Wednesday, November 25, 2020

ISBN Terkaitnya Kita

 Hai semua!

Alhamdulillah akhirnya mini novel pertama aku dah dapat ISBN nya secara rasmi..yeay!

Cetakan pertama haritu, tak diletak lagi ISBN nya.

Dan setelah dikemaskini, ada dah 🤗

978-967-18756-1-2



Cover belakang tu, penerbit cetak lain sikit dah.

Lebih kemas kot kan?



Jadi inilah belah dalamnya.

Dan dalam text pun, kalau yang sebelum ni, ada hyphenation, jadi lepas bincang dengan penerbit, aku minta penerbit buat saja hyphenation tu.

Sebab tak berapa nak mesra pada mata aku hehe..

Alhamdulillah penerbit memang 'mudoh basso' bak kata orang kampung laki den hehe!


Pada yang nak dapatkan, bolehlah hubungi aku ya!

Whatsapp: 0192984616 (Syazni)

Emel: syaznirahim@gmail.com

Alhamdulillah syukur dengan sokongan dan review2 dari yang dah miliki dan baca 😊


Terharu, insyaallah akan terus menulis 🤗

42 comments:

  1. Alhamdulillah. yeay! Tahniah kak syaz!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah syaz dh ada surat beranaknya 💪🏻💪🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  3. Tahniah Syaz.
    Mudah2an ada lagi buku yang menyusul.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Syaz..semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  5. Ank bujang akk yg umur 18 tahun tu,yg tak pernah sentuh apa2 novel tu, dia boleh baca novel syaz tu. Pastu siap cakap suruh kawan ibu buat lagi novel, haha..tapi next time, tukar nama hero tu bagi sedap sikit sbb anak dara akk yg umur 16 tu kata, nama hero tak sedap, dia kata dari nama busrain tu dia bayangkan busrain tu perut buncit, kepala botak tengah..adoii..ermmm syaz jgn marah ye😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha terima kasih anak bujang 🤗
      Alamak tak hensem wk, sebab tu Mayah lari kot? 😂

      Delete
  6. Tahniah semoga lebih terus maju jaya selepas ini

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah mujur novel kak penerbit cetak setelah dpt ISBN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe aah saya yang kata tak apa haritu 🤗

      Delete
  8. atie share post kak syaz ni ke dlm fb ya :)

    ReplyDelete
  9. alaaa nak yang ada ISBN ni dengan note cetakan tu..hahahahahahhahaha!!!

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Teruskan usaha menulis dan terbitkan buku berikutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah amin, semoga saya terus ada ilham hehe

      Delete
  11. ALhamduillah. Semoga buku ini mendapat tempat masyarakat yang minat kesusasteraan Melayu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. dapat tempat di hati pembaca pun dah happy 😉

      Delete
  12. Anak dara akak pun dah habis baca buku nih. Dia macam tak percaya je ni karya sulung Shaz. Akak kata syaz dah biasa tulis kat blog je. Baru dia kata " patut lah cerita dia semua best2..." lepas tu sekarang gigih la dok buka blog syaz pula. dia nak cari cerita2 lain. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi terima kasih anak dara kak diana, masa masuk blog, tengok2 statcounter, mana tau terkena nombor bertuah hihihih

      Terima kasih atas sokongan ❤️❤️❤️❤️❤️

      Delete
  13. Alhamdulillah.. Yeah!! Tahniah Syaz..

    ReplyDelete
  14. Maaf syaz! shida masih blm sempat baca lg..huhuuu..Syaz dun worry shida pasti baca..duk ada je atas meja ni..tgu nk ada masa skit utk baca..pasti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi takpe, siapkan apa yang priority dulu ;)

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ads