ni..
DIa dah muak dah dengan biskut Friskies, sekarang ni makan Fancy Feast lak,
yang perisa Salmon + Beef + Cheese..
Memang dia suka sangat la perisa baru ni..
Badan pun macam dipam-pam..
Bulu pun semakin lebat..
Elin semakin bobok dan bertukar menjadi biri-biri jadian.. hee..

ps: cinta tanpa pengorbanan ibarat sirap tanpa gula~

Saturday, March 27, 2010

Happy Bitrhday Nana!

Salam semua =)

Macam mane hujung minggu anda semua?

Ada pengumuman kecil, kalau nak link exchange, click gambar kecik di sebelah kiri ni ye :)

Hari ni 27 March, genaplah umur adik perempuan aku 15 tahun..
Pejam celik pejam celik dah besar dah si helmet ni.. hehe..


Pagi-pagi lagi mak + abah dah keluar pergi beli kek hari jadi..
Memang tradisi keluarga kami, tiap2 birthday, kek akan dibeli,
kek saja untuk keluarga kecil kami ni makan2..
takde parti2 ke apa ke..
kalau ade duit lebih, abah akan buat kenduri doa selamat sikit..
kalau tak, kek sahaje la akan dibeli..
melainkan kalau si tuan punya badan tak ada dirumah..


Elin pun sibuk2 gak..hehe..
Macamlah dia boleh makan kek tu..
Last sekali dia terjun gak pergi makan Fancy Feast dia..
hehe..


Well, selamat hari lahir adikku!



ps: suka tak hadiah akak bagi? hehe.. =)

Friday, March 26, 2010

Airport Mania -First Flight

Salam semua =)

DIharap semuanya sihatlah hari ni ye?
Teruskan berblog dan saling bantu-membantu mengklik nuff..hehe..

Hari ni aku tak berapa nak cerdas, kepala pun asik rasa berpusing2 aje..
Maka harini aku nak review 1 lagi mini game untuk pc,
yang bernama Airport Mania First Flight..


Game ini kisahnya adalah, kapal terbang mendarat [arrival] di lapangan terbang,
kita kena arahkan dia ke pintu masuk, 
dan dia akan turunkan dan masukkan penumpang dengan sendiri [loading],
kemudian kita kena arahkan dia terbang pergi [departure].

Kita akan diberi markah berdasarkan kecepatan kita settlekan mereka.
Kapal terbang yang Early akan memberikan markah yang lebih banyak berbanding On Time dan Late!

Seperti biasa, level permulaan dia kacang aje,
memang gerenti pass la level ni..


Kapal terbang pun yang kecil, cepat loading, dan tidak begitu banyak songeh..
Gate ketibaan pun kecil je, memang aman la main level awal2 ni..

Tapi semakin lama semakin susah la jugak, sebab game ni, 
memerlukan konsentrasi mata kita untuk peka ke setiap ceruk screen,
nak tengok kapal terbang kat langit, yang dah kat bawah, yang nak terbang balik..
Macam setakat yang aku dah main sampai Stage 5 Level 3 ni, 
kapal terbang semakin banyak masalah..


Kapal terbang pun dah upgrade, tapi makin besar, makin lambat la dia loading..
Di level yang aku main ni, dia ada bengkel dan stesen minyak jugak, 
dimana ini adalah kemahuan2 tambahan bagi semua kapal terbang tu..
memang kekadang senak jugaklah mata dan otak mainnya..haha..

Semakin level meningkat, kita bolehlah upgrade airport kita..
boleh tambah petak parking menunggu, 
lane VIP, upgrade gate untuk cepat loading,
movie angkasa untuk lengahkan plane yang belum mendarat,
dan juga kapal terbang jenis baru, yang selalunya lebih besar dan boleh menampung lebih banyak penumpang,
sekaligus bagi banyak markah..


Disebabkan aku pun tengah main game ni, tak habis lagi,
maka aku rasa dari apa yang aku dapat tengok adalah,
game ini mempunyai 8 stage, dimana di dalam setiap stage itu pulak ada beberapa level..

