Pages

Search This Blog

Monday, July 13, 2020

Misi Kedai Basikal

Setelah insiden berkaitan basikal yang berlaku beberapa hari lepas tu, setelah timbang tara semua pros dan cons, semalam kami come out dengan keputusan untuk beli je lah basikal baru untuk Adam sebab basikal lama dia tu dah kecik dan tak berapa nak sesuai untuk dia lagi.

Tapi saja nak cuba tengok kedai basikal dekat area Pilah atau Bahau. 
Saja, sebab kami fikir, mungkin harga basikal dekat sana, murah sikit dari Senawang?

Jadi lepas zuhur, kami pun bertolak ke Bahau untuk misi mencari basikal.






Lalu pekan pilah, tengok kedai basikal tu tutup.
Aiseyman, risau jugak kot-kot kedai yang kat Bahau tutup jugak.
Baru teringat hari ni ahad.
Sejak PKP, memang hari pun kadang-kadang lupa.

Sampai pekan bahau, memang baru nak cari kedai basikal, sebab sebenarnya walaupun dah plan nak ke kedai basikal kat bahau, tak tau pun kedai basikal dekat mana, ada atau tak pun kami tak tau sebenarnya ๐Ÿ˜‚

Tapi pekan bahau tu kecik je, zaimi kata round je, tak rugi apa pun, kalau tak jumpa kedai basikal pun, dah bawak anak-anak jalan naik kereta jugak kan.

Tiba-tiba ternampak 1 kedai basikal dekat dengan bulatan sebelah pejabat pos lama bahau tu, Le Run kalau tak silap nama kedai dia, dan nasib baik memang ada parking betul-betul depan kedai, apa lagi, terus parking lah!



Anak-anak memang rambang mata lah masuk kedai ni.
Adam sampai tak tahu nak pilih.

Jangan kata adam, aku dengan zaimi pun sama naik teruja.
Harga memang way cheaper dari kedai dekat Senawang tu.

Aunty dengan uncle kedai tu pulak siap diskaun kan harga.

Zaimi saja tanya, kalau beli 3, boleh diskaun lagi ke?
"Bolehh maa.."

Hah, dari nak beli 1, terus kami rasa baik beli tiga terus.
Supaya adil ๐Ÿ˜‚

Adam rambang mata, lambat gila dia buat keputusan nak yang mana.
Amir pulak, bila dah suruh pilih, dia terus pilih basikal ada jalur oren.
Taknak langsung tengok yang lain, zaimi kata amir terkena cinta pandang pertama dengan basikal tu hahaha

Ayu pulak memang dia tak pilih pun, dia sibuk ikut abang-abang dia merayau je.
Mula-mula nak ambil yang warna purple macam gambar atas tu.
Tapi harga dia lepas diskaun RM165 jugak, fikir-fikir balik, ayu ni kejap je dah besar badan dia nanti, nak kena beli lain jugak nanti.
Jadi kami putuskan, ambil yang tayar plastik mati tu je, rim pun plastik je cukuplah.
Jadi tukar ambil yang warna oren tu hehe..

Lepas semua dah siap pilih, jimat RM350 untuk 3 basikal bila compare dengan harga kedai kat senawang tu.

Ok sangat dah bagi kami ni, masih dalam bajet.
RM350 yang berjaya dijimatkan tu boleh buat beli benda lain tau! 
Kos minyak ke bahau pun tak mahal mana pun.


Memang dah plan nak letak basikal kat belakang exora je, sebab kerusi dia boleh baringkan terus kan.
Ini antara features yang buat aku berkenan nak beli exora masa tu ๐Ÿ˜†
Dan itu cerita lain.

Amir memang in love sangat dengan basikal dia, sanggup dia duduk bersila dekat belakang dengan basikal semua tu. Ayu pegang pun dia tak bagi, punyalah sayang ๐Ÿ˜‚



Sampai rumah terus masing-masing tak sabar nak cabut plastik.





