Assalamualaikum semua, salam Jumaat!
Ada benda nak cakap, tapi malu.
Ehem!
Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih dua puluh tahun memendam impian untuk menerbitkan buku sendiri, akhirnya pada tahun 2020 yang sungguh aneh ini, aku boleh tick ✅ pada salah satu wishlist aku; iaitu menerbitkan buku fiksyen aku sendiri.
Serius, rasa macam tak percaya pun ada.
Akhirnya ada syarikat penerbitan yang boleh jadi pemudahcara dalam perkara ini.
Jadi, setelah menambahbaik cerpen-cerpen yang saling berkait yang pernah aku siarkan di blog ini sehingga menjadi satu manuskrip, aku pun mencuba nasib.
Dan inilah.
Aku telah pun membukukan fiksyen aku.
Err.. entahlah siapa lelaki tu, gambar dari penerbit haha!
Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan blogger yang selalu komen dan memberi galakkan supaya aku 'bawa' fiksyen-fiksyen aku tu ke 'tengah'.
Maka terterbitlah Mini Novel aku yang pertama yang ada ISBN 😂
*nangis happy!
Macam-macam perasaan ada.
Walau bukan dengan syarikat penerbitan yang gah, yang popular, tapi tak apalah, bersyukur sangat dah dengan peluang yang diberi ini.
Design cover tu aku cuma bagi bayangan je, tapi semua syarikat yang uruskan.
Dia tanya, ada apa-apa request ke untuk cover?
Mula-mula nak cakap, nak letak gambar Shahir AF.
Tapi macam melampau pulak kan ahaha!
Jadi cakap nak gambar lelaki, background cerah. Selebihnya saya serahkan pada penerbit.
Maka itulah hasilnya.
Aku terima 😊
Malu dan risau juga, cetakan pertama ni susah nak jual.
Jadi, sebelum iklankan di blog ini, aku iklankan di facebook dulu beberapa hari lepas.
Niat dalam hati, asal ada sikit buyer pun dah bagus 😂
Tapi!
Belum sempat untuk aku iklankan di blog ini, first batch Mini Novel Terkaitnya Kita tu dah habis.
Terharu sangat dengan sokongan kawan-kawan!
Rata-rata memang tahu yang aku suka menulis dari dulu.
Haha
Buat masa ni, buku ni tak jual kot di kedai-kedai buku besar.
Huhu..
Tapi, kalau sesiapa yang nak beli, nak support diriku ini (malu ni), boleh beli direct dengan aku ya!
Harga RM20 exc pos.
Eh tadi cakap dah habis?
Ya first batch habis dah kawan-kawan booked, tapi untuk seterusnya dia akan print on demand.
Ada order, ada cetak 😊
Poster ni pun penerbit yang buatkan tau.
Bagus lah penerbit ni hehe..
Kot ada yang berminat nak beli Mini Novel ku ini, boleh la perkenalkan diri lepas klik:
Ada ke yang nak beli?
😅
Jadi, cetakan Mini Novel ni yang pertama, semestinya untuk orang paling special!
Aku belikan untuk emak aku lah 💓
Dah sampai dah tadi kat dia.
Hee..
Harapan?
Aku berharap sangat penulisan pertama dari insan yang memang baru bertatih belajar menulis ini diterima oleh pembaca.
Adakah akan ada lagi Mini Novel, atau Novel dari aku?
Entahlah..bergantung kepada penerimaan yang pertama ni, juga ilham dari Allah 😘
Sekali lagi terima kasih semua atas sokongan dan galakkan 😁
Kalau nak beli: wasap.my/60192984616/Nak_beli_terkaitnyaKita
Kalau tak, doakan pun alhamdulillah 😀
Terima kasih semua!
Updated 25/11/2020: ISBN buku ini
Menjawab soalan: Boleh request resit kalau beli 😊
82 Comments
Alhamdulillahhhh... Mmg sgt berbakat & ia patut diterbitkan. Tanda sokongan & sbb tulisan Syazni mmg best, kita pun nak order tau
ReplyDeleteTerima kasih sebab selalu sokong kite :)
DeleteBoleh2, nanti klik je kat link tu, terus ke nombor whatsapp kite :D
Tahniah.
