Kenangan tercipta bersama Nikmat!
Gituh..
Tahun lepas, aku saja cuba nasib untuk turut sertai projek Antologi Puisi yang dikendalikan oleh AID Conference. Asalnya dia hantar jempuan pada semua staf melalui emel rasmi.
Jadi aku pun terfikir, why not?
Actually, projek ni aku sertai dari bulan Februari 2020, jauh sebelum aku terbitkan mini novel Terkaitnya Kita aku tu. Masa ni, tak terfikir pun lagi akan ada rezeki terbitkan buku + baru nak bina keyakinan.
Eceh..
Jadi disebabkan pandemik dan sebagainya, lambatlah sikit buku antologi Puisi Magisnya 02022020 ni siap. Baru ssehari dua lepas buku ni sampai pada semua penulis yang turut serta.
Alhamdulillah, rezeki nak ada puisi diterbitkan.
Serius memang tak jangka langsung.
Memang ada dalam bucket list kehidupan tapi aku tak sangka akhirnya aku dapat jugak tick benda tu.
Noob kan, orang lain dah banyak dan dah lama buat.
Aku je tak berani..kikiki
Dalam projek Antologi Puisi Magisnya 02022020 ni, ada 82 orang penulis yang turut serta.
Memang macam-macam coretan yang dinukilkan.
Seronok juga baca karya dan ilham orang lain dalam berpuisi ni hehe..
Buku ini disunting oleh empat orang iaitu Siti Suriani Othman, Masriyah Misni, Basri Zakaria dan Nur Mardhiah Mohd Rashid.
Selain tu, mereka turut dibantu oleh Saudara Zaen Kasturi yang banyak membantu dalam proses suntingan dalam menghasilkan buku ini.
Setelah disusun, puisi aku yang bertajuk Nikmat terletak di mukasurat 67.
Seronok pulak tengok nama tercetak disitu hehe..
Tapi lagi seronok bila tengok muka pulak tercetak ahahah
Aku dapat 5 copy buku ni.
Ada sesiapa nak beli?
Bolehlah contact, kita kira harga kawan-kawan je.
Selagi stok yang ciput tu masih ada😁
Nak aku sain pun boleh 😆
Berkenaan gambar kat atas tu, masa diorang mintak gambar, tengah kalut buat apa entah.
Main send je gambar ni.
Sekali bila dah siap, baru perasan yang gambar tu ada Eco Bottle Tupperware dengan botol air Tinge join interframe sekali 😂😂
Nasiblah labu..
++++++
Siapa terlepas cerpen latest boleh klik gambar di bawah 😀
22 Comments
Tahniah kak
ReplyDeleteTerima kasih rabia
DeleteTahniah! Hebatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, saja cuba2 😊
DeleteTahniah.. Semoga terus maju jaya.
ReplyDeleteTerima kasih, amiinn ya rabbal alamin
Deletetahniah syaz semakin mengembangkan bakat...MASRIYAH MISNI, OUI SAL kak kenal sbb dlm grup penulisan SPTA..syaz xnak join ka..add je fb TABIR ALAM..ramai penulis berkaliber pelbagai bidang kerjaya dlm grup tu.
ReplyDeleteDah agak dah kak PI mesti ada kenal mereka tu. Hehe.. alhamdulillah terima kasih kak PI 😁
DeleteInsyaallah nanti saya jengah ke sana
wah kak syaz! this is spendid!!!! congratulations
ReplyDeleteHihi terima kasih atie 😊
DeleteAlhamdulillah..satu pencapaian lagi. Tahniah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih fiza 😊
Deletewoww pensyarah biologi ni...kena panggil madam ke ni 😆
ReplyDeleteHihihik.. ya begitulah panggilan dari pelajar2 😊
Deletetahniah syaz...
ReplyDeleteTerima kasih afeezz😊
DeleteBestnya!! Tahniah syaz 👏👏👏👏
ReplyDeleteTerima kasih kak mim 😁
Deletewahhh tahniahh!
ReplyDeleteTerima kasih 😁
DeleteWow ada nama syaz! bangganya hehee :)
ReplyDeleteHihihik.. saja cuba nasib
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)