Makanya, siapa2 suka game comel + mencabar,
bolehlah try game ini..

hehehe..

ps: kenapalah aku ni suka main game..aiyak!~

Thursday, March 25, 2010

8 cara hebahkan Earth Hour

Salam semua =)

Seperti yang kita semua sudah maklum,
27 Mac ni akan ada Earth Hour, yang dijangka berlangsung pada pukul 8.30 - 9.30 malam!~

Marilah kita sama-sama memadamkan lampu dan sebanyak mungkin barang elektrik dirumah kita,
di kedai kita, di asrama kita, atau di mana-mana sahaja, hanya untuk 1 jam sahaja.
Semua ini untuk kepentingan kita juga, inilah masanya kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi yang kita diami ini..

1 jam tak lama pun =)

Untuk memeriahkan lagi Earth Hour 2010 ni, mari kita sama-sama ramai-ramai hebahkan mengenai Earth Hour ini. Jom lah tunujukkan yang rakyat Malaysia pun prihatin juga, kan? :)

Mengikut Squidoo.com, dia ada bagi beberapa cara untuk kita hebahkan Earth Hour ini kepada mereka yang berada disekeliling kita, tapi yang mungkin tak tahu, atau lupa mengenai Earth Hour ini.

8 cara yang aku rasa relevan dan senang untuk kita laksanakan adalah:

1) E-MAIL

Kita boleh menghantar email kepada kenalan dan famili kita untuk memberitahu mengenai Earth Hour ini, boleh juga menggunakan surat biasa dan setem 30sen. Mana pun boleh, asalkan mesej kita sampai. Tetapi janganlah letak subjek email "Earth Hour", tapi bila klik, pergi laman web yang 'dapat2 duit' tu pulak ye.. memang nak kena sumpah..


2) FACEBOOK

Kebanyakan orang ada akaun Facebook sekarang, jadi bolehlah kita tulis mengenai Earth Hour ini dibahagian Status, ataupun Notes.. Di Facebook juga banyak page/group mengenai Earth Hour ni, yang boleh kita join dan invite sekali kawan2 kita..


3) FORUM

Kepada mereka-mereka yang gemar mencipta topik diforum, ha inilah masa yang sesuai untuk kita hebahkan Earth Hour ni, boleh juga kita bincangkan lebih lanjut mengenai Earth Hour ni, apa boleh dibuat dalam gelap2 tu, apa lagi yang boleh kita jimatkan.. macam2 lagi..


4) CAKAP

Cakap..cakap! Macam tuan direktor Ahmad Nisfu suruh.. Cakap saja mengenai Earth Hour ni kepada sesiapa yang kita jumpa, walaupun orang yang berdiri sebelah kita dalam LRT..haha.. Tapi tengok la mood dia dulu, buatnya dia tengah hangen 1 badan, karang Earth Hour kemana, kau kemana..


5) TELEFON

Sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang ada handphone, maka bolehlah sebarkan Earth Hour ni melalui telefon, tak pun SMS saja kalau kedekut kredit.. Sambil tanya-tanya khabar tu, boleh lah selit2 sikit cakap pasal Earth Hour ni..tak salah beringat2 ni.. 


6) PAKAIAN

Untuk kesan yang lebih menyeluruh kepada umum, anda juga boleh membeli dan memakai pakaian yang ada tercetak mengenai Earth Hour ini. Jadi bila masyarakat melihat cetakan di baju, topi, beg atau seluar anda itu, mungkin mereka akan teringat dan turut melaksanakan Earth Hour ini..kan senang tu..


7) BLOG

Rata-rata readers blog aku ni blogger kan? ha.. apa lagi, hebahkan mengenai Earth Hour ini di blog anda. Seperti yang aku buat ini.. haha.. untuk kepentingan dunia kita juga..