Sampai rumah pun dah 6.30 petang, nak kejar asar lagi.
Jadi semua dapatlah test basikal masing-masing sekejap je.
Happy sangat masing-masing.
Harapnya jaga lah basikal ni elok-elok ye anak-anak.
Peluang ni datang beberapa tahun sekali je ni ๐Ÿ˜‚






33 comments:

  1. teringat zaman kanak2, memang seronok dapat naik basikal...Alhamduilillah..dapat jimat banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sambil2 berjalan naik kereta hehe

      Delete
  2. Anak2 sy masa kecik nk beli beskal. Bila dah reti tunggang motor suruh sy basikal tu d mudah.my...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, anak2 saya mungkin minta benda yang sama 10 tahun lagi tu huhu

      Delete
  3. seronoknya anak2 dapt basikal idaman mrk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, harini pulak hari hujan dari pagi, putih mata anak2 hehe

      Delete
  4. Naseb baik lepas masok kereta tu... Kalau kereta uncle, atas bumbong la jawabnya!

    ReplyDelete
  5. berbaloi tunggu lama sikit untuk beli basikal.Jimat banyak dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu diana, alhamdulillah boleh jimat :D

      Delete
  6. Masing2 seronok dapat basikal baru hehehe..teringat kecik2 dulu

    ReplyDelete
  7. Seronoknya mereka dapat basikal baru

    ReplyDelete
  8. Bila anak2 seronok, confirm parent pun seronok kan... Kedai basikal area Nilai 3 x survey ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, tak terfikir pulak nak ke sana masa tu huhu

      Delete
  9. Wah, seronok dorang dapat basikal baru tu

    ReplyDelete
  10. Laaa.....mmg duk seremban ke..SA baru tau..mmg harga kat Senawang tu cekik darah skit...plan gak nak belikan kakak Dania basikal...since jiran2 semua la ni sibuk main basikal...dia kata dia x pandai plak bawak basikal...hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah duduk senawang je SA, samalah anak sulung tu pun, baru je belajar kayuh basikal 2 3 minggu lepas, tu yang sibuk dia nak basikal baru hehe

      Delete
  11. bestnya semua da ada beskal baru. ttbe teringat zaman naik beskal turun bukit. sekali masuk dalam longkang. acane tah masih hidup. hahhaha alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan! Saya pun selalu tergolek2 masa kecik dulu

      Delete
  12. Macam nak belikan juga untuk budak berdua tu.. hehehe.. Cantik basikal yang warna oren tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya sebab tu anak saya terus jatuh cinta hahaha

      Delete
  13. nasibla kedai kat senawang tu tutup yek, kalau idok rugi... sebab boleh jumpa kedai yg boleh bagi harga lagi murah... seronoklah 3 beradik tu, semua dapat basikal baru tak la berebut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, nasib baik tak beli terus masa tu hehe

      Delete
  14. seronok masing3 ada beskal. tiba2 teringat dulu, pernah naik basikal kawasan bwrbukit. naik dua orang. nak acah2 laju kan. sekali tergolek dalam longkang. tak tahu macammana boleh hidup lagi ๐Ÿ˜… alhamdulillah.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dapat basikal baru eaa anak anak .. Hati2 kayuh basikal okey. Anak anak bila dapat basikal baru mestilah seronok. Alhamdulillah rezeki dapat penuhi keinginan anak anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Masing2 dah beberapa kali tergolek sebenarnya hahaha

      Delete
  16. Wah seronok semua dapat basikal bru ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete
  17. teringat masa beli 1st basikal diaorang. memang meriah.
    emm.. x repair lagi basikal diaorang yg bawak balik dr Bangkok ari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya tu terlebih excited sebab baru pandai mengayuh, baru dia tahu kayuh basikal sebenarnya tak susah pun hehe

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan komen, dengan komen anda, saya rasa gembira kerana saya tau coretan saya dibaca~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.