ReplyDeleteterima kasih Pak Idrus :)
DeleteWah, tahniah Syaz. Semoga terus sukses dalam penulisan ini...
ReplyDeleteterima kasih zumal, amin amin aminnn
DeleteTahniah Syaz. Keep it up. !
ReplyDeleteterima kasih zhi :)
DeleteWahhh.. Tahniah kakk.. All the best....
ReplyDeleteterima kasih cuya, jom beli 1 :P
DeleteOh!Ya tercapai hasrat dalam buku fizikal pula.
ReplyDeleteTahniah.
terima kasih Na, saja nak buat kenangan pun ya jugak hihi
DeleteAlhamdulillah..tahniah!! cantik nama pena..Syaz Eym..
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih kak nohas ;)
DeleteSyukur Ahamdulillah..Tahniah tau Syaz
ReplyDeleteterima kasih NN :D
DeleteAlhamdulillah. Happy for you kak!
ReplyDeleteTahniah..semoga laris jualan dan teruskan karya akak okay.
Amin amin ya rabbal alamin 😊
DeleteAkk nak beli juga lah. Nnt akk email ye.
ReplyDeleteBoleh kak 😊 nanti akak wasap saya seperti nombor atas pun boleh kak.
DeleteTerima kasih, semoga dimurahkan rezeki 😊
MasyaAllah.Syabas.Mungkin ini langkah baru menyambung langkah-langkah sebelum ini.Moha terus cemerlang dalam lapangan penulisan ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih PC 😊
DeleteTerima kasih atas doa dan dorongan ❤️
Tahniah Syaz... semoga kutipan novel ini akan mencanak2 spt novel penulis yg dah established. Good luck!
ReplyDeleteSaya aminnkan dulu.. hehe..
DeleteSemoga orang yang baca, suka. Itu je harapan saya sekarang 😊
Tahniah... Nak beli jugak.. Jap lagi akak wassap ye.
ReplyDeleteTerima kasih kak diana ❤️❤️
DeleteWah..tahniah2, selamat maju jaya, boleh jadi inspirasi kepada rakan blogger lain.
DeleteTerima kasih 😊
DeleteDah nampak teasernya kat story.... Tompang bangga!
ReplyDeleteterima kasih uncle!
DeleteWow...tahniah Syaz..proud of you...
ReplyDeleteterima kasih SA< saya tunggu novel seram SA pulak :)
DeleteTahniah, Syazni! Akak tumpang gembira. :) Semoga mendapat sambutan, hingga kena ulang cetak beribu-ribu kali. Aminnn...
ReplyDeleteterima kasih untuk doa, bestnya kalau dapat sambutan haha.. takut juga nak berangan lebih2, harapan semoga ada yang sudi baca je :)
DeleteMasyaAllah, tahniah Syaz, all the best ya.
ReplyDeleteterima kasih sis, amiinn :)
Deletetahniah.
ReplyDeleteimpian menjadi kenyataan ye :)
moga terus sukses ye.
bila sulung dah keluar, adik-adik bakal menyusul, good luck :)
terima kasih!
DeleteAminn amiinn aminn!!
Kalau ada sambutan, boleh keluarkan adik2 dia hehe
tahniah =)
ReplyDeleteterima kasih mizi :)
Deletetahniahhhhh syaz
ReplyDeletetumpangg gembira
dpt capai impian
alhamdulillah, terima kasih :D
DeleteTahniah
ReplyDeleteTeruslah berkarya
Semoga menjadi penulis tersohor suatu masa nanti.
terima kasih, aminn untuk doa wak itu :)
DeleteTahniah dah ada buku sendiri. Kena giat promotelah lepas ni.
ReplyDeleteinsyaallah, terima kasih. nak promote tu tak berapa nak pandai hehe
Deletetahniah dan saya tumpang gembira kerana ada rakan blogger ada bakat menjadi penulis.