8) TWITTER

Cara yang paling mudah! Tweet kan saja mengenai Earth Hour ni di Tweeter.. Untuk kesan yang lebih menjadi, gunakan #Earthhour dalam Tweet anda.. secara tak langsung, mungkin ramai yang akan turut serta dalam Earth Hour ini ;)


Jadi, jangan lah nak hebahkan saja kalau kita pun tak buat,
mari kita sama-sama bersatu dalam menyelamatkan bumi dengan menyertai Earth Hour di Malaysia pada 27 Mac 2010, jam 8.30-9.30 malam..



ps: sikit-sikit lama-lama jadi bukit~

Wednesday, March 24, 2010

Review: Katz Tales - Living Under the Velvet Paw

Salam semua =)

Pada hari ini, aku nak membuat review mengenai sebuah buku yang amat sesuai untuk pencinta kucing, yang bertajuk Katz Tales - Living under the velvet paw, ditulis oleh Ellen Whyte. [ISBN 978-967-3035-64-9]


Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, dimana bahagian pertama berkisahkan tentang pengalaman penulis memelihara beberapa ekor kucing tempatan Malaysia, atau lebih kita kenali dengan Kucing Kampung. Ellen memuatkan kisah-kisah mengenai kucing-kucing yang pernah menghuni rumah beliau sepanjang beliau menetap di Malaysia, bermula dengan Scoop, Mr Bones, Au dan Target. Bahagian ini banyak bermain dengan perasaan aku, penulis bijak bermain dengan emosi ketika menceritakan mengenai kisah hidup makhluk-makhluk comel itu! Ada kisah yang buat aku ketawa, tersenyum, sedih..dan selalunya membuatkan aku pergi memeluk Elin, dan teringatkan Boody. Penulis turut menekankan, bahawa kucing bukanlah sekadar haiwan peliharaan, tetapi turut berfungsi sebagai teman dan ahli keluarga. Aku setuju dengan kenyataan ini! 

Bahagian dua pula, Ellen menyelitkan beberapa tips mengenai kucing, penjagaan makhluk comel ini dan perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi pemelihara kucing. Bahagian ini amat berguna bagi mereka yang ada terfikir untuk menjadikan kucing teman di rumah, kerana disini ada dijelaskan mengenai budget yang pelu diperuntukkan untuk kucing setiap tahun, bagaimana menjauhkan kucing dari merosakkan perabot, dan penekanan bahawa kucing adalah haiwan yang mempunyai jangka hayat yang agak lama, jadi memerlukan kesungguhan dalam membela meraka, kerana mereka juga makhluk Tuhan yang tidak boleh disia-siakan.

Secara peribadi, aku merasakan buku ini sangat menarik, sebab aku sanggup untuk teruskan membaca walaupun di dalam gelap! Haha! Aku berkongsi bilik dengan adik aku, jadi bila dia nak tidur, lampu mestilah kena padam. Aku baca hanya dengan menggunakan cahaya dari lampu sinki bilik air..haha.. Buku ini juga turut menyelitkan gambar-gambar si comel itu semua, maka kita boleh lebih menghayati kisah mereka. =)

Buku ini sudah berada di pasaran Malaysia, Singapore, Brunei dan juga Indonesia dan hanya berharga RM28 sahaja! Memang berbaloi bagi buku yang setebal 200 mukasurat ini =)

Maklumat lanjut bagi buku ini boleh dibaca disini.


ps: mungkin aku akan kembali membaca buku selepas ini setelah hampir 7 tahun aku lupakan hobi itu.




  



Monday, March 22, 2010

Pizza Chunky Loaded

Salam semua =)

Beberapa hari lepas, aku dengan adik aku saje2 lah pergi try pizza baru kat Pizza Hut tu,
yang namenye Chunky Loaded tu..

-kita minum dulu!-

-cantik tak shawl beliau?-

Taraa! Inilah pizzanye!
kami beli yg regular je..
bagaimane rasenye?
aku tak nak komen lah..
aku taknak dicakap menghasut ke ape ke..
maka, kalau nak tau tau, makanlah sendiri..huhu..

tapi, dah lame dah sebenarnya aku tak pergi ke Pizza Hut,
jadi mase aku pergi haritu, aku rasa sedikit teruja..
haha!

Sebab dekat tiap2 meja ade button2 yang leh dipicit untuk panggil waiter..keh keh keh..

nampak tak button2 oren tu?
hehe..
kiranya tak payah lah tercangak2 nak panggil waiter kalau dah bersedia nak order..
tekan je, nnti dia dtglah..

kepada sesape yang dah tau pasal ni, maaflah ye..
aku baru tau..
yelah, orang selalu makan nasik je, jarang makan pizza..hehe ;)

ps: teringat Pizza Domino.....drooooooling~

Sunday, March 21, 2010

Si Rambut Helmet & Si Rambut Bawang

Salam semua =)
Semalam seharian aku meneman nenek balik ke Bangsar..

Selongkar-selongkar barang lama kat rumah tu, aku terjumpa la sekeping gambar yang nostalgic giler..
haha.. Gambar Si Rambut Helmet dan Si Rambut Bawang..

Mereka adalah adik-adikku..
Nana adalah si rambut helmet, sebab masa ni,
jangan lah nak suruh dia selit rambut tu belakang telinga, 
sampai sudah dia tak mau.. haha!
maka rambut dia menten gitu je, macam bentuk helmet..hehe..

Si rambut bawang pulak adalah Boy,
sebab rambut dia yang kat bahagian pusar, tercacak je naik tak nak turun2..
Macam bawang..hehe..

Hmm..
Cute la pulak tengok gambar ni..
Yelah masa ni diorang kecik lagi, kalau tak silap masa ni umur Nana 3, Boy darjah  2 kot..
Rumah pun tak pindah lagi masa ni..

Sekarang ni, dah besar gedabak dah adik2 aku ni, dua2 dah lagi tinggi dari aku..
cess..
Kalau dulu comel, sekarang dah lawa & macho dah..hehe..
Ambik gambar pun dah tak reti nak berdiri tegak, ade je aksi pelik2..
hehe..

ps: Cepatnya masa berlalu.. aku ingat lagi betapa aku excited bila dapat tau mak aku pregnantkan diorang..
=)

Monday, March 15, 2010

Happy Birthday Boy & Tok

15 Mac, adik lelaki aku berkongsi besday dengan tok aku [mak kepada abah]..

So, happy birthday boy!

dan tok!

Boy yang ke 20, tok yang ke 78..
Semoga baik2 semuanya =)

ps: masa berlalu sangat pantas.. 

Sunday, March 14, 2010

Al-Fatihah Pak Lang

Semalam parents aku bergegas berangkat ke utara tanah air sebab dapat panggilan sepupu abah aku dah nazak..
Aku panggil dia Pak Lang Kod semasa hayatnya.. Arwah memang rapat sengan abah, dari kecik lagi..

Abah bertolak balik ke sini lepas menziarah dia semalam dalam pukul 11 malam.. Masa tu pun memang dia dah di hujung-hujung.. Namun abah tak boleh stay lame2 kat sana, sebab kami tinggal berdua beradik aje.. Jarak dan masa perjalan pun bukannya dekat..

Dalam perjalanan balik, abah dapat 1 panggilan dari famili dia, lebih kurang pukul 1 pagi.. Dia dah pergi..
Tamatlah riwayat hidup dia setelah separuh abad dia menjalaninya.. Dia meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak..

Semasa hayatnya, dia seorang guru silat yang hebat.. Terlalu banyak ilmu2 silat dia tuntut.. Namun, semua tu tak berguna lagi ketika bertarung dengan Malaikat Maut.. Dia menjadi selemah2 insan.. Buah pinggangnya rosak teruk, sehingga salur kencingnya pecah dan mengganggu paru-paru.. keadaan yang sebenar aku tidak pasti, aku hanya mendengar cerita dari emak dan abah..
 Semoga Arwah Pak Lang selamat semuanya, khabarnya akan dikebumikan selepas waktu Zuhur.. 
Al-Fatihah..



ps: gugurnya 1 lagi nyawa ketika belum sempat mencecah 60 tahun..

