Tin Milo Limited Edition 1970s bersama Vida

 Salam Isnin semua!

Haritu ada beli air milo yang tin dia limited edition 1970s.


Klasik kan?

Lawa dah design tahun 1970s ni, tak perlu nak ada gambar orang pun kat tin.

hehe..

Pada yang suka kumpul, bolehlah dapatkan tin milo 1970s limited edition ni kat kedai-kedai.

Aku beli ni dekat Petronas Balok masa balik Kuantan haritu.

Rasa dia sama je, kot?

Entahlah sebab masa 1970s tu aku belum terhasil lagi 😂


Satu lagi, aku beli air ni, Vida namanya.


Tin dia besar sikit.

Rasa dia macam air revive tu, tapi lebih tidak sedap huhu!

Entahlah, kenapa aku beli entah. Sorry air vida, tak kena di tekak aku kot.

Air vida ni ada 3 jenis kalau tak silap, ada yang biasa ni, ada lemon, lagi satu tak ingat.
Eh ke ada dua jenis je?
Alamak lupa pulak. Ish.

Okeylah korang!

Take care everyone!

Have a great week ahead!

Post a Comment

52 Comments

  1. Milo versi tin oldies pun pernah nampak org jual... yg tin bulat tu... KLMJ sangat bila tengok tin milo bulat tu

    ReplyDelete
  2. Ingatkan dato vida ada keluarkan produk air dalam tin tadi.. 🤭🤭

    ReplyDelete
  3. Japan mmg pelik2 dia punya taste .... harap bertabah la.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi! eh vida tu made in jepun ke ek? lupa nak cek

      Delete
    2. tu, dia tulis tulisan jepun tu... hehehe atie ambik japanese class.. so boleh baca sikit2

      Delete
  4. memula rs was2 jg laa ms minum milo klasik tu sbb sy terbyg air milo tu dibuat ms tahun 70an hahahahahahaha pada hal... yg vida tu blom try lg

    ReplyDelete
  5. Milo ni kawan PC sedari kecil.Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama! tapi sekarang saya kawan dengan nescafe dan kopi jugak :D

      Delete
  6. Belum sempat cuba rasa lagi yang tin milo limited edition tu. Mungkin sebab kurang minum sekarang. Agak agak ada lagi ke tidak. macam lama dah keluar edisi tu. simple je design dia kan.

    air vida tu design packaging tin dia ceria. ala, tak sedap pulak ke rasa dia. pangkah sesiap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, tapi mungkin tak sedap kat tekak saya je, cubalah, mana tahu fizah rasa sedap

      Delete
    2. Okay Kak Syaz. Kot terjumpa boleh try beli dan rasa :)

      Delete
  7. Tin milo tu nampak klasik. I liokee. ~

    ReplyDelete
  8. Tin milo dulu memang simple je. Dulu2 tin tu simpan untuk isi kuih raya je. Lepas habis raya lap bersih2 simpan, tahun depan guna lagi tin tu.Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama! nenek saya pun memang guna tin milo simpan kuih raya, nak beli tupperware mahal katanya hehehe

      Delete
  9. vida tak pernah try tapi ada kawan pernah recommend yang lemon, katanya sedap tapi smpai sekarang try lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la aiman, mana tahu sedap. berbaloi sebab isinya banyak, tinnya besar hehe

      Delete
  10. Klasik sungguh tin milo design gitu.

    Ingat Dato Vida dah buat air tin, vida lain rupanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! sebab bila sebut vida, mesti terbayang dsv kan :)

      Delete
  11. Tak sedap eh Vida tu.. Baru nak cuba.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba je, mana tahu kot2 sedap di tekak sha :D

      Delete
  12. Cantik tin milo tu.Ingatkan air vida tu produk terbaru Datuk Seri Vida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha famous kan DSV sampai vida tu sebati dengan dia

      Delete
  13. Betul tin Milo tak perlu gambar. Kalau jenis air revive dari Jepun tak masuk biasa tekak kita. Sedangkan Orang Jepun sibuk beli 100plus bawa balik Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kisahnya ya? hahaha lepas ni beli 100 plus je lah

      Delete
  14. kak ana ada dua tin Milo limited adition ni Syaz tapi macam tak tahu nak letak mana hehe :) MIlo nya dah habis ni pun dapat untuk kempen hari tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ka, last2 saya masukkan dalam tong kitar semula je hihi.. simpan gambar je buat kenangan

      Delete
  15. saya dah pernah beli tin klasik milo ni..nak simpan tapi akhirnya ke tong sampah sebab nak simpan bukan ad ruang kt umah ni..hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi samalah, simpan gambar je buat kenangan ;)

      Delete
  16. wahh rare betul tin milo tu syaz..

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. rare kan? saya pun jumpa sekali je, lepas tu tak jumpa dah

      Delete
  18. Wahhh, simple tapi smart la tin milo tu. Yang air Vida tu tak pernah jumpa. Hehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.