Search This Blog

Friday, August 7, 2020

Ayu Bertelekung

Mungkin disebabkan dia ada dua orang abang, jadi boleh dikatakan setiap perlakuan ayu, banyak dipengaruhi oleh abang abang dia.
Kira orang cakap, boleh tahan lasak lah ayu ni.

Abang berlari dia berlari, abang main gusti-gusti dengan ayah, dia pun join sekaki, sampai ketika dia tengok abang-abang solat, dia pun carik kopiah, pakai, dan solat sama-sama 😱

Anak perempuan dahlah sorang je, solat pakai kopiah pulak!
Adududududuuuu...

Jadi masa dah dekat-dekat ramadhan haritu, belikan dia telekung budak, beli thru lazada kalau tak silap. RM18 je.

Alhamdulillah, kain dia elok je lembut dan ringan.
Pakaikan dekat ayu, bukan main seronok dia!




Jadi sekarang ni, kalau tiba-tiba dia rasa nak join orang solat, dia akan carik telekung dia tu.

Dah boleh dah ikut apa kita cakap sikit-sikit, 
"Ayu ikut mak tau, mak wat camni (sambil rukuk) ke, camni ke (kiam tangan), semua ayu ikut je tau"

"Otey"

"Ayu jangan main main tau, duduk je atas sejadah ayu ni"

"Otey"

Jadi, bolehlah nampak yang dia ikut je apa kita buat tu.

Kita baca bacaan, kadang-kadang dia nyanyi.

Bolehlah, asalkan tak memunggah.


Sejadah kecik tu dah lama dah, dari zaman abang adam dia lagi.
Tak ingat siapa yang bagi, tapi banyak jasanya.
Budak-budak rasa seronok nak ikut solat sebab ada sejadah kecik tu 😉

Lepas tu, kalau kita nak baca Quran, dia pun sibuk nak baca 'to an' jugak 😅


Gaya je lebih ni, mulut sebenarnya baca doa makan je tu hehe




Risau dia terjatuhkan Quran tu, tak bagi pegang nanti, mulalah buat perangai.
Kasilah dia pegang sekejap, sebelum sambung baca.

Dia pun duduk je lah kat depan sambil dengar.
Sempatlah baca 3 suku page sebelum dia main lompat-lompat atas katil.





Hai la anak dara omak sorang ni.
Semoga sentiasa dilindungi Allah 💗


Salam Jumaat semua 😘






30 comments:

  1. ayu memang ayu bertelekung, macam aiyan dulu dia biasa tengok mama dengan maktek solat dengan telekung dia pun sibuk mintak telekung bila dah kata aiyan kene ikut papa, carikan kopiah baru dia paham heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik pulak dengan ayu ya ahaha macam2 anak ni kan, tu yang kena luruskan tu hehe

      Delete
  2. comel..semoga jadi anak solehah, penyejuk hati mak ayah..

    ReplyDelete
  3. bagus sbb dia dididik utk solat sedari kecil. In Shaa Allah akan jd anak solehah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abam kie, amin ya rabbal alamin

      Delete
  4. Allahu comelnya semoga terus membesar sebagai puteri solehah kebanggaan ayahbonda ya, aamiin

    ReplyDelete
  5. Subhanallah sangat comel dah macam setazah dah hehehe

    ReplyDelete
  6. Comel nyer budak ni. Gigit kang. ish..

    ReplyDelete
  7. Alahai! Comelnya dia bertelekung :)

    ReplyDelete
  8. Bila dia bertelekung gitu nampak dah muka potostat tu..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jarang sangat orang cakap dia ikut muka saya, sebab majoritinya cakap dia ikut muka ayah ahaha

      Delete
  9. Alololo.. comelnya dia..
    Semoga Ayu terus menjadi anak syang solehah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. anak solehah seorang ni =)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me