Pages

Search This Blog

Tuesday, November 30, 2010

Najis Yang Comel

Dalam agama Islam, Anjing & Babi tergolong dalam golongan Najis Mughallazah.

Petik dari Wikipedia:


Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.


    Di sebelah rumah aku ni, ada student China duduk.. Ala yang keluar rumah pakai spender je tu.. ingat tak? Ha..diorang ada bela anjing.. Kitorang dengar dia panggil anjing dia dengan nama Misu. Aku tak pasti lah pulak apa ejaan yang betul untuk nama anjing tu, tapi memang dia sebut Misu, Misu je..

    Si Misu tu pulak, suka betul menjenguk rumah kitorang ni..haha






     Misu ni besar.. kalau dia menyalak memang sakit hati gaklah..bising gila.. Tapi bagus jugak, boleh tau kalau ada stranger masuk lorong rumah kitorang..

    Itulah dia, Najis yang Comel..
    Comel kan Misu?
    Hehehe..


Friday, November 26, 2010

Perut Anak Dara

Hai selamat pagi semua!

Dah gosok gigi?


Dah lama tak update blog aku nih rasanya..
Lama aku berteleku depan laptop ni..

Tunggu punya tunggu punya tunggu (macam dialog P Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok),
Idea tak timbul-timbul..

Lama sangat duduk rumah, sampai otak dah berkarat teruk ni..
Risau..

Perut anak dara?
Nak tengok?

EH bukan perut aku..jangan risau..
Perut orang lain..

.
.
.
.
.
.
.
.



Perut Elin lah..
Anak dara sekor ni memang suka tidur dengan aksi terkangkang koyak macam ni..haha..
Pantang nampak buku terbukak,  mesti nak buat lapik tidur dia..


ps: perut ELin ni memang sedap di buat bantal~

Wednesday, November 24, 2010

Meninggal Dunia 15 minit sebelum Peperiksaan SPM mula

Takziah untuk arwah Hazizul, yang meninggal dunia 15 minit sebelum peperiksaan SPM bermula.


Arwah dikatakan memang mengalami komplikasi jantung sejak dilahirkan..

Sumber gambar dan berita penuh adalah dari Harian Metro.

ps: sedih pulak terbaca berita ni tadi :(

Thursday, November 4, 2010

Taara Zaimi Par .. Apakah itu?

Bangun pagi tadi, belum sempat turun dari katil aku dah ON laptop,
sudah tu terus pulak bukak internet..
Hati macam dipaksa-paksa untuk cek keyword yang masuk ke blog aku..
Jadi aku pun bukaklah Nuffnang..

Tengok bahagian Analytic.. Senyum puas hati.
Tekan tab Keyword pulak.
Baca satu-satu dari atas ke bawah..
Sampai ke keyword yang kedua dari bawah, berkerut sekejap kening aku.


Movie taara zaimi par ?

Dahlah ada nama Encik Zaimi disitu..
Apakah maksudnya Taara Zaimi Par itu?

Apa lagi terus Google.
Tup tup memang sah bila Google benda tu, Blog aku adalah di carian atas sekali.
Oh aku guna Google Malaysia.

Hairan, apa bendanya tu ya?

Tengok balik betul-betul, oh ada suggestion lah, yang tertulis:
'Did you mean Movie Taare Zameen Par?'

Terus klik!

Oh..
Movie Hindustan..lakonan Aamir Khan rupanya..
Macam manalah si polan tu boleh tertaip nama boypren aku..haha! 
:P


Maaflah Aamir Khan, aku dah lama tak layan Hindustan kalau cerita tu tak keluar kat TV masa aku tengah tengok TV.. Nak beli DVD memang tak dah sekarang.. Pitis kurang..huhu..

FIlem ni tahun 2007, bila aku baca sinopsis dia, rasa macam menarik pulak. Timbullah rasa nak tengok movie ni.. mana mau cari?

Sinopsis dia yang aku copy & paste:

Ishaan Awasthi (Darsheel Safary) is an eight year old boy. But what comes naturally to kids of his age is next to impossible for him. He gets bad grades at school, his teachers reprimand him, his father scolds him...nobody realizes that he is suffering from a learning disorder, dyslexia. Not able to tolerate his son's bad behavior at school, his father gets him admitted to a boarding school. The situation doesn't improve, for he is still the same at studies.


Then a new art teacher enters his life. Nikumb (Aamir Khan) figures out very quickly that the boy needs help, and does all he can to make this world a happy place for Ishaan.