Friday, March 12, 2010

Game Pasar Malam Tycoon & Mamak Dashed

Salam semua =)

Negara kita Malaysia ni kan, penuh dengan ragam,
sampai ada 1 task dalam Raja Lawak tu, bertajuk Typical Malaysia.

Sabtu lepas masa aku pergi pasar malam,
aku terpikir sesuatu, aku pernah main PC Game dari luar negara yang jenis Tycoon2 ni,
macam Zoo Tycoon, Mall Tycoon, Rollercoaster Tycoon..

Alangkah bestnya, kalau graduan-graduan bidang berkaitan penghasilan game-game ni semua,
menyelitkan unsur Malaysia dalam game2 ni kan?

Contohnya, macam Pasar Malam Tycoon..
Kita control pasar malam tu, bermula dengan level rendah, kita hanya ada 1-2 gerai je,
yang jual pun yang murah2 je macam sayur2 ngan air je..
Makin naik level, kita boleh upgrade pasar malam kita tu,
objektif dia untuk dapat keuntungan..


Kesukaran game tu pulak bergantung pada kawasan yang kita pilih,
kalau kawasan bandar, lain lah cabaran dia dengan pasar malam di kawasan kampung..
kita gak kena uruskan mengenai kebersihan, masalah pengemis dan sebagainya..

Wah best2..hehe..

Pastu aku jugak gemar betul la main game yang ala2 dashed2 ni..
Macam Diner Dashed, Cake Mania, Coffee Shop..
Game yang berunsurkan kedai.. Makin lama makin banyak benda dia jual, pelanggan pun makin ramai, 
sampai tak menang tangan lah si penjual..

Apa kata Mamak Dashed pulak diwujudkan?
Bermula dengan kedai mamak yang kecil..
Mula2 kedai tu jual teh tarik  ngan roti kosong je..
Makin level naik, makin banyak menu dia jual..
Pastu customer lak akan mintak side order..
Contohnya mula2 roti tu kuah kari dal aje, 
Bila naik level, leh plak dia mintak dal campur sambal ke..
Mintak roti sardin ke, roti tissue ke..


Sampailah kedai mamak tu jual Nasi Kandar ke, Briyani ke..
Pastu makin naik level, lame2 ade TomYam corner plak kat kedai mamak tu..
Customer lak ada macam2 jenis..ada pakcik2 tua yang bayar kurang tapi lepak lame,
ade student, ade couple, ade bisnesman.. 

hehe..
kalaulah ada game ni diwujudkan, mesti aku beli punyalah..
selain 2 situasi ni, banyak lagi game yang boleh diwujudkan jugak..

hm..pe aku merepek petang2 ni..


ps: semacam serik dgn blog, tu yg tutup jap aritu.


Sunday, March 7, 2010

Anak kepada sepupu.

Petang semalam, lepas kenduri di Beranang tu,
ada sepupu aku datang rumah.. 

Aku panggil dia Abang Long, dia ni sepupu aku belah abah..
Dia datang 1 family dia.. Umur dia 30-an la jugak, dan anak-anak dia masih kecil :)

Ini anak dia yang sulung, namanya Ayuni.. 6 tahun..
Sebijik muka bapak dia..

Yang ini pulak yang nombor dua..namanya Ashraf..4 tahun..
 dah sebijik muka  mak dia pulak..

Yang ke-3 masih dalam perut..Insyaallah bulan 6 keluar lah dia..huhu..

Yang sulung ni sangat2lah suka melukis.. mentang-mentanglah bapaknya arkitek..haha..
Datang rumah aku terus aje mintak kertas ngan colour pencil..
Yang paling best dia kata, "Ayuni nak buat kulisan"

Hehe..boleh pulak dia sebut 'Lukisan' sebagai 'Kulisan'..

Aku tak berapa reti sangat layan kanak-kanak..
huhuhuhu..

Layan camtu-camtu je boleh la..
Kekok kot?
Yelah...adik pun ada 2 ketul je..hehe..


