Ayam Goreng Tepung Bestari

 Weekend haritu, memang kena rasuk dengan saka M.

Mungkin sebab cuaca pun tak seberapa nak cerah, redup yang sangat lazat untuk beristirehat, jadi kita masaklah yang ringkas, sedap dan dia boleh jadi makanan mak ayah cum makanan anak-anak sekaligus.




Ha macam tu lah gambar packaging dia, aku beli kat kedai runcit je.

Sebab ramai jugak yang kata, ayam goreng kalau salut tepung bestari ni sedap.


So why not kita cuba buat kan.

Selalu pakai tepung adabi tu.



Kalau ikut arahan belakang bungkusan tepung bestari tu, dia suruh gaul ayam yang nak dikepcikan tu dengan air + tepung tu, dan perap dalam 30 minit.

Aku tambah garam dengan lada putih sikit, perap.

Kan kata cuaca redup lazat tu kan, maka terlajaklah perap, sampai 2 jam terlajaknya haha

Sebab pagi tu dah breakfast nasi lemak zaimi beli, masing-masing pun kenyang lagi.
Tu yang sedap melayan saka M tu.

Jadi, lepas perap, dia kata gaul dengan tepung yang kering pulak sebagai lapisan kedua.

Lepas tu gorenglah dengan api sederhana, sehingga keperangan.


Masa goreng tu, letak serai yang dah diketuk, nak bagi harum kononnya.


Aku guna kuali yang tak melekat ni, senang nak balikkan ayam.


Tadaa!

Bolehlah kan, ayam yang membayar harga sebuah kemalasan seorang emak untuk memasak weekend haritu. Settle goreng ayam, terus tumis sayur dengan udang.

Anak-anak makan bukan main.
Lauk-lauk simple ni bukan main lah diorang gemar kan, kalau lauk yang kita beria-ia masak sampai berjam-jam tu, kadang taknak pun habiskan.
Sabar je lah!

Jemput makan tengok 😛




Catat Ulasan

35 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. maknanya memang sedaplah tepung bestari ni, kan. Kita memang sentiasa ada stok kat rumah untuk buat sotong goreng tepung, dap dap

    BalasPadam
  2. betul.. ramai ckp tepung bestari ni best...tak try lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, ramai betul cakap cakap pasal tepung ni, tu yang terbeli tu

      Padam
  3. Tepung Bestari..memang menjadi pilihan saya. Mudah sangat dan sedap!

    BalasPadam
  4. CP guna tepung bestari ni gak kalau nak goreng ayam.. sedap

    BalasPadam
  5. Aku suka ayam goreng yg direbus dulu sebelum goreng. Rebus separuh masak. KEmudian gaul dengan rempah dan tepung serbaguna yg begini.. Jadi dapat lah isi yang lembut dengan luar yang rangup.. hahah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah betul jugak, mesti sehebat kepci sebenar. Kena cuba la lepas ni, dan seperti biasa aku jemput ko tengok ye nanti :P

      Padam
  6. Sha suka guna tepung bestari ini.. memang sedap..

    BalasPadam
  7. Ahahah! Btw tenkiu kak untuk tips gorengan tu ;)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. jadilah uncle, nak jadi duta bedak tak mampu ahaha

      Padam
  9. saya juga dah cuba sebab kawan saya rekomen sebelum ini..memang sedap bila buat ayam goreng dan cendawan goreng.

    BalasPadam
  10. Tepung bestari, ramai kata sedap. Nak kena cuba jugak ni hehe

    BalasPadam
  11. Pernah try tepung bestari, best.. dapat ilmu baru, letak serai mase menggoreng..Thnk for good info

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. saya pun dapat tips tu dr rancangan memasak mana entah, lupa ahaha

      Padam
  12. Naim selalu beli tepung ini untuk goreng ayam , sedap2 makan dengan nasi hehe

    BalasPadam
  13. syaz percaya tak kak ana belum pernah guna lagi tepung ni huhu :)

    BalasPadam
  14. budak2 dgn ayam goreng mmg layan habis..hehe..tepung ni mmg cukup perisa, ditambah terlajak perap, bertambahlah sedap...takleh jd penjual goreng pisang, boleh jual ayam goreng...hihi..yg ni pass..

    guna tepung ni masa buat ayam goreng korea haritu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kikiki..tu la kak kan, tak dapat jadi penjual goreng pisang, saya jadi penjual ayam goreng singgit la hahaha

      Padam
  15. budak-budak mcm tu syaz ^_^

    sehingga kini shida pn xpernah lg guna..tepung grg bestari ni..
    asal nk beli semerdang habis..agak2 la..femes betul tepung ni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la shida, tu yang buat rasa nak try tu, sebab pemes dia kalah neelofa ni hihiks

      Padam
  16. Samalah. Kita biasa pakai tepung adabi.
    bolehla try Bestari pulak
    Rasa dia macam mana?

    BalasPadam
  17. ammi pun suka guna bestari..biasa beli yg spicy. time goreng ayamlah nak ajar anak2 makan pedas sebab confirm dorang makan walaupun bibir & lidah tersentil2

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahlah, good idea gak ni, lepas ni nak beli yang pedas pulak :D

      Padam
  18. saya guna tepung ni jugak sedappp..rasa nak buat lagi lah ayam kfc guna tepung bestari ni

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad