Friday, June 26, 2020

Filosofi Bawang - Anie Alja | Review Buku

Assalamualaikum semua, sihat?

Last week, aku memang banyak membaca. Maklumlah sebab ambil cuti, alang-alang boleh berehat-rehat sikit di rumah orang tua, why not ambil kesempatan ini untuk percepatkan baca koleksi buku belum baca yang dah banyak tu kan. Eheh

Jadi, selain Diagnosis 7: Forensik tu, satu lagi buku yang sempat dihabiskan adalah Filosofi Bawang oleh Anie Alja.


Antara sebab utama aku beli buku ni, sebab aku pernah baca hasil tulisan Anie Alja yang sebelum ni, iaitu Filosofi Mak Singa. Jadi, hati rasa meronta-ronta nak memiliki buku ni, sebab Filosofi Mak Singa tu agak best bagi aku. Nanti ada masa boleh tulis review pasal buku tu.

Jadi, belinya tahun lepas (2019), tapi disebabkan kekangan waktu, buku ni pun terbiar sepi dalam rak buku. Jadi barulah ada kesempatan nak baca.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Penulis, Anie Alja ni, dia bahasakan diri dia sebagai Acik sebagai kata ganti diri selain ayat "Gelak sat" dan "Ahaks" bila dia nak sinikal dengan sesuatu senario.

Umumnya, buku ni adalah suatu kritikan terhadap segenap masyarakat, bahawa masyarakt ni, ada beberapa pe'el yang tidak baik. Pe'el tu yang dia namakan sebagai 'bawang'.

Ada kupasan berkenaan perangai, dan penyakit. Tapi, memang dari point of view seorang Anie Alja terhadap masyarakat bawang negara, yang mana dia sendiri menetap di luar negara, balik jugalah sekali sekala.

Bila baca tu, ada yang aku setuju dan terfikir 'Aah betul ni'. Ada juga part yang aku rasa penulis sedikit berlebihan dalam mengkritik, tapi dia pandai, dia cover dia kata dia memang busuk hati dan negatif. Lol macam-macam kan. Tapi bolehlah nampak yang 'bawang' yang ada dalam diri penulis, adalah dia je rasa dia betul..oopps. Maaf, ini pendapat saya, harap boleh ambil dari sudut positif hehe

Tapi gaya penyambungan dari satu topik ke topik yang lain tu agak menarik la. Bolehla.

Jadi, pendapat peribadi aku, buku ni boleh dikatakan 3.5 bintang. 👏




10 comments:

  1. Ni cerita pasal membawang ke..Tgk kulit buku macam tak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cerita pasal membawang dan bawang2 hahaha

      Delete
  2. Buku ni boleh di kategorikan komedi ke ni?

    ReplyDelete
  3. orang busuk hati dan negatif kalau diaorang menulis memang sampai ke hati.Hahahah,, sebab diaorang menulis tanpa ada sempadan dan halangan. diaorang bagi bagi dan bagi.. Hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terpaksa bersetuju dengan awak diana hahaha

      Delete
  4. MESTI ISINYA SGT MENARIK SBB TAJUKNYA PUN HEBAT

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot