Search This Blog

Saturday, August 8, 2020

Hati Pecah

Orang putih panggil broken heart.





Ada masanya dalam hidup kita yang penuh dengan rahmah dan limpah kasih sayang Tuhan ini, tersulam sedikit rasa dan pengalaman yang sadistic.

Lutut sakit, kaki kena timpa botol spray nyamuk, 
kena tahan dengan JPJ (ini melampau punya pengalaman rasa nak renyuk je kertas saman tu!), 
sampai lambat ke sekolah anak, 
sampai lambat ke majlis nikah satu-satunya adik perempuan aku (nasib baik pergi jugak, kalau tak hiba tengok gambar orang lain semua ada, aku 1 famili tak ada), 
aircond bilik hotel menitik macam air terjun, 
aircond another room panas macam oven, 
jalan jem di Kuantan, 
anak tercalitkan krim coklat kat tudung yang nak pakai ke majlis...

Allah, sesungguhnya rasa sangat-sangat sedih semalam.
Bak kata Ebit Liew, Allah uji sebab Allah sayang.
Bak kata aku kepada aku, dan kepada beberapa orang yang pernah minta pendapat aku yang tak bertauliah ini, kita kena selalu bersangka baik dengan Allah.

Mungkin ada hikmah yang Dia nak bagi, mungkin sedikit pengajaran?
Muungkin untuk menjentik hati dan mencelik mata yang sedikit teralpa?

Ha gitu.. seawal pagi ni, di kala senyap sunyi, macam-macam perasaan datang untuk muhasabah diri.

Semalam adalah hari yang tidak begitu baik nasib aku.
Macam-macam jadi.

Haih..

Semoga hari mendatang ni lebih baik dari semalam.
Walaupun panjang senarai nasib malang semalam, masih tak dapat menyaingi senarai rezeki dan blessing Yang Maha Kuasa kepada aku selama ini.

Siapalah kita nak skeptikal dengan Maha Pencipta.



Syaz
5.21 am
8 Ogos 2020


9 comments:

  1. SELAAGI BERNAFAS UJIAN-NYA TIDAK PERNAH HABIS BERSABAR N REDA INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  2. semua ni terjadi dalam satu hari ke? Allahu? semoga syaz tabah dan redha. ada hikmahnya tu Allah uji

    ReplyDelete
  3. dugaan tu, org nampak remeh tapi kita yang tanggung.... kan

    ReplyDelete
  4. sedihnya. tapi itulah kan, ada hikmahnya yang terjadi tu.

    ReplyDelete
  5. dugaan dan ujian sebab Allah sayang..
    Jangan sedih-sedih ye.. Pasti ada hikmahnya untu Syaz.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. semoga yang mendatang ni lebih baik.. mmg kdg2 Dia hadirkan yang pahit. tapi semua tu untuk tambah rencah dalam hidup kita agar tak bosan =)

    ReplyDelete
  7. Hati pecah... teringat kat term yang selalu Kaisah guna dulu kalau dia sedih time kecik-kecik... terasa terTB terus terkenang nostalgia lalu... nevertheless, semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari yang telah berlalu ya...

    ReplyDelete
  8. bersabar ye syaz..moga ade hikmah disebalik semua kejadian..
    smile syaz :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me