Tok aku suruh diorang pangil aku Chaq [Along dalam loghat Kedah],
tapi aku takmo la Chaq.. aku tak bese ar cakap Kedah..
Panggil Along sudeyh..heehee..

Tapi diorang panggil aku Kakak je..haha! Kang explain lebih2 kang dorang bukan paham pun, otak lembut lagi.. maka aku biarkan aje..muda sket..kikiki...

ps: anak aku nanti mak aku suruh panggil aku mak jugak..huhu..

Saturday, March 6, 2010

Kenduri Di Beranang

Salam Semua =)

Sekarang ni musim orang kahwin kan?
Sana kenduri, sini kenduri..

Hari ni je, aku ada 2 undangan kenduri kahwin,
tapi terpaksa korbankan 1 [kenduri Acai] sebab ada sedara angkat kami pun kahwin harini.
Kepada Acai dan isteri, Selamat Pengantin Baru! Cepat-cepat beranak..haha!

Yang kenduri aku pergi tadi kat Beranang, Negeri Sembilan..
Tak sampai 30minit pun dari rumah aku walaupun rumah aku di Selangor..heheh


Ni pelamin diorang.. Bercahaye! Gambar ni aku tangkap malam tadi, sebelum acara nikah.
Diorang guna pelamin yang kerusi bercantum..Aku tengok kecik aje pelamin jenis ni..
Untuk pengantin ni molek la sebab dia kecik je orangnya, kalau aku kompom sempit! hehe..

Mak dan abah aku bergambar ngan pengantin di tengah-tengah panas..yang buat aku nak gelak tengok gambar ni, adalah budak lelaki berbaju belang yang berdiri tonggek tu..hehe..

pengantin sedang riak menunjukkan duit yang beliau dapat..haha! Oh namanya Fadzlyana, suaminya Farid..

aku pulak dengan gemoknya sedang menayang nasi dan lauk kenduri..haha! Oh kecilnya ko Alang berdiri di sebelah aku..huhu..

 my beloved nenek, pakai tudung Siti u!
Vogedevas nenek arini!

last sekali tak tau nak buat apa, orang pun ramai gila, duduk je lah tak buat apa-apa..huhu..

Semoga Pengantin berbahagia sampai ke anak cucu..kalau aku rajin esok aku buat cupcake untuk kau..
Maklumlah aku kan penganggur, takdo duik nak boli hadiah bosa2..haha!


ps: terasa sedikit takut mengenang alam rumah tangga, ianya alam penuh tanggungjawab, semoga aku mampu menghadapinya kelak =)

Friday, March 5, 2010

Seni Menggunakan Lalat

Hari tu, kawan kepada kawan aku telah ditag oleh kawan dia di Facebook. 

Dan gambar yang ditag tu bagi aku cool gile ah! Cara-cara menghasilkan gambar-gambar ini adalah,
bunuh beberapa ekor lalat dan keringkan.
Lepas tu, ambil kertas dan pensel, dan luaskan kreativiti korang!

Bagi aku la, kalau ada yang rasa tak sependapat dengan aku, tak yah la nak saman aku pulak..

Ada 9 gambar semuanya, aku sent mesej kat orang yang mengetag itu, nak mintak izin nak share kat blog, dia kata OK je, sebab dia kata bukan dia yang lukis, dia dapat Email.. Aku ingat dia yang lukis mula-mula..
Tapi tak kisah la siapa yang lukis, dah aku suka, jadi aku nak letak kat blog AKU.. =)

Yang pertama:
-lalat lumba lari-


Yang ke-2:
-lalat naik kuda-


Yang ke-3:
-lalat kencing merata-


yang ke-4:
-lalat sunbath-


yang ke-5:
-lalat beratur tak tahan nak guna toilet-


Yang ke-6:
-lalat main-main-


yang ke-7:
-lalat terlebih tinggi & lalat normal-


Yang ke-8:
-bapak lalat dukung anak lalat-


yang ke-9:
-lalat tunggu turn dive-



ps: aku tidak membunuh lalat dalam menyiapkan entry ni.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me