ReplyDeletemana tahu buku ini menjadi best seller dan viral di Malaysia...aamiin
terima kasih atas kata-kata semangat, aminn..mana tahu masin mulut mrhanafi :)
DeleteTahniah syaz!!!! Happy for u... nak lah 1.. nnt kakmim tlg promote kt fb ye
ReplyDeleteterima kasih kakmim! Terima kasih kerana berminat dan nak tolong promote ;)
Deletesangat hargainya, semoga murah rezeki kak mim :D
tahniah..alhamdulillah,..akak tumpang berbangga dgn kejayaan awak sis
ReplyDeleteTerima kasih kak ❤️❤️
DeleteTahniah Syaz...InsyaAllah nak beli juga tanda sokongan dan nak komen..hehee
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sis, boleh pm saya terus dengan klik link di entry 😁
Deletetahniah kak syaz semoga terus sukses dalam bidang penulisan :)
ReplyDeleteTerima kasih, aminn!
DeleteTahniah Syaz. KakYa tumpang happy dengan kejayaan awak. Moga awak terus berkarya sampai bila2.. KakYa doakan awak terus melangkah lebih jauh. Aamin2 ya Mujib.
ReplyDeleteterima kasih kak ya, aminn ya rabbal alaminn :)
Deletetumpang bangga syaz..walaupun baru kenal syaz ni..moga terus suksess tau.
ReplyDeleteterima kasih, aminn.. semoga saya terus semangat untuk menulis :)
DeleteAlhamdulillah. Tahniah. Hebat Syaz. Keep it up.
ReplyDeletetak hebat mana pun, amatur.. terima kasih ajwa :)
DeleteTAHNIAH SYAZ AKHIRNYA TERCAPAI IMPIAN SBG PENULIS...MOGA TERUS SUKSES..SAMA CITER KITA KAK TERTEKAN NO PENERBIT ALHAMDULILLAH RUPANYA REZEKI NAK DAPAT TERBITKAN NOVEL KEDUA DALAM MUSIM COVID
ReplyDeletesaja cuba2 je kak PI, nasib baik penerbit layan..hehe
DeleteTahniah untuk kak PI jugak ;)
Kak syaz! nak... nanti atie email kak syaz k
ReplyDeletealhamdulillah, tenkiu atie sebab support, nanti email lah ya :)
Deletewow.. congratulation!!
ReplyDeletethank you LL :)
Deletetahniah syaz.. sebelum ni tak pernah baca cerpen yang syaz tulis lagi..
ReplyDeleteAda di side bar kalau nak try baca hehe
DeleteTahniah Syaz! Ya Allah tak sangka syaz dapat terbit novel jua..walau mini ok dah tu :) shida doakan yg terbaik sepnjg syaz berkarya..ya! Boleh shdia dapat kan satu juga..teringin nk baca novel..sebab edisi baca membaca ni shida dah berpuluh tahun lamanya ditinggalkan amalan ni ^_^
ReplyDeleteTerima kasih shida, terima kasih atas doanya 😘
DeleteShida boleh emel atau whatsapp kite 😁
Wahh tahniah dah ada buku fizikal!! Semoga terus sukses dalam bidang penulisan!!
ReplyDeleteTerima kasih cikTK, amin ya rabbal alamin ❤️🤗
Deletealhamdulillah...tahniahhhh! proud of you!!! nak order!! nanti kita wassap tau!
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sunah, terima kasih sebab support ❤️❤️❤️❤️❤️
DeleteAlhamdulillah.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteTahniah Syaz.. semoga mini novel @ novel pula lepas ini.. Aamiin..
Terima kasih, aminn aminn aminn
Deleteassalammualaikum
ReplyDeleteAlhamdulillh. .semoga dgn kejayaan pertama ni akan bawa Syaz ke peringkat seterusnya. moga dpt hasilkan karya yg lebih baik. aamiin. InsyaAllah ^_^
Amin aminn terima kasih Yaya 🤗
Deletewow, bestnya dapat terbit buku! tahniah ya :) kak syaz punya gaya penulisan memang best hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki akhirnya, terima kasih atas sokongan 😊
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)