Sunday, September 26, 2021
Cabutan Bertuah Atas Pembelian Mini Novel Syaz Eym
Friday, April 23, 2021
Live @ PTAR Siri 2 "Aku Seorang Penulis Biasa"
Saturday, April 17, 2021
Ulasan dan Rating Novel Syaz Eym di Goodreads
Assalammualaikum semua, macam mana puasa hari ni?
Hehe..
Semoga semua berjalan dengan baik.
Ada yang pernah baca novel-novel daku kan?
Kalau sudi, bagilah rating dan review di 👉 Goodreads ni ya 😊
Thursday, March 25, 2021
Syaz Eym
Saturday, February 13, 2021
Tuesday, January 26, 2021
Life Baggage - Syaz Eym
Assalamualaikum wbt
Humble post dari daku, nak menghebahkan terbitnya sudah buku fiksyen aku yang kedua.
Life Baggage oleh Syaz Eym!
Asalnya plan nak letak nama buku ni Bagasi Halimunan.
Tapi pihak penerbit cadang agar guna Life Baggage.
Thursday, January 21, 2021
Baca Terkaitnya Kita Secara Online?
Assalamualaikum semua 😀
Ramai juga yang tanya, kalau nak baca Terkaitnya Kita, tapi secara online dan tanpa buku fizikal boleh ke?
Available ke?
(Boleh klik tab di atas juga)
Thursday, January 14, 2021
Antologi Puisi Magisnya 02022020 | Thankful Thursday
Kenangan tercipta bersama Nikmat!
Gituh..
Tahun lepas, aku saja cuba nasib untuk turut sertai projek Antologi Puisi yang dikendalikan oleh AID Conference. Asalnya dia hantar jempuan pada semua staf melalui emel rasmi.
Jadi aku pun terfikir, why not?
Actually, projek ni aku sertai dari bulan Februari 2020, jauh sebelum aku terbitkan mini novel Terkaitnya Kita aku tu. Masa ni, tak terfikir pun lagi akan ada rezeki terbitkan buku + baru nak bina keyakinan.
Eceh..
Jadi disebabkan pandemik dan sebagainya, lambatlah sikit buku antologi Puisi Magisnya 02022020 ni siap. Baru ssehari dua lepas buku ni sampai pada semua penulis yang turut serta.
Saturday, December 12, 2020
IKHLAS | FIKSYEN
Hai semua!
Divert sisa anxiety dengan menulis jap hehe..
Cerpen ini adalah sambungan dari KERANA AKU TAHU dan berkait dengan salah satu watak dari GALAS dalam Terkaitnya Kita.
Semoga terhibur 😀
IKHLAS
November
1986
Tidak keruan
rasanya Mayamin ketika ini. Berbunga-bunga hatinya ketika mendengar apa yang
diperkatakan oleh lelaki di hadapannya ketika ini. Cincin di dalam kotak baldu yang
bewarna merah terang itu sememangnya telah lama dinanti-nantikan.
Sunday, December 6, 2020
Sambal Sotong Petai
Johan Tomyam Paroi dah masuk dalam radius food panda rumah aku!
Yeayy!
Makanya, rambanglah mata tengok menu kan.
Dahlah tak semahal kedai kedai lain.
Ternampak sambal sotong petai, terus terliur!
Apa lagi, order terus haritu!
Monday, November 30, 2020
Terima Kasih Kak Aini
Last week ada buat COD buku aku tu pada yang duduk sekitar Senawang ni, saja sambil ambil angin.
Lama terperap kat rumah.
Lagi lama perapan kat rumah compare dengan Kambing Perap weh.
Keh keh keh..
Jadi, bila sampai rumah Kak Aini, colleague jugak, tapi dia dah pindah Kampus Seremban 3.
Dia excited aku dah keluarkan buku, terharu aku..
Dan dia ada bagi hadiah sikit..
Awwww tenkiu Kak Aini, semoga murah rezeki akak sekeluarga 💓💓
Have a great week ahead kawan-kawan!
Jangan lupa jeling statcounter di atas 😊
Friday, November 27, 2020
Wednesday, November 25, 2020
ISBN Terkaitnya Kita
Hai semua!
Alhamdulillah akhirnya mini novel pertama aku dah dapat ISBN nya secara rasmi..yeay!
Cetakan pertama haritu, tak diletak lagi ISBN nya.
Dan setelah dikemaskini, ada dah 🤗
978-967-18756-1-2
Cover belakang tu, penerbit cetak lain sikit dah.
Lebih kemas kot kan?
Jadi inilah belah dalamnya.
Dan dalam text pun, kalau yang sebelum ni, ada hyphenation, jadi lepas bincang dengan penerbit, aku minta penerbit buat saja hyphenation tu.
Sebab tak berapa nak mesra pada mata aku hehe..
Alhamdulillah penerbit memang 'mudoh basso' bak kata orang kampung laki den hehe!
Pada yang nak dapatkan, bolehlah hubungi aku ya!
Whatsapp: 0192984616 (Syazni)
Emel: syaznirahim@gmail.com
Alhamdulillah syukur dengan sokongan dan review2 dari yang dah miliki dan baca 😊
Terharu, insyaallah akan terus menulis 🤗
Sunday, November 15, 2020
Top Pengomen Blog Rabia
Friday, November 13, 2020
Lahirnya Dia - Terkaitnya Kita
Assalamualaikum semua, salam Jumaat!
Ada benda nak cakap, tapi malu.
Ehem!
Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih dua puluh tahun memendam impian untuk menerbitkan buku sendiri, akhirnya pada tahun 2020 yang sungguh aneh ini, aku boleh tick ✅ pada salah satu wishlist aku; iaitu menerbitkan buku fiksyen aku sendiri.
Serius, rasa macam tak percaya pun ada.
Akhirnya ada syarikat penerbitan yang boleh jadi pemudahcara dalam perkara ini.
Jadi, setelah menambahbaik cerpen-cerpen yang saling berkait yang pernah aku siarkan di blog ini sehingga menjadi satu manuskrip, aku pun mencuba nasib.
Dan inilah.
Aku telah pun membukukan fiksyen aku.