Search This Blog

Sunday, October 11, 2020

8KM Wakanda Forever Virtual Run 2020

 Lepas join Dragon Ball Virtual Run haritu, rasa seronok pulak. 

Khamis lepas, ada lah lalu lalang iklan Virtual Run Wakanda Forever ni pulak dekat Ig.


Apa lagi, terus register 😉



Yang menarik dengan Virtual Run ni, dia boleh kumpul steps / larian tu.

Tak perlu dapatkan 8KM / 10,000 langkah tu sekaligus.

Tapi kalau dapat settlekan terus, lagi bagus sebenarnya!


Maklumat 8KM Wakanda Forever Virtual Run 2020:

Tarikh Pendaftaran :  5 Oct 2020 - 30 Oct 2020 
Mula Larian :  1 Nov 2020 - 30 Nov 2020 
Tarikh Penghantaran Kit :  1 Dec 2020 - 12 Dec 2020
Jarak Larian  :  8 KM atau 10,000 steps  ( boleh digabungkan jarak larian dan steps)
Lokasi Larian : Dimana-mana lokasi anda ( Treadmill pun boleh)
Sumbangan :  Setiap RM1 dari penyertaan anda akan disumbangkan kepada Tabung Mercy Frontliner Negara.

Untuk maklumat lanjut, korang yang berminat bolehlah ke SINI.

Jangan tanya lebih-lebih kat aku tau, sebab aku pun dapat maklumat semua dari website dia tu je hehe.

Ya ini bukan paid advertisement 😆

Meh lah share sikit kit kit yang ada kalau register larian ni.


T-shirt dia antara yang buat aku tertarik nak join.
Da bomb lawaaa!
Walaupun tshirt lengan pendek aku pakai di rumah je, tapi takpalah. Kasi can lah aku kelihatan da bomb kat rumah sambil memasak dan lipat baju.
Ahahaha



E-bib dan sijil digital.
Bestnya ada sijil tu!
Boleh guna untuk isi laporan prestasi tahunan tak eh?



Ada lucky draw, siapa bertuah dapat figurin seperti di atas.
Aku tak begitu berkehendak pun dekat figurin ni.
Eheh..


Ini rupa medal untuk Wakanda Forever Virtual Run ni.
Yay or Nay?



Ini pakej-pakej untuk register.
Kalau tak silap, jika taknak lari, nak beli tshirt saja pun boleh.
Nanti pergi website tu ya.

Jom Virtual Run jom!
🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃

30 comments:

  1. belum sekalipun join..hihih... dah install lama apps dalam hp, tapi dah lama tak run. kawasan ni banyak anjing..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lari dalam rumah je, saya kumpul steps berjalan2 je hihihih

      Delete
  2. Warna ungu dan rekabentuk T-shirt menawan.
    Hehe boleh beli T-shirt sahaja menarik itu.
    Memang santai betul larian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, santai. menarik kan? jom lah join NA ;)

      Delete
  3. still sedih dgn kehilangan dia :(

    ReplyDelete
  4. T-shirt tu lawa. Medal pun lawa. Hadiah cabutan bertuah pun lawa. Eh! Semua lawalah 😅😅

    ReplyDelete
  5. Wah caiyok2..berlari mmg fun.rindu event lari beramai2 rasa tercabar bila ada org memintas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya tak pernah merasa yang macamtu, harap ada rezeki la lepas2 covid haha

      Delete
  6. Saya belum cuba larian secara virtual lagi. Sejak PKP dah 3 larian kena tunda yang booking awal tahun.
    Happy Running!

    ReplyDelete
  7. Cantiknya shirt dengan medal dia! Good luck sis :D

    ReplyDelete
  8. Buat kerja kat dalam rumah pun boleh dapat 6k, so dua hari dah cukup syarat 10k nih..hehe

    ReplyDelete
  9. uiiii untung arr kalau dpt figurin tu

    ReplyDelete
  10. Cantiklah Tshirt dan Medal tu. Baca perkataan Wakanda tu terus rasa terkenang Chadwick Boseman. No one can replace King of T'challa.

    ReplyDelete
  11. meriahnya siap ada lucky draw tu

    ReplyDelete
  12. Medal dibuat dari alloy zinc atau plastik?

    ReplyDelete
  13. haaa terjawab sudah..nnt shida pi tgk website tu..tq syaz :)

    ReplyDelete
  14. Pergh gigihnya akak masuk benda2 gini..kalau saya jangan harap la..XD

    ReplyDelete
  15. Confuse dgn size chart T-Shirt... What will be the t-shirt size for 38" inch(chest) and 26" inch(body length)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saya tak pasti tuan, boleh rujuk pada penganjur ya :D

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me