Dan komen-komen untuk filem ini pun boleh tahan.. Banyak yang memuji. Antaranya:

its really a great movie ! The acting, the songs,the actors,the music,everything is in its right way. Its has a good message to the society. Overall its a very gd family film.
I love itt Laughing 

 Aku akan cubalah cari movie ni nanti, kalau keluar kat TV lagilah bagus!

Kan tak pasal-pasal je aku cerita pasal movie ni..hehehe..


Wednesday, November 3, 2010

Muka dah cantik ketiak pulak bau asyem

Otak aku yang semakin berkarat ni menyebabkan sel-sel otak aku kurang nak bersambung, 
makanya tadi dah pukul 3 petang baru aku sedar yang hari ni 3 November, yakni aku ada appointment ubat kat Hospital Kajang..

Dalam pukul 3.40 macam tu, urusan pun selesai..maka aku dengan adik aku pun pergi ke Metro Point untuk membeli air CoolBlog yang sodap itu..heheh..

Kat situ adalah seorang budak perempuan yang lebih kurang umur adik aku tu turut sama beratur nak beli air tu..
Muka boleh tahan lah walaupun sedikit jongang.. Putih melepak, tak gemuk tak cikeding.. Kira cun lah!

Akan tetapi!
Bila ada satu ketika tu kami berdiri agak rapat, kebetulan dia pun mengangkat tangan dia untuk mencapai straw..
Sikittt lagi aku nak terbersin..
Bau ketiak dia humang aih! 
Terus potong markah..
T_T

Jadi, kepada adik-adik kakak-kakak dan sesiapa saja di luar sana,
pesanan ikhlas dari aku..
SILA JAGA KETIAK ANDA.

Biar muka tak cantik asalkan ketiak tidak berbau..
Tapi kalau dah cantik lagilah HARUS menjaga ketiak itu ya!

Bukanlah maksudnya kamu semua kena wangi semerbak,
sekurang-kurangnya biarlah tidak busuk.


Kerana ketiak yang berbau asyem itu mampu mencantas selera orang sekeliling..
Terima Kasih.

Nombor Telefon Bimbit Menjadi 11 Angka mulai Disember 2010

Jika sebelum ini, 31 juta nombor telefon bimbit sedia ada di Malaysia menggunakan sistem 10 angka, tetapi mulai 15 haribulan  depan, nombor yang baru didaftarkan akan menjadi 11 angka..

Sistem 3+7 yang seperti sekarang akan berubah menjadi 3+8 pula.. Dan untuk semua rangkaian, awalan 011 akan digunakan..



Apa yang menarik minat aku dalam berita ni?

GILA BANYAKNYA NOMBOR TELEFON BIMBIT KAT MALAYSIA!

Sampai 31 Juta nombor dah ada!
Sampai  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terpaksa memikirkan sistem nombor baru untuk menampung kapasiti sistem nombor 3+7 yang dah tak cukup..hehe..

Ini beerti rakyat kita sudah hidup senang, orang tua-tua, budak sekolah, orang asli pedalaman pun boleh menggunakan handphone.. =)

Oh tapi nombor telefon yang kita guna sekarang tetap tak berubah, sistem tu hanya untuk nombor baru selepas 15 Disember nanti..

Mau beli nombor baru 011 tak? Hehe..

Sumber Berita disini.




Tuesday, November 2, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak The Series

Anda ada Astro?
Lebih tepat lagi, anda ada langgan pakej Mustika tak?

Kalau ada, pastinya anda boleh menonton siri baru di Astro Warna nanti,
iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak The Series..weehuu!


Mengikut iklan yang ditayangkan,
drama bersiri ni akan mula bersiaran pada 26 November dan waktu tayangan nya adalah pada pukul 11 malam.. Dalam iklan tu pun tunjuk lah sedutan-sedutan dari filem Jangan Pandang Belakang Congkak tu, ada Shaheizy Sam Samad, Mazlan Pet Pet dan Cat Farish.. Aku harap pelakon-pelakon utama dikekalkan.. Takmo jadi macam Lagenda Budak Setan ngan Halimah Jongang.. Habis tukar2 pelakon..hihi

Kiranya mulai  26 November nanti, Jangan Pandang Belakang Congkak the Series ni akan bersiaran setiap Jumaat lah..

Ha, sesiapa yang belum langgan pakej Mustika langganlah segera ye! Banyak lagi cerita best2..hehe.. Hai Astro memang kena bagi aku duit la sebab aku selalu promote drama Astro dalam blog..huhu :P

ps: selagi belum bekerjaya, tengok TV je lah keje aku..hmm

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.