Kisah dua hujung minggu yang lepas, tapi lupa nak update.
Eheh..
Lepas breakfast pagi ahad dua minggu lepas, rasa macam nak bawa anak-anak ronda-ronda.
Zaimi teringat dia ada dengar @ baca berkenaan Perpustakaan Negeri Sembilan dah ubah tempat ke Seremban 2. Jadi why not pergi tengok tempat baru kan?
So on Waze, let's!
Lokasi dia bersebelahan dengan Aeon Seremban 2.
1 bangunan dengan pejabat SAINS, iaitu bangunan PKNNS.
Belakang dia ada Dataran Usahawan, ada hotel-hotel.
Kalau dalam Waze, dia masih lagi keluar alamat perpustakaan ni yang di lokasi lama, jadi kalau nak ke sini, boleh search SAINS Seremban 2, atau Dataran Usahawan, atau PKNNS Seremban 2.
Gitew..
Walaupun nak masuk dia kena cek suhu dan semua SOP tu, tapi orang agak ramai.
Terutama dekat bahagian kanak-kanak.
Jadi pada yang bawa anak-anak, memang kena sentiasa pastikan penjarakan sosial anak-anak kita.
Jadi untuk trip ke perpustakaan awam Negeri Sembilan untuk kali ni, kami tak dapat masuk ke ruangan buku-buku yang lain, sebab dia ada letak signage yang kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk.
Jadi berlegar dekat kawasan kanak-kanak sajalah.
Untuk ke bahagian kanak-kanak, dari kaunter di pintu masuk, belok ke kanan.
Area tu ada karpet, jadi memang kena tanggalkan kasut.
Area kanak-kanak dia memang sangat mesra kanak-kanak, rak buku rendah-rendah je.
Ada bantal-bantal besar untuk budak-budak golek-golek baca buku, ada khemah-khemah kecik, jadi budak-budak boleh masuk untuk membaca dalam tu.
Aku tak berani nak snap gambar, sebab semua bantal dan khemah tu ada budak-budak, nanti marah pulak parents dia kan hehe..
Dan yang paling menarik perhatian kami adalah reading nook ni, memang sesuai sangat untuk budak-budak masuk ke dalam dan lepak-lepak baca buku.
Agak berebut jugaklah reading nook ni, nasib baik masa kami sampai, ada satu family baru nak gerak balik.
Jadi dapatlah kami lepak dekat situ.
Eheh..
Adik ayu pun ikut semangat nak membaca sebab abang-abang dia membaca.
Asyik lah tanya ayah dia, ni apa..ni apa..
Ada macam-macam bilik kat sini.
Ada bilik interaktif, bilik mainan kanak-kanak.
Tapi tak sempat nak tour semua, plus ramai orang, malas nak bersesak.
Buku genre kanak-kanak memang sangat-sangat banyak.
Aku pulak yang teruja, rasa nak duduk berkampung tiga hari tiga malam..hahaha
Dan macam berjanji pulak, tiba-tiba terjumpa dengan colleagues kitorang, Jamil dan Anum bersama anak diorang tiga orang. Kebetulan lah pulak nak jumpa jugak kat sini hahaha!
Walaupun kawan, kena jaga jarak ok!
eheheh
Takkan nak lepaskan peluang bergambar kat Reading Nook yang comel ni kan?
😋
Abang-abang yang rambang mata nak pilih buku untuk baca, sebab banyak sangat buku menarik!
Paling best buku-buku macam encyclopedia yang penuh dengan gambar-gambar berinformatif.
Kawasan dia memang luas dan selesa.
Dan aku paling suka pokok ni.
Buat aku teringat cerita Passenger lakonan Chris Pratt dan Jennifer Lawrence tu.
Yang dia tanam pokok tengah-tengah spaceship. Eheh
Ada jugak ruangan Smart Library, tapi rupanya masa ni dia tak bukak.
Patutlah dia tutup lampu hehe..
Sebab tak nampak pun macam tak bukak, sempatlah amir main game seround kat tablet tu.
Maaf management!
Sebelah Smart Library, ada Mini Cinema.
Dia pasang dokumentari.
Masa ni dia pasang pasal buaya kot.
