Tentang Aku Dan Perempuan Sigaret - Anas Mohd | Review Buku


Buku ni aku beli hujung tahun lepas, semuanya sebab sangat tertarik dengan cover dia yang cun, 



dan sebab dia terbitan Roman Buku. Aku beli dalam keadaan gopoh secara online sebab masa tu aku tengah on going baca buku karya Hasrul Rizwan, juga terbitan Roman Buku.

Lama perap dalam rak buku, sebab buku ni kena queue, sebab banyak lagi buku lain belum baca hahaha

Makanya, plastik pun aku tak bukak. Cover dia cantik, aku pun terus beranggapan yang isi dia best, lagi-lagi lepas baca review dekat Good Read, biar je la dulu kan, why not?

Jadi beberapa hari lepas, lepas habis baca buku Projek Orkid tu, aku pun unwrap.
Boom!

Headache terus aku.

1. Mungkin aku 'tua' untuk content buku ni. Imaginasi dia tak boleh masuk akal.
2. Dahlah tak masuk akal, pendek sangat. Ada cerpen sekadar 3 page. Wadehek. Tak sempat nak masukkan imaginasi dia dalam akal, dah habis, dengan ending macam tergantung.

Maaf generasi milenial, ini pandangan jujur seorang aku.
Aku gigihkan jugak baca sampai separuh, tapi aku terpaksa mengalah.
Aku tak dapat teruskan. Huhu..
Mungkin aku yang kurang cerdik.

Jadi, pandangan personal aku, buku ini aku boleh bagi 1.5 bintang.
Maaf kan akak.

PS: Literally 'don't judge a book by its cover' punya kes.

Post a Comment

18 Comments

  1. Nampaknya Shaz tak sependapat dengan pendapat lain daripada Good Read.
    Saya pula sudah tidak boleh layan cerita cinta 2 darjat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita cinta 2 darjat tu lagilah lama saya dah tak mampu nak teruskan pembacaan hihi.. saya lebih berminat membaca nashkah bukan fiksyen ;)

      Delete
  2. Replies
    1. ya, buku ini sesuai untuk generasi muda barangkali :)

      Delete
  3. Kalau tengok cover buku nampak mcm menarik hehe. Good review kak :)

    ReplyDelete
  4. sayangnya dah beli tak nk habiskan syaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tapi tak daya nak habiskan. simpan untuk anak2 la, nanti diorang remaja diorang baca hehe

      Delete
  5. betol. cover dia memang cun!

    ReplyDelete
  6. cover memang cun tapi kalau jln cerita agak kureng memang nk habiskan 1 buku tu pun payah...

    ReplyDelete
  7. selalunya tengok cover dulu walaupun : "dont judge a book by its cover" kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. jarang berli novel2 yg x berapa familiar writer nya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah, ini pun gopoh sangat saya membeli

      Delete
  9. Mungkin untuk remaja dan awal 20an lebih sesuai

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.