Macam biasalah, anak-anak ni, kalau ayah yang buat sesuatu, kesan dia lebih mendalam agaknya.
Malam tadi, zaimi rebus ubi badak yang ayah dia bagi masa balik kampung haritu, ajak anak-anak makan, cicah dengan gula.
Punyalah suka masing-masing.
Sekali sekala makan makanan kampung.
Kalian kenal ke ubi badak?
Adakah rasa dia macam badak?
Entahlah sebab tak pernah pulak makan badak 😜
Ubi badak ni ada banyak nama, mungkin lain tempat, lain namanya.
Ubi badak (nama saintifiknya Dioscorea alata[4], adalah spesies ubi yang tumbuh bawah tanah dan boleh di makan. Ia juga dikenali dengan nama Ubi kenduduk, Ubi kelebang, Ubi ular, Ubi tiang, Ubi teropong, Ubi nasi, Ubi butung, Ubi lilin, Ubi merah, Ubi menjangan, ubi sekok, atau Ubi manis.[5] Ia memiliki warna ungu terang. Ia kadang-kala dikelirukan dengan ubi stela (Ipomoea batatas). Ia berasal dari tropika Asia, D. alata telah dikenali sejak zaman silam. - Wikipedia
Ya aku copy paste dari wikipedia je, maleh nak olah ayat ahaha
Tapi, orang putih panggil ubi badak ni sebagai Purple Yam.
Gitteww..
Jujurnya aku pun jarang sangat makan ubi badak ni.
Sebab tak biasa makan kot.
Tapi semalam, terasa nak membaca sikit berkenaan Dioscorea alata ni, terjumpalah artikel online yang menceritakan kebaikan ubi badak ni.
Antaranya:
- Tinggi dengan khasiat, sebab dia ada unsur karbohidrat, kalium dan vitamin C. Disebabkan dia berkanji, semestinya dia mengenyangkan.
- Kaya dengan antioksidan.
- Boleh bantu kawal gula dalam darah (wow tak sangka!)
- Boleh bantu turunkan tekanan darah.
- Boleh mengawal simptom asthma.
- Menyihatkan perut.
- Ubi yang versatil. Boleh masak macam-macam ikut selera, boleh rebus, boleh buat stew. Gittew.
Itu sahaja cerita berkenaan ubi berwarna ungu ini.
Selamat berhujung minggu semua 😉
+++
UPDATE: KLIK UNTUK CARA REBUS UBI BADAK
.jpg)



Mcm ubi keledek ke..byk khasiatnya..
BalasPadamNmpk anak2 suka..
Itulah, tak sangka diorang suka :)
Padamubi badak..purple yam kah? shida xpernah mkn dan first time dgr..Allahhh ^_`
BalasPadamAah shida, purple yam hihi
PadamTak pernah jumpa yang gini.. Selalu makan yang dah jadi kerepek je.. Itupun dha susah nak jumpa..
BalasPadamKan, ini pun tak tahu ayah mertua dapat kat mana haha
PadamSEDAP UBI NI KALAU BUAT KUIH TALAM CANTIK UNGU
BalasPadamOh ye ke kak? Sedap tu kuih talam yang purple tu ;)
PadamIni kena lawan dengan air kopi o panas. Baru mantap!
BalasPadamBetul tu, 10 markah untuk uncle!
PadamNampak sedap, rase macam keledek ke? atau memang keledek.
BalasPadamsedapnye ubi cicah gula, ingat kecik2 dulu, mkn ubi cicah kelapa + gula.besttt..
Haa.. rasa dia ada jugaklah macam keledek :D
PadamTeringat semasa bebudak dulu..ni lah antara makananya buat minum petang
BalasPadamKlasik kan menu ni hehe
PadamRasa nak kena cuba buat kerepek jugak ni hehe
BalasPadamBuat pengat pun best ubi badak ni
BalasPadamAah kan wak, tak teringat pulak pasal pengat ubi
PadamPernah makan ubi warna ungu ni sedap..sy panggil ubi ungu ja hehehe sbb warna dia ungu.
BalasPadamSamalah hehe.. ubi badak tu suami yang perkenal nama dia
Padamkak ana tengok macam keledek ungu kan syaz, kan main sedap ye makan anak2 bagus pandai makan menu2 ibunda macam ni :)
BalasPadamitulah, tak sangka suka pulak budak2 tu hehe
Padamsedapnya ubii
BalasPadamyumss
Padamwalaupun saya hantu segala tok nenek cucu cicit ubi.. yang purple ni sy kurang gemar. tapi kalo dh terhidang..makan jeee..
BalasPadamhehe.. yang terpaling saya suka adalah ubi kentang :D
PadamSedap ni. Suka makan kalau rebus macam ni. makan macam tu je pun dah sedap kan.
BalasPadamBetul3 hehe
Padamtak pernah makan ubi ni. tapi dia sama ke macam ubi purple yang dari Cameron tu. kalau yang tu, akak suka...
BalasPadamAdalah sikit2 rasa dia, tapi saya memang tak pandai sangat bezakan rasa ubi2 tersebut hahaha
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.