Halah halah cute bunting nya!
Malas juga nak berlama-lama, anak-anak dapat habiskan 1 buku pun dah ok, buku yang gambar-gambar tu kan.
Dalam pukul 12, gerak balik.
Tengoklah tu amir tak puas hati 😂
Ayu dengan selipar terbaliknya!
Aduh duu duu..
Tak apalah, nanti-nanti kita pergi lagi ye anak-anak..
😀
😍
BalasPadamLawa dan pandai dia decorate ruangan kanak-kanak2.
Teringat book cafe dekat Korea
Indahnya kalau dapat decorate library rumah macam ni
kalau ada ruang di rumah, boleh je tu ;)
PadamBestnya perpustakaan ni
BalasPadamcantik kan? pandai mereka hias
PadamLuas perpustakaan tu macam2 ruang ada banyak buku pilihan mmg ralit masuk ke sini semua buku nk dibelek kan
BalasPadambetul kak PI, sangat ralit hehe
Padamcomfy gila nampak pustakaan awam ni, besar pulak tu.. dulu masa zaman skolah.. pustakaan la tempat paling favorite :)
BalasPadamcomfy, siap boleh baring2 kat sini hehe
PadamWah! dah pergi ya Mrs. A hari-hari datang kerja (SAINS) pun tak berkesempatan nak pergi lagi sedehhh!!!
BalasPadamlaaaa kerja sebelah tu je ke..hihihi
Padamwah..menariks nya. dah tukar tempat ke library? tak tau pun..
BalasPadamaah, baru je dia pindah ni ;)
PadamWah, best2x sangat2x tempat ni, cozy je..pepustakaan awam sekarang ni mmg canggih2x hiasan dia bagi menarik minat pengunjung. Akk nak ajak ensomi pegi sini jugalah, walaupun anak2 akk dah besar, hihi..apa salahnya kan..
BalasPadamTq info menarik syaz.
sama2 kak azimah, nanti boleh pergi hehehe
PadamNampak selesa sangat duduk dalam perpustakaan tu. Banyak disediakan kemudahan, bersih dan menarik pandangan. Kanak-kanak mesti nak datang lagi ke sini. Sejak PKP lalu, memang dah tak berkunjung perpustakaan.
BalasPadamitulah, selesa dalamnya. tapi sekarang kes dah meningkat, takut juga nak ke sini lagi
PadamCantik dekorasi library awam Negeri Sembilan, mungkin diinspirasi kat library awam Negeri Selangor.. And part yang paling best library kanak-kanak la sebab ada pokok tiruan yang besar.. rasa macam duduk dalam tempat fairy tales plak kan.. Seronok kan bila anak-anak suka membaca..
BalasPadamsuasana dalam tu memang buat semangat membaca tu datang hehe
PadamSelipar terbalik tak gugat pun kecomelan Ayu..seronoknya bau buku..jadi terapi.
BalasPadamhahaha aah, lepas tangkap gambar baru perasan selipar dia terbalik
PadamTak sangka perpustakaan ada banyak tempat photo op macam ni... clap-clap-clap...!
BalasPadamsamalah uncle, saya pun tak sangka!
Padamcantik warna2 yg dipilih..sesuai utk ruang kanak2..Amir tak puas explore..
BalasPadamcantik kan? itu yang buat budak2 tak puas duduk sekejap tu hehe..kita risau sebab tempat awam haha
Padamlama gila tak jejak dekat mana2 library.Rindu suasana library!
BalasPadamlepas ni kena tanam cita2 utk bina library utk diri sendiri..hehehe
cita2 kita sama hehehe
Padamwah bestnya pegi perpustakaan baru. tapi kena jaga sikit penjarakan sosial tu..
BalasPadambetul3..tu yang tak berani nak berlama-lama hehe
Padammenariklah syaz..shida pertama kali tgk library mcm ni..sgt2 moden!
BalasPadamkan! teruja!
PadamRamai juga yang masuk library ni ye. Library yang sangat menarik. Tak pernah lagi masuk perpustakaan negeri.
BalasPadammenarik kan? Kitorang pun pertama kali pergi masa ni :)
PadamSangat membantu especially saya yang tengah buat research tentang library ni